Indonesia raya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Indonesia Raya merupakan konsep politik yang bertujuan untuk mempersatukan rakyat Tanah Melayu ke dalam Bangsa Indonesia yang terpisah dalam wilayah koloni Britania Raya di Semenanjung Malaya dan Borneo Utara (wilayah yang kini membentuk negara Malaysia, Singapura, dan Brunei), dengan Hindia Belanda (kini Indonesia), serta wilayah koloni Portugis di Timor Leste menjadi satu negara bangsa yang merdeka dan berdaulat pada tahun 1945.

Penamaan Melayu Raya mulanya diajukan oleh para pelajar dan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaya Britania, pada tahun 1920-an, dan kemudian idea yang sama lebih masyhur dikenali sebagai Indonesia Raya sebagaimana dilaungkan oleh para tokoh politik Hindia Belanda daripada Sumatra dan Jawa, seperti Muhammad Yamin dan Sukarno pada tahun 1940-an semasa rundingan Badan Penyelidik Usaha-usaha Persiapan Kemerdekaan (BPUPKI). Meski sekilas nampak sama, nyatanya konsep Melayu Raya dan Indonesia Raya mempunyai perbezaan, khasnya pada terma 'Melayu' yang digunakan secara berbeza di Hindia Belanda dan Malaya Britania.

Meskipun demikian, nasionalis melayu yang terpengaruh pemikiran Indonesia, seperti Ibrahim Yaakob, memilih menyebut idea ini sebagai Indonesia Raya atau menggunakan kedua nama secara bergantian. Ianya pula pernah mengatakan bahawa tujuan dari Melayu Raya itu pada akhirnya adalah Indonesia Raya.

Era pemerintahan Jepun[sunting | sunting sumber]

Tentera Jepun telah menubuhkan Giyuugun di Tanah Melayu dan Sumatera dan melantik Ibrahim Yaakob sebagai Leftenan Kolonel pasukan Giyuugun. Pemuda-pemuda KMM menjadi penunjuk jalan dan juru bahasa bagi tentera Jepun. Sebagaimana di Indonesia, tentera Jepun telah membentuk tentera Pembela Tanah Air (PETA). Ibrahim Yaakob dan pemuda-pemuda KMM mendapat latihan ketenteraan Jepun selama 6 bulan. Tentera Jepun menghantar pemuda-pemuda Melayu yang menjadi buruh dan tentera Jepun ke Sungai Kwai di Thailand dan ke Sumatera.

Pertemuan Taiping 1945[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Ogos 1945, Ir Sukarno dan Drs Mohammad Hatta telah bertemu dengan Leftenan Kolonel Ibrahim Yaakob, Drs Burhanuddin al-Helmi dan Majar Jeneral Umezu di bandar Taiping, Perak. Taiping merupakan ibu negeri Perak semasa pemerintahan Jepun dan amat maju berasaskan ekonomi bijih timah. Pertemuan ini berlangsung selama 45 minit sahaja. Sukarno dan Hatta dalam perjalanan pulang dari Saigon, Vietnam ke Jakarta, Indonesia.<ref>Soekarno - Ibrahim di Taiping[pautan mati kekal]</ref>

Pemimpin Indonesia ini diiktiraf oleh komander Jepun di Indonesia.

Rancangan tentera Jepun dipersetujui untuk memerdekakan Tanah Melayu di bawah Indonesia.

Punca tidak menjadi[sunting | sunting sumber]

Namun Sukarno tidak dapat bertunggu-tunggu lama kerana India telah merdeka pada 15 Ogos 1947. Belanda menarik tenteranya dari Indonesia pada 27 Disember 1949. Sukarno telah menjanjikan kemerdekaan Indonesia "Sebelum jagung berbunga, Indonesia pasti merdeka."

Rujukan[sunting | sunting sumber]