Informa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Informa plc
Jenis/bentuk sahSyarikat awam berhad
Didagangkan sebagaiLSE: INF
IndustriPenerbitan akademik
DitubuhkanDisember 1998
Ibu pejabatLondon
Kawasan perkhidmatan43+ negara
Tokoh pentingStephen Carter, Baron Carter of Barnes (CEO)
KeluaranKewangan Sunting ini di Wikidata
PerkhidmatanAcara berskala besar, pameran, buku Akademik & jurnal, persidangan, latihan, penerbitan kepakaran dan perisikan
Hasil£1,212.2 million (2015)[1]
Pendapatan kendalian£365.6 million (2015)[1]
Pendapatan bersih£172.7 million (2015)[1]
Bilangan kakitangan7,531 (2012) Sunting ini di Wikidata
PembahagianAcademic Publishing, Business Intelligence, Global Exhibitions, Knowledge & Networking[2]
Anak syarikatTaylor & Francis, Informa Tech Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.informa.com
Twitter: informaplc Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Informa plc merupakan syarikat penerbit multinasional dan acara yang beribu pejabat di London.[3][4] Ia turut mempunyai pejabat di lebih 40 buah negara dan mempunyai 6,500 staf. Ia turut memiliki jenama seperti CRC Press, Datamonitor, Institute for International Research, Lloyd's List (London Press Lloyd), Routledge, dan Taylor & Francis.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Informa memulakan perniagaan pada 1734 dengan Lloyd's List, antara jurnal tertua di dunia. Informa mula dibangunkan pada 1998 apabila bergabung dengan IBC Group plc dan LLP Grop plc. Semenjak itu, Informa telah berkembang, termasuk penggabungan dengan syarikat penerbitan Taylor & Francis pada 2004 dan memperoleh IIR Holdings, sebuah syarikat pembangunan modal insan dengan nilai £768 juta.[5][6] Pada Oktober 2006, syarikat ini pernah didatangi oleh Springer Science and Business Media dalam usaha pengambilalihan,[7] namun pada November, ahli lembaga syarikat menolak kerana nilai tawaran yang rendah.[8]

Pada awal 2007, pengerusi Richard Hooper mengumumkan persaraan pada bulan Mei. Selepas berunding dengan pemegang saham utama, ketua eksekutif Peter Rigby dilantin menggantikan Hooper, dan pengarah urusan David Gilbertson pula menggantikan tempat Rigby. Informa menegaskan pemilihan Rigby adalah untuk mengekalkan kestabilan pengurusan walaupun pelantikan itu mencetus kontroversi kerana tidak menepati UK's Combined Code untuk Tadbir Urus Korporat.[5][9]

Pada 8 Jun 2008, The Sunday Telegraph melaporkan United Business Media (UBM) telah mencadangkan penggabungan dengan Informa untuk mewujudkan kumpulan media dengan nilai melebihi £3 billion.[10] Perkhabaran tersebut telah disahkan oleh Informa menerusi sidang akhbar pada hari yang sama, namun menegaskan ia masih awal.[11][12] Sebelum ini, pada 13 Mei The Times melaporkan bahawa Carlyle Group dan Apax Partners bercadang untuk membida Informa.[13] Pada 17 Jun, perbincangan dengan UBM telah ditamatkan apabila harga saham Informa naik mendadak selepas pendedahan awam mengenai potensi penggabungan ini.[14] Pada 26 Jun konsortium ekuiti swasta yang terdiri daripada Providence Equity Partners, Carlyle Group dan Hellman & Friedman mencadangkan satu tawaran pengambilalihan dengan menawarkan 506 pence sesaham.[15]

Pada 10 Julai 2013, syarikat mengumumkan persaraan Peter Rigby pada penghujung tahun 2013 dan akan digantikan oleh CEO Stephen A Carter.[16] Pada tahun 2013 juga, Informa mendapatkan sebuah syarikat Kanada Hobby Star Marketing, yang menjalankan konvensyen buku komik, Fan Expo. Informa turut mendapatkan konvensyen lain dan diletakkan di bawah Fan Expo seperti Dallas Comic Con dan MegaCon.[17][18][19]

Pada Disember 2013, Informa memperoleh aset Business Intelligence Elsevier (EBI) dari Reed Elsevier. Unit perniagaan EBI termasuk penerbitan seperti The Pink Sheet, The Gray Sheet, IN VIVO, Start-Up, dan Strategic Transactions. Aset EBI digabungkan dengan Scrip, Datamonitor dan beberapa penerbitan lain dengan membentuk bahagian baharu, Pharma Intelligence, sebahagian daripada Informa Business Information.[20]

Pada Januari 2014, Stephen Carter telah menjadi CEO Informa plc.[21]

Operasi[sunting | sunting sumber]

Syarikat ini menguruskan lebih 10,000 persidangan setahun dan menerbitkan jurnal akademik, pangakalan data komersial, nuku akademik dan perniagaan dan surat berita. Meliputi bidang seni dan kemanusiaan melalui sains sosial dengan sains fizikal dan teknologi; dan kewangan dan undang-undang melalui telekomunikasi, perdagangan maritim, tenaga, bioteknologi, komoditi dan pertanian. Portal penerbitan dalam taliannya, Informaworld menyediakan pelanggan dengan lebih separuh juta artikel jurnal dan 13,000 buku elektronik dari semua pencetakan. [22] Pada Jun 2011, jurnal dan buku elektronik dipindahkan ke laman sesawang baharu, Taylor & Francis Online. Manakala pangkalan data abstrak dan indeks serta pangkalan data bibliografik dipindahkan dari Informaworld ke Taylor & Francis Online kemudian.[23] Selain penerbitan, kumpulan ini turut mempunyai kepentingan lain yang diwakili oleh jenama yang dimilikinya di banyak negara. Jenama-jenama ini (syarikat) bekerja dalam bidang peningkatan prestasi dan perundingan pengurusan. Berikut merupakan bahagian-bahagian yang terdapat dalam Informa:

Akademik & sainstifik[sunting | sunting sumber]

Komersial[sunting | sunting sumber]

Profesional[sunting | sunting sumber]

  • Insurance Day
  • Council on Education
  • CPDcast
  • Datamonitor
  • Health Insurance Magazine
  • ICBI
  • IIR Finance
  • iMoneyNet
  • Informa Finance
  • Informa Global Markets
  • Informa Insurance
  • Informa Investment Solutions
  • Informa Law
  • Informa Research Services
  • InformaDATA
  • International Faculty of Finance
  • International Insider
  • MarketLine
  • Pharma Intelligence

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Preliminary Results 2015" (PDF). Informa. Dicapai pada 25 March 2016.
  2. ^ TheMediaBriefing (10 July 2014). "Informa restructure aims to 'increase operational, customer and market focus'". Dicapai pada 25 March 2016.
  3. ^ Informa PLC. "Informa.com - Global Contacts". Dicapai pada 25 March 2016.
  4. ^ "Global Contacts." Informa. Retrieved on 4 February 2011. "Head Office Mortimer Street, London"
  5. ^ a b "ROUNDUP Informa names new chairman, CEO after FY profits soar". Forbes. 2007-03-14. Dicapai pada 2007-12-31.[pautan mati kekal]
  6. ^ "T&F Informa buys conferences group Institute for International Research for 768 mln stg". Forbes. 2007-06-01. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-11-21. Dicapai pada 2007-12-31.
  7. ^ Kundnani, Hans (2006-10-19). "Springer Science & Business Media launches bid for Informa". The Guardian. London. Dicapai pada 2007-12-30.
  8. ^ "Informa rejects Springer bid". AFX News Limited. 2006-11-03. Dicapai pada 2007-12-30.[pautan mati kekal]
  9. ^ "Informa unveils new CEO, chairman as 2006 results top forecasts". Forbes. 2006-03-14. Dicapai pada 2007-12-30.[pautan mati kekal]
  10. ^ Harrington, Ben; Kleinman, Mark (2008-06-08). "Media giants United Business Media and Informa open talks on £3bn merger". The Sunday Telegraph. London. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-13. Dicapai pada 2008-06-08.
  11. ^ "Statement Regarding Press Speculation". Informa. 2008-06-08. Dicapai pada 2008-06-08.[pautan mati kekal]
  12. ^ "UBM and Informa confirm merger talks". The Guardian. London. 2008-06-09. Dicapai pada 2013-07-18.
  13. ^ Andrews, Amanda; Kennedy, Siobhan (2008-05-13). "Informa garners attention of private equity". The Times. London. Dicapai pada 2008-06-08.
  14. ^ Arnott, Sarah (2008-06-18). "Cash approach for Informa as merger talks end with UBM". The Independent. London. Dicapai pada 2008-07-07.
  15. ^ Thiel, Simon; Sabine Pirone (2008-07-02). "Informa Rises on $4.29 Billion Private-Equity Offer". Bloomberg. Dicapai pada 2008-07-07.
  16. ^ "Informa announces retirement of Peter Rigby and appointment of Stephen Carter". 10 July 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-16. Dicapai pada 10 July 2013.
  17. ^ "Dallas Comic Con Gets a New Owner and Home". Dallas Observer. Dicapai pada 24 February 2016.
  18. ^ Dineen, Caitlin (7 April 2015). "Orlando's MegaCon sold to Informa". Orlando Sentinel. Dicapai pada 9 April 2015.
  19. ^ Mantei, Shelley (9 April 2015). "Informa Exhibitions Expands Pop Culture Convention Portfolio With MegaCon Orlando" (PDF) (Siaran akhbar). Orlando, Florida: FAN EXPO HQ. Dicapai pada 9 April 2015.
  20. ^ "Informa Acquires Elsevier Business Intelligence". 9 December 2013. Dicapai pada 9 December 2013.
  21. ^ "Informa Confirms Stephen Carter To Be CEO, Effective Jan. 1 - Update". RTT News. 31 December 2013. Dicapai pada 2 July 2014.
  22. ^ Griffin, Daniel (December 2006). "Single vision of the world at Informa". Information World Review (230): 2.
  23. ^ "Taylor & Francis Online – FAQs" (PDF). Taylor & Francis Group. 2011. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-05-09. Dicapai pada 23 September 2012.
  24. ^ "Welcome to Informa Healthcare". informahealthcare.com. Dicapai pada 29 March 2015.
  25. ^ "Informa Corporate Learning". Informa Corporate Learning. Dicapai pada 21 February 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]