Insiden kren jatuh di Makkah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Insiden kren jatuh di Makkah
The Holy Mosque in Mecca.jpg
Masjidil Haram pada tahun 2008. Kren yang terpapar didalam imej tidak termasuk dalam insiden.
Tarikh11 September 2015 (2015-09-11)
17:45 AST (UTC+03:00)
LokasiMasjid al-Haram, Makkah, Saudi Arabia
Koordinat21°25′21″N 39°49′34″E / 21.4225°N 39.8262°E / 21.4225; 39.8262Koordinat: 21°25′21″N 39°49′34″E / 21.4225°N 39.8262°E / 21.4225; 39.8262
PenyebabKren jatuh
Kematian118[1]
Kecederaan394 [2][3]

Pada tanggal 11 September 2015, sebuah kren yang digunakan dalam kerja-kerja perluasaan kompleks Masjid al-Haram di Makkah, Saudi Arabia telah jatuh menghempap ke arah bangunan kompleks Masjid, betul-betul diatas bangunan menghadap diantara Bukit Safa dan Marwah menyebabkan sekurang-kurangnya 118 orang meninggal dunia dan 394 orang lain mengalami kecederaan. Kebanyakan dari mangsa adalah jemaah yang bakal menunaikan Haji di Makkah.[4][5][6]

Seramai sembilan orang jemaah dari India, sepuluh orang dari Malaysia, 15 dari Iran, 42 orang dari Indonesia dan 16 orang dari Pakistan tercedera menurut laporan.[7][8][9][10]

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Masjid al-Haram

Masjid al-Haram merupakan masjid terbesar di dunia dan juga merupakan masjid terpenting dalam agama Islam. Masjidil Haram mengelilingi binaan paling suci dalam agama Islam iaitu Kaabah, terletak di Makkah. Setiap hari, Muslim diwajibkan untuk menunaikan 5 kali solat fardhu yang perlu dikerjakan dengan menghadap terus ke arah kiblat iaitu Kaabah walau dimana mereka berada. Ketika insiden ini berlaku, Makkah sedang bersiap sedia menerima jutaan jemaah Haji yang akan menunaikan ibadah Haji di Makkah, sebagai Rukun Islam ke-5 yang wajib dipenuhi oleh setiap individu Muslim menurut kemampuan mereka, termasuk mengelilingi Kaabah.[11]

Terdapat beberapa insiden besar yang pernah berlaku ketika musim Haji di Makkah untuk beberapa tahun kebelakang yang telah mengakibatkan ribuan nyawa terkorban.[12] Untuk mengelakkan kecelakaan dan kemalangan dari terus berulang kali berlaku, Kerajaan Arab saudi telah mengadakan tindakan pengubahsuaian bagi memenuhi keperluan dan keselesaan para jemaah selain meningkatkan tahap kesiap siagaan dalam medan keselamatan. Namun projek perluasan Masjidil Haram yang aktif telah memungkinkan beberapa hal tidak diingini berlaku.[13] Semasa kejadian, pihak berkuasa Saudi giat menjalankan persediaan untuk menerima ratusan ribu jemaah haji yang bermula pada 22 September 2015.[3][13] Kerajaan Arab Saudi dalam kenyataan rasminya tetap berpendirian meneruskan ibadah Haji walaupun insiden berlaku, ibadah Haji tidak pernah dibatalkan walaupun bermacam insiden berlaku setiap tahun kerana ibadah Haji merupakan tuntutan syarie yang utama dan antara salah satu ibadat yang paling penting dalam Islam.[14]

Insiden[sunting | sunting sumber]

Kewarganegaraan mangsa
Warganegara Terbunuh Tercedera Ref.
 Bangladesh 25 [15]
 Mesir 23 [15]
 Pakistan 15 51 [16][15]
 Indonesia 11 42 [17]
 India 11 15 [18][19]
 Turki 8 21 [20][21]
 Malaysia 6 10 [22][15]
 Nigeria 6 [23]
 United Kingdom 2 3 [19][24]
 Iran 1 15 [18][15]
 Algeria 1 [15]
 Afghanistan 1 [15]
Jumlah 118 394 [1]

Pihak Pertahanan Awam Arab Saudi mengesahkan insiden terjatuhnya kren adalah disebabkan oleh pukulan angin yang kuat akibat ribut pasir yang terlalu kuat membadai Makkah yang meragut 107 nyawa,[25] 238 orang tercedra dan ada yang terperangkap dek timbunan runtuhan.[3][26][27][28]

Insiden yang dilaporkan terjadi kurang pukul 5:20pm pada hari Ahad, di mana ia merupakan masa yang tersibuk dalam minggu tersebut. Kren terjatuh pada sebelah timur masjid, tepatnya diatas bumbung kompleks sai, Safa dan Marwah.[2][29]

Pada minggu berlakunya insiden, angin dan ribut berlaku di kawasan wilayah Makkah dan Hijaz secara amnya. Pihak berkuasa memeberitahu ketika ribut berlaku, Makkah menerima hujan sederhana hingga lebat. Anggaran kelajuan angin pula adalah lebih dari 40 kilometres per hour (25 mph). Namun sebab utama kren terjatuh belum dapat ditentu sahkan.[30]

Berikutan insiden, Putera Arab Saudi, Putera Khaled Al Faisal, telah memerintahkan penyiasatan penuh terhadap insiden dilakukan. Pasukan pencari dan penyelamat dan para petugas perubatan dikerah ke lokasi untuk membantu mangsa. Pasukan Bulan Sabit Merah turut dihantar ke lokasi. Gambar dan video turut tersebar secara meluas di laman sosial menunjukkan ramai mangsa terkorban dan ada yang berkecai tubuh badan.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Batrawy, Aya (13 September 2015). "Pilgrims Traumatized, Asking How Mecca Crane Could Collapse". ABC News. Associated Press. Dicapai 13 September 2015. 
  2. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan DailyMail.co tidak disediakan
  3. ^ a b c d Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Guardian2015-09-11 tidak disediakan
  4. ^ "Crane falls in Mecca's Grand Mosque, casualties reported". Daily Mail. 11 September 2015. Dicapai 11 September 2015. 
  5. ^ "52 dead in crane accident in Mecca's Grand Mosque: Saudi reports". The Daily Star. 11 September 2015. Dicapai 11 September 2015. 
  6. ^ "Crane falls in Mecca's Grand Mosque, casualties reported: Al Arabiya". Reuters. 11 September 2015. Dicapai 11 September 2015. 
  7. ^ "9 Indians Among Nearly 200 Injured at Mecca's Grand Mosque". NDTV.com. 11 September 2015. 
  8. ^ "10 Malaysian pilgrims injured, six unaccounted for in Mecca crane collapse". Bernama. The Borneo Post. 12 September 2015. Dicapai 12 September 2015. 
  9. ^ "Crane Collapse kills at least 107 at Meccas grand mosque in Saudi Arabia". Zee News. 12 September 2015. 
  10. ^ "Crane crashes in the Haram, 1 citizen Dies, 20 Injured". 
  11. ^ "At least 62 people dead and 30 injured at Mecca's Grand Mosque after crane collapses in high winds". Daily Mail. 11 September 2015. Dicapai 11 September 2015. 
  12. ^ "Mecca no stranger to tragedy". USA Today. Gannett Company. 11 September 2015. Dicapai 11 September 2015. 
  13. ^ a b "At least 87 dead after crane accident in Masjidul Haram". Dawn. 11 September 2015. Dicapai 11 September 2015. 
  14. ^ "Haj will go ahead after deadly crane collapse: Saudi Official". Khaleej Times. 12 September 2015. 
  15. ^ a b c d e f g "Makkah crane crash report submitted". Al Arabiya. 14 September 2015. Dicapai 15 September 2015. 
  16. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan tribune tidak disediakan
  17. ^ "Daftar Nama Jemaah Rawat/Wafat Musibah Jatuhnya Crane Di Masjidil Haram 11 September 2015" [Names of Pilgrims Hospitalized/Dead in Calamity of Haram Crane Collapse September 11, 2015] (dalam bahasa Indonesian). Direktorat Jenderal Penyelenggaraan Haji dan Umrah - Kementerian Agama Republik Indonesia. 15 September 2015. Dicapai 16 September 2015. 
  18. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan ndtv tidak disediakan
  19. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan arabianbusiness tidak disediakan
  20. ^ "8 Turkish pilgrims die in crane collapse at Grand Mosque". Today's Zaman. 12 September 2015. Dicapai 15 September 2015. 
  21. ^ "Number of casualties of Turkish Haji candidates at the Kaaba accident reach 8…". Presidency of Religious Affairs. 13 September 2015. Dicapai 15 September 2015. 
  22. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan tbp tidak disediakan
  23. ^ "Six Nigerians among victims of Saudi crane accident: official". Yahoo! News. AFP. 16 September 2015. Dicapai 16 September 2015. 
  24. ^ Halkon, Ruth; Webb, Sam (13 September 2015). "Two Brits dead and three injured in Mecca Grand Mosque crane tragedy that killed 107 people l". Mirror Online. Dicapai 16 September 2015. 
  25. ^ "Saudi officials: Crane collapse at Mecca Grand Mosque kills at least 107". The Washington Post. 11 September 2015. Dicapai 11 September 2015. 
  26. ^ "Report: 52 Dead After Crane Crashes Into Mecca Grand Mosque". Newsweek. 11 September 2015. Dicapai 11 September 2015. 
  27. ^ "Mecca crane collapse: 52 dead in Saudi Arabia". BBC News. 11 September 2015. Dicapai 11 September 2015. 
  28. ^ "Crane collapse in Mecca kills at least 52". Fox News Channel. 11 September 2015. Dicapai 11 September 2015. 
  29. ^ "Scores killed after crane crashes in Mecca mosque". Al Jazeera. 11 September 2015. Dicapai 11 September 2015. 
  30. ^ "At least 87 killed as crane crashes into Mecca's Grand Mosque". Telegraph. 11 September 2015. Dicapai 11 September 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]