Orang Indo-Scythia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Indo-Scythia)
Jump to navigation Jump to search
Kerajaan Indo-Scythia

200 SM–400 Masihi
Wilayah (garis penuh) dan peluasan (garis titik) Kerajaan Indo-Scythia pada takat yang terbesar.
Wilayah (garis penuh) dan peluasan (garis titik) Kerajaan Indo-Scythia pada takat yang terbesar.
Ibu kotaSigal
Taxila
Mathura
Bahasa lazimBahasa Scythia
Bahasa Parsi
Pali (tulisan Kharoshthi)
Sanskrit, Prakrit (tulisan Brahmi)
Mungkin bahasa Aramia
Agama
Agama Buddha
Agama Hindu
Agama Yunani
Zoroastrianisme
PemerintahanPemerintahan beraja
Raja 
• 85-60 SM
Maues
• 10-an Masihi
Hajatria
Era sejarahZaman purba
• Diasaskan
200 SM
• 
Dibubarkan
Didahului oleh
Diganti oleh
Kerajaan Yunani-Bactria
Kerajaan Indo-Yunani
Empayar Maurya
Empayar Kushan
Empayar Sassanid

Orang Indo-Scythia biasanya dianggap sebagai salah satu cabang orang Saka (orang Scythia) yang berhijrah dari Siberia selatan ke Bactria, Sogdiana, Arachosia, Gandhara, Kashmir, Punjab, Gujarat, Maharashtra, dan Rajasthan, mulai pertengahan abad ke-2 SM hingga abad ke-4 Masihi. Raja Saka yang pertama di Pakistan dan India ialah Maues, juga dikenali sebagai "Moga", yang mengasaskan kuasa Saka di Gandhara (Pakistan) dan beransur-ansur memperluas kekuasaannya ke atas bahagian timur laut India. Pemerintahan Indo-Scythia di India bertamat dengan pemerintahan Rudrasimha III, Satrap Barat yang terakhir, pada 395 Masihi.

Serangan ke atas India oleh puak Scythia dari Asia Tengah, sering digelar sebagai "serangan Indo-Scythia", memainkan peranan yang penting dalam sejarah Asia Selatan, serta juga negara-negara yang berhampiran. Sebenarnya, perang Indo-Scythia hanya merupakan salah satu peristiwa yang dicetuskan oleh pelarian orang nomad Asia Tengah daripada pertempuran puak nomad tersebut dengan puak Cina dan mempunyai kesan yang kekal pada Bactria, Kabol, Parthia, dan India, serta juga sehingga sejauh Rom di barat.

Selain daripada orang Saka, golongan Scythia yang menyerang India dan mengasaskan pelbagai kerajaan termasuklah puak-puak bersekutu seperti orang Medes, Xanthii, Massagetae, Getae, Parama Kamboja, Avar, Bahlika, Rishika, dan Parada.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]