Industri Perfileman Indonesia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kemuncak kegemilangan perfileman Indonesia adalah sekitar tahun 80-an, pada saat itu filem Indonesia merajai panggung wayang tempatan. Filem-filem yang terkenal pada saat itu antara lain, Filem Catatan si Boy, Filem Blok M dan banyak lagi filem lain. Bintang-bintang muda yang terkenal pada saat itu antara lain Onky Alexander, Meriam Bellina, Nike Ardilla, Paramitha Rusady.

Pada tahun-tahun itu acara penghargaan terhadap karya filem Indonesia diadakan tiap tahun untuk memberikan penghargaan kepada insan filem Indonesia ketika itu. Tetapi karena satu dan lain hal perfileman Indonesia semakin menurun pada tahun 90-an yang mendorong hampir semua filem Indonesia terfokus dalam tema-tema yang khusus orang dewasa. Pada saat itu filem Indonesia sudah tidak menjadi tuan rumah lagi di negara sendiri. Filem-filem dari Hollywood dan Hong Kong telah merebut kedudukan tersebut.

Keadaan tersebut berlangsung sehingga pada awal abad baru, apabila muncul filem Petualangan Sherina yang diperankan oleh Sherina Munaf, penyanyi cilik berbakat Indonesia. Filem ini sebenarnya adalah filem muzikal yang disasarkan kepada kanak-kanak. Riri Riza dan Mira Lesmana yang berada di belakang layar berhasil membuat filem ini menjadi tonggak kebangkitan kembali perfileman Indonesia. Tayangan panjang di panggung wayang selama sebulan lebih menandakan kebangkitan kembali filem secara komersil.

Setelah itu muncul filem filem lain yang lain dengan segmen yang berbeda-beda yang juga berjaya secara komersil, misalnya filem Jelangkung yang merupakan tonggak trend filem horror remaja yang juga bertengger di panggung wayang di Indonesia untuk waktu yang cukup lama. Selain itu masih ada filem Ada Apa dengan Cinta yang mengorbitkan sosok Dian Sastrowardoyo dan Nicholas Saputra ke kancah perfileman yang merupakan filem percintaan remaja. Sejak saat itu berbagai filem dengan tema serupa yang dengan filem Sherina (filem oleh Joshua, Tina Toon), yang mirip dengan Jelangkung (Filem Di Sini Ada Setan, filem Tusuk Jelangkung), dan juga percintaan remaja seperti Filem Biarkan Bintang Menari, Filem Eiffel I'm in Love. Ada juga beberapa filem dengan tema yang agak berbeda seperti Filem Arisan oleh Nia Dinata.

Selain filem-filem komersil itu terdapat banyak juga filem filem bukan komersil yang berhasil memenangi penghargaan antara lain yang berjudul Daun di Atas Bantal yang menampilkan gabungan Dian Sastrowardoyo dengan Christine Hakim. Ada juga filem-filem Garin Nugroho yang berjudul, filem Ijinkan Aku Menciummu Sekali Lagi. Masih ada juga filem Marsinah yang penuh kontroversi karena diangkat dari kisah sebenar. Selain itu juga ada filem-filem seperti Beth, Novel tanpa huruf R, Kualitet2 yang turut memainkan perannya dalam kebangkitan kembali filem Indonesia.

Ketika ini bolehlah dikatakan bahawa dunia perfileman Indonesia sedang bangkit bangun. Masyarakat Indonesia mulai mengganggap filem Indonesia sebagai sebuah pilihan di samping filem-filem Hollywood. Walaupun variasi genre filemnya masih sangat terbatas, tetapi jalan arah menuju ke sana telah terlihat.