Indomaret
| Jenis/bentuk sah | Convenience store chain |
|---|---|
| Industri | Kedai serbaneka |
| Ditubuhkan | 1988 |
| Ibu pejabat | Jakarta |
| Keluaran | Fast-moving consumer goods |
| Pemilik | Indoritel Makmur Internasional |
| Syarikat induk | Indoritel Makmur Internasional |
| Tapak web | indomaret |
| sunting · sunting di Wikidata | |
PT Indomarco Prismatama, menjalankan perniagaan sebagai Indomaret, merupakan rangkaian kedai serbaneka runcit berasal dari Indonesia, dengan lebih 21,900 buah kedai[1] di 32 provinsi seluruh Indonesia. Rangkaian itu, yang dimiliki oleh Indoritel dan beribu pejabat di Jakarta, merupakan rangkaian kedai serbaneka terbesar di Indonesia.
Indomaret merupakan rangkaian pasaraya mini yang menyediakan keperluan harian. Ia mempunyai keluasan stor kira-kira 200m2. Kedai Indomaret rasmi pertama dibuka di Ancol, Jakarta Utara pada November 1988. Menjelang 2014, Indomaret mempunyai 10,600 buah cawangan. 60% daripada jumlah cawangan adalah cawangan milik sendiri dan francais manakala baki 40% adalah milik syarikat, bertaburan di bandar-bandar di Jabodetabek, Sumatera (kecuali Sumatera Barat, di mana permit diharamkan untuk perlindungan peniaga kecil), Jawa, Madura, Bali, Lombok, Kalimantan, dan Sulawesi. Di Jakarta, terdapat kira-kira 488 buah cawangan.
Kedai-kedai Indomaret mudah ditemui di kawasan perumahan, bangunan pejabat, dan kemudahan awam kerana lokasi penempatan kedai berlandaskan moto "sederhana dan jimat" (bahasa Indonesia: mudah dan hemat ). Indomaret menjual lebih 5,000 jenis produk makanan dan bukan makanan.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Indomaret Official - Gerai Indomaret". Gerai Indomaret. Diarkibkan daripada yang asal pada November 19, 2015. Dicapai pada November 19, 2015.
