Inductrack

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Inductrack ialah satu sistem apungan magnet yang pasif dan mempunyai mekanisme pasti selamat (b. Inggeris: fail-safe). Sistem ini menggunakan segulung wayar yang tidak berkuasa yang dipasang pada landasan dan magnet-magnet kekal (yang disusun mengikut tatasusun Halbach) yang dipasang pada gerabak untuk mencapai apungan. Landasan boleh disusun dalam dua cara; iaitu landasan tangga atau lamina. Dalam landasan tangga, gulungan wayar jenis Litz digunakan, manakala landasan lamina diperbuat daripada helaian tembaga atau aluminium yang bertindan. Sehingga kini, wujud dua rekaan; iaitu Inductrack I, yang dimantapkan untuk kegunaan berkelajuan tinggi, dan Inductrack II, yang lebih cekap pada kelajuan rendah.

Konsep[sunting | sunting sumber]

Sistem ini dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik di Lawrence Livermore National Laboratory yang diketuai oleh ahli fizik bernama Richard F. Post, untuk kegunaan pada kereta api Maglev.[1] Pada kelajuan yang malar, kuasa yang diperlukan hanyalah untuk menggerakkan gerabak ke hadapan melawan angin dan seretan elektromagnet, dengan daya apungan semakin meningkat akibat kelajuan kereta api yang turut meningkat sepanjang gulungan wayar.

Namanya berasal daripada perkataan Inductance (b. Melayu: aruhan) atau Inductor (b. Melayu: peraruh); iaitu peranti yang diperbuat daripada segulung wayar. Apabila tatasusun magnet (yang memiliki halaan medan magnet yang berulang-alik) melepasi gulungan wayar, terhasillah aruhan arus elektrik di dalamnya. Arus ini kemudiannya memiliki medan magnetnya sendiri, menolak magnet kekal itu.

Apabila magneti kekal daripada Neodymium-ferrum-boron digunakan, apungan dicapai pada kelajuan rendah, sekaligus membenarkannya mengangkat objek yang memiliki 50 kali lebih berat daripada magnet itu sendiri. Model ujian telah terapung pada kelajuan melebihi 35 km/j (22 batu sejam), tetapi Richard Post percaya bahawa pada landasan sebenar, apungan boleh dicapai pada kelajuan sekitar 1.6-3.2 km/j (1-2 batu sejam). Di bawah kelajuan peralihan, seretan magnet akan meningkat apabila kelajuan kenderaan meningkat, tetapi di atas kelajuan peralihan, seretan magnet menurun dengan meningkatnya kelajuan kenderaan.

Inductrack versi ke-2 menggunakan dua tatasusun Halbach; satu di atas dan satu di bawah landasan untuk menggandakan medan magnet tanpa meningkatkan berat atau keluasan kesan tatasusun Halbach itu, sementara mencapai daya seretan rendah pada kelajuan rendah. Beberapa rangkaian kereta api maglev yang bersandarkan teknologi Inductrack ini telah dicadangkan. Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Amerik Syarikat turut membayangkan untuk mengguna teknologi ini dalam pelancaran roket. Teknologi ini sedang dibangunkan untuk tujuan komersil oleh American Maglev Technology.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • SkyTran - sistem yang bercadang menggunakan teknologi ini.

Nota[sunting | sunting sumber]

External links[sunting | sunting sumber]

Patents[sunting | sunting sumber]

  • US patent 5722326, Post, Richard F., "Magnetic levitation system for moving objects", issued 1998-03-03 
  • US patent 6664880, Post, Richard Freeman, "Inductrack magnet configuration", issued 2003-12-16 
  • US patent 6758146, Post, Richard F., "Laminated track design for inductrack maglev systems", issued 2004-07-06 
  • US patent 6393993, Reese, Eugene A., "Transit switching system for monorail vehicles", issued 2002-05-28