Inggu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Beberapa bekas inggu yang dibungkus komersil

Inggu atau hinggu[1] (Jawi: ايڠڬو,[2] bahasa Inggeris: asafoetida atau asafetida[3][4]) ialah sejenis bahan diperoleh daripada getah rizom beberapa herba saka spesies Ferula[2] (F. foetida dan terutamanya F. assafoetida[1]) yang bertaburan dan ditanam di kawasan-kawasan gurun Iran dan pergunungan Afghanistan.[5] Ia dikenali kerana bau ia yang busuk kuat.

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

Ia diberi pelbagai nama dalam bahasa setempat termasuk:

  • bahasa Tamil: perunkayam பெருங்காயம்,
  • bahasa Telugu: inguva ఇంగువ[6]
  • bahasa Malayalam: kāyaṃ കായം [6] atau raamadom
  • bahasa Kannada: ingu ಇಂಗು
  • bahasa Hindi: hīng हींग.[6]
  • bahasa Marathi: hinga हिंग
  • bahasa Odia hengu ହେଙ୍ଗୁ
  • bahasa Bengali: hiṅ হিং
  • bahasa Pashto: hënjâṇa هنجاڼه.[7]
  • haltit atau tyib dalam bahasa Arab.[8]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Rempah ini merupakan bahan utama dalam rempah ratus masakan India selain kunyit terutamanya dalam kari dal serta juga banyak lauk-pauk sayuran. Ia digunakan secara meluas dalam masakan India Selatan dan Maharashtra, yang kebanyakannya vegetarian, dan sering digunakan bagi mengharmonikan komponen manis, masam, masin dan pedas dalam makanan. Asafutida juga menjadi alternatif vegetarian untuk membuat rasa makanan lebih penuh berperisa dan sedap.[9]

Ia turut dipakai sebagai bahan melawas pencernaan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Hean Chooi Ong (2008). Rempah ratus: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 118–119. ISBN 978-967-61-2105-3 Check |isbn= value: checksum (bantuan).
  2. ^ a b "inggu". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.
  3. ^ Ridley, Henry Nicholas (Julai 1897). "List of Malay Plant Names". Journal of the Straits Branch of the Royal Asiatic Society. Singapore: Royal Asiatic Society: 66.
  4. ^ "asafœtida". Oxford English Dictionary second edition. Oxford University Press. 1989. Dicapai pada 19 December 2018.
  5. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada January 4, 2012. Dicapai pada January 7, 2012.CS1 maint: archived copy as title (link)
  6. ^ a b c Literature Search Unit (January 2013). "Ferula Asafoetida: Stinking Gum. Scientific literature search through SciFinder on Ferula asafetida". Indian Institute of Integrative Medicine. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  7. ^ Pashto–English Dictionary
  8. ^ Mahendra, Poonam; Bisht, Shradha (2012). "Ferula asafoetida: Traditional uses and pharmacological activity". Pharmacognosy Reviews. 6 (12): 141–146. doi:10.4103/0973-7847.99948. ISSN 0973-7847. PMC 3459456. PMID 23055640.
  9. ^ "Asafoetida". Orient Resources Co as Regency Spices. 5 June 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-25. Dicapai pada 2021-03-21.