Infrastruktur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Infrastruktur ialah satu set struktur yang bergabung antara satu sama lain lalu membentuk satu rangka yang menyokong keseluruhan struktur tertentu. Misalnya, infrastruktur pengangkutan merangkumi landasan kereta api, jalan raya, lapangan terbang, pelabuhan dan elemen-elemen lain yang bersangkutan dengan pengangkutan. Kadang-kadang, definisi ini amat luas. Contohnya, infrastruktur kapital dalam ekonomi merangkumi perusahaan tekstil sehinggalah sistem terusan seluruh benua.

Penggunaan dalam perancangan bandar[sunting | sunting sumber]

Istilah ini kerap digunakan dalam perancangan bandar dan merujuk kepada kemudahan yang menyokong penggunaan tanah serta persekitaran bangunan secara terperinci

Lazimnya, infrastruktur ini digunakan dalam konteks dua sistem sokongan iaitu modaliti pengangkutan seperti (lebuh raya, kereta api, dan sebagainya.) dan kemudahan.

Selain itu, infrastruktur merujuk kepada perkhidmatan asas yang disediakan oleh majlis perbandaran tempatan, sama ada kerajaan atau swasta.

Infrastruktur (dari segi awam) termasuklah:

  • Infrastruktur Lembut (soft infratructure) bermaksud institusi yang mengekalkan mutu kesihatan dan budaya masyarakat sesebuah negara. Ia merujuk kepada

Selain itu, contoh-contoh lain juga termasuk:

  • Kemudahan Infrastruktur
  1. Pusat gimnasium
  2. Kompleks sukan
  3. Sekolah
  4. Balai polis
  5. Masjid
  6. Kuil
  7. Tokong
  8. Gereja
  9. Pejabat pos
  10. Dispenseri
  11. Hospital kerajaan
  12. Klinik
  13. Klinik haiwan
  14. Klinik perubatan
  15. Hospital awam