Infantri ringan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Infantri ringan (caçador) Tentera Darat Portugal semasa Perang Semenanjung

Infantri ringan (atau skirmisher) adalah askar yang tugasnya menyediakan tinjauan perlindungan dihadapan bahagian utama infantri, mengganggu dan melambatkan kemaraan pihak musuh. Infantri ringan berbeza daripada infantri medium, infantri berat atau infantri barisan. Infantri berat dikhususkan berjuang dalam formasi rapat yang merupakan teras besar pertempuran. Infantri ringan berjuang dalam susunan terbuka, sering dalam koordinasi rapat dengan infantri berat, dimana mereka dapat melindungi infantri berat daripada tembakan gangguan, dan infantri berat dapat mencelah untuk melindungi infantri ringan daripada serangan infantri berat atau kavalri musuh. Infantri berat asalnya mempunyai persenjataan lebih berat dan lebih armor daripada infantri ringan, tetapi perbezaan ini hilang setelah penggunaan perisai berkurangan dan senjata api diseragamkan.[1]

Rujukan dan nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hew Strachan (1988). European armies and the conduct of war. Routledge. ISBN 0-415-07863-6.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]