Insan Terpilih (telefilem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Insan Terpilih (telefilem)
PengarahNazir Jamaluddin
PenerbitAniq Communication Sdn Bhd
PenulisYati Chung
PelakonSyazwan Zulkifly
Jay Iswazir
Zara Zya
Fathil Dani
Liza Othman
Jeff Hassan
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Malaysia
Tayangan asal7 September 2019 9.30 malam

Insan Terpilih adalah telefilem berdasarkan kisah benar Malaysia 2019 arahan Nazir Jamaluddin terbitan Aniq Communication Sdn Bhd yang disiarkan di TV3 melalui slot Cerekarama pada 7 Mei 2019, jam 9.30 pagi.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Hidup Firdaus tidak terurus seperti orang lain. Setiap hari dia akan mengeliling kampung mengutip sampah dan mencuci surau malah akan mengutip najis cicak yang berselerak di dalam surau dengan menggunakan tangannya. Katanya, jika dia mengguna penyapu, pahala akan menjadi sedikit.  Ustaz Zaki sangat kagum dengan Firdaus walaupun dia begitu tetapi dia rajin mencari pahala dan tidak mengambil kesempatan atas orang lain. Dalam keadaannya sedemikian, ada segelintir anak-anak kampung menggelarnya “Firdaus Gila”. Malah Firdaus juga sering diganggu oleh Leman, pemuda kampung yang nakal dan menggelarkan Firdaus “busuk”.

Pelakon[sunting | sunting sumber]