Ingwe

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Misil Ingwe dengan sirip kawalan didepakan

Peluru berpandu anti-kereta kebal jenis Ingwe dibuat oleh Afrika Selatan dan merupakan peluru berpandu anti-kereta kebal moden yang dikeluarkan oleh syarikat persenjataan Denel Dynamics (sebelum ini dikenali sebagai Kentron)

Peluru berpandu ini direka bentuk untuk digunakan dalam pelbagai peranan, sama ada oleh pasukan askar infantri ataupun dipasangkan di atas kenderaan seperti Land Rover ataupun Jip ataupun untuk melengkapkan persenjataan helikopter penyerang seperti Rooivalk. Senjata ini mempunyai jarak berkesan di antara 250 meter hingga 5,000 m. Senjata ini menggunakan kepala peledak iring (tandem warhead) yang boleh memusnahkan perisai keluli dengan ketebalan 1000mm.

Senjata Ingwe ini melengkapkan kenderaan perisai Ratel ZT-3 yang menggunakan versi terbaru senjata ini yang mempunyai garis pusat 127mm. kenderaan ini mempunyai sistem pelancaran untuk 3 butir peluru berpandu yang sedia digunakan dengan peluru lain untuk dimuat semula disimpan di dalam kenderaan. Kenderaan RatelZT-3 ini diasaskan kepada kenderaan Ratel-20 dengan diberikan turret baru dan direka khusus sebagai kenderaan antikereta kebal.

Senjata Ingwe dilaraskan menggunakan panduan laser dan setanding dengan peluru berpandu jenis Milan dan HOT buatan Eropah ataupun sistem TOW buatan Amerika Syarikat.

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

  • Panjang : 1750 mm
  • Garis Pusat : 127 mm
  • Berat : 28.5 kg
  • Jarak : 500 m to 5,000 m
  • Tembusan : sehingga 1,000 mm of perisai homogen tergelek (rolled homogenous armour RHA).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]