Insinerator Cameron Highlands

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sebuah insinerator dibina di Tanah Tinggi Cameron Highlands , Pahang bagi mengatasi masalah pelupusan sisa pepejal yang sangat kritikal.

Masalah pelupusan sisa pepejal di Tanah Tinggi Cameron Highlands, Pahang, dijangka selesai tidak lama lagi dengan pembinaan sebuah insinerator atau penunua di daerah itu.

Sistem menimbus sampah, tidak lagi sesuai .Lokasinya berhampiran jalan utama ke Tanah Rata dari pekan Ringlet. Lokasinya mencacatkan pemandangan ,mencemarkan udara dengan bau busuk yang meloyakan.

Pegawai Daerah Cameron Highlands Haron Abdul Kader telah mengarahkan tapak ini ditutup.

Lokasi tapak baru telah dikaji dengan terperinci oleh beberapa jabatan kerajaan dan didapati sesuai untuk dibuka secara sementara.

Namun alur sungai di lurah tapak ini masih dicemari oleh air kotoran dari sampah oleh kerana muka buminya cerun curam. Pilihan terbaik ialah sebuah insinerator.

Mohd Jais Sulaiman, Jurutera Daerah JPS Cameron Highlands mencadangkan satu benteng dibina bagi mengelakkan aliran air leachate mengalir ke Sungai Anak Telom. Reka bentuknya dalam proses untuk dipertimbangkan.

,