Indra (raja Mataram)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Indra (maut 812), juga dikenali sebagai Sangramadhananjaya, ialah raja Dinasti Syailendra yang ketiga. Baginda mewarisi bapanya, Wisnu, yang mangkat pada tahun 782, dan memerintah Kerajaan Mataram Kuno selama 30 tahun antara tahun-tahun 782 hingga 812.

Mengingati bahawa nenek moyangnya datang daripada kawasan yang kini merupakan Thailand atau Kemboja, Syailendra menyerang Kerajaan Chenla (sekarang Kemboja) pada sekitar tahun 790, dan menduduki kawasan itu selama 12 tahun. [1] Indra mangkat pada tahun 812 dan diwarisi oleh puteranya, Samaratungga.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh:
Wisnu
Raja Mataram (Dinasti Syailendra)
782—812
Digantikan oleh:
Samaratungga