Inskripsi Behistun
![]() | |
![]() | |
Maklumat am | |
---|---|
Nama asli | سنگنبشته بیستون |
Sebahagian dari | Behistun ![]() |
Termasuklah | Q120402651 ![]() |
Inskripsi | 2006 (sesi ke-30) |
Keluasan | 187 ha |
Zon penampan | 361 ha |
Maklumat lokasi | |
Lokasi | Mount Behistun, Bisotun, Harsin County, Iran |
Koordinat | 34°23′26″N 47°26′9″E / 34.39056°N 47.43583°E |
![]() | |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Inskripsi Behistun (juga Bisotun, Bisitun atau Bisutun; Parsi: بیستون, Bahasa Parsi Kuno: Bagastana, bermaksud "tempat tuhan") ialah sebuah inskripsi diraja Hakhamaniyah multibahasa dan ukiran batu besar di tebing Gunung Behistun di Wilayah Kermanshah Iran, berhampiran bandar Kermanshah di barat Iran, didirikan oleh Darius Agung (r. 522–486 SM).[1] Ia penting kepada perungkaian tulisan pepaku, kerana ia adalah inskripsi tulisan pepaku tribahasa terpanjang yang diketahui, ditulis dalam Parsi Kuno, Elam, dan Babylon (sejenis varieti bahasa Akkadia).[2]
Ditulis oleh Darius Agung sekitar antara pertabalannya sebagai raja Empayar Parsi pada musim panas 522 SM dan kemangkatannya pada musim luruh 486 SM, inskripsi tersebut bermula dengan autobiografi ringkas Darius, termasuk keturunan dan salasilahnya. Kemudian dalam inskripsi itu, Darius menyatakan rentetan panjang peristiwa selepas kemangkatan Cambyses II yang mana baginda berperang dalam sembilan belas pertempuran dalam tempoh satu tahun (berakhir pada Disember 521 SM) untuk mematahkan berbilang pemberontakan di seluruh Empayar Parsi. Inskripsi itu menyatakan secara terperinci bahawa pemberontakan itu dirancang oleh beberapa orang penyamar dan rakan subahat mereka di banyak bandar di seluruh empayar, masing-masing mengisytiharkan dirinya sebagai raja semasa pergolakan selepas kematian Cambyses II. Darius Agung mengisytiharkan dirinya menang dalam semua pertempuran semasa tempoh pergolakan, menisbatkan kejayaannya kepada "rahmat Ahura Mazda".
Inskripsi ini berukuran kira-kira 15 m (49 ka) tinggi dan 25 m (82 ka) lebar serta terletak 100 m (330 ka) di atas tebing batu kapur dari jalan purba yang menghubungkan ibu kota Babylonia dan Media (Babylon dan Ecbatana). Teks bahasa Parsi Kunomengandungi 414 baris dalam lima lajur; teks bahasa Elam merangkumi 260 baris dalam lapan lajur, dan teks bahasa Babylon mempunyai 112 baris.[3][4] Salinan teks dalam bahasa Aram, ditulis semasa pemerintahan Darius II, ditemui di Mesir.[5] Inskripsi ini dihiasi dengan ukiran timbul bersaiz sebenar Darius I, Yang Agung, memegang busur sebagai tanda kekuasaan, dengan kaki kirinya di atas dada seorang yang telentang di depannya. Sosok yang terbaring itu dikatakan adalah si penipu Gaumata. Darius dilayani di sebelah kiri oleh dua orang hamba, dan sembilan sosok setinggi satu meter berdiri di sebelah kanan, dengan tangan terikat dan tali di leher mereka, mewakili bangsa-bangsa yang ditakluki. Sebuah Faravahar terapung di atas, memberikan restunya kepada raja. Satu individu nampaknya telah ditambah selepas semua yang lain diselesaikan, sama seperti janggut Darius, yang berada pada bongkah batu berasingan yang dipasang dengan pin besi dan plumbum.
Nama
[sunting | sunting sumber]Nama Behistun berasal daripada sumber-sumber Yunani kuno dan Arab, terutamanya Diodorus Siculus dan Ya'qubi, ditransliterasikan ke dalam bahasa Inggeris pada abad ke-19 oleh Henry Rawlinson. Nama versi Parsi moden ialah Bisotun.[6]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Selepas kejatuhan Dinasti Hakhamaniyah Empayar Parsi dan para pewarisnya, dan tulisan pepaku Parsi Kuno tidak lagi digunakan, sifat inskripsi itu dilupakan, dan penjelasan khayalan menjadi kebiasaan.

Pada 1598, orang Inggeris Robert Sherley terlihat inskripsi itu semasa misi diplomatik ke Parsi Safawiyah bagi pihak Austria, dan membawanya kepada perhatian sarjana-sarjana Eropah Barat. Rombongannya salah menyimpulkan bahawa ia daripada orang Kristian.[7] Jeneral Perancis Gardanne berpendapat ia menunjukkan "Kristus dan dua belas hawari", dan Sir Robert Ker Porter berpendapat ia menggambarkan Suku-Suku Israel yang Hilang dan Shalmaneser dari Assyria.[8] Pada 1604, penjelajah Itali Pietro della Valle melawat inskripsi itu dan membuat lukisan awal monumen itu.[9]
Usaha terjemahan
[sunting | sunting sumber]

Juruukur Jerman Carsten Niebuhr melawat sekitar 1764 untuk Frederick V dari Denmark, menerbitkan salinan inskripsi itu dalam catatan perjalanannya pada tahun 1778.[10] Transkripsi Niebuhr digunakan oleh Georg Friedrich Grotefend dan lain-lain dalam usaha mereka untuk mentafsirkan tulisan pepaku Parsi Kuno. Grotefend telah mentafsirkan sepuluh daripada 37 simbol Parsi Kuno pada tahun 1802, setelah menyedari bahawa berbeza daripada tulisan pepaku Semitik, teks Parsi Kuno adalah satu alfabet dan setiap perkataan dipisahkan oleh simbol condong menegak.[11]
Pada 1835, Sir Henry Rawlinson, seorang pegawai tentera Syarikat Hindia Timur Inggeris yang ditugaskan kepada tentera Shah Iran, mula mengkaji inskripsi itu dengan serius. Ketika nama bandar Bisotun diinggeriskan sebagai "Behistun" pada masa ini, monumen itu dikenali sebagai "Inskripsi Behistun". Walaupun agak sukar dicapai, Rawlinson berjaya mendaki tebingnya dengan bantuan seorang budak tempatan dan menyalin inskripsi Parsi Kuno iut. Teks bahasa Elamnya berada di seberang jurang, dan teks Babylon pula empat meter di atas; kedua-duanya sukar dicapai dan ditinggalkan untuk kemudian hari. Pada tahun 1847, beliau berjaya menghantarkan salinan penuh dan tepat ke Eropah.[12]
Penyelidikan dan aktiviti terkini
[sunting | sunting sumber]

Tapak ini dikunjungi oleh ahli linguistik Amerika A. V. Williams Jackson pada 1903.[13] Ekspedisi kemudian, pada 1904 ditaja oleh Muzium British dan diketuai oleh Leonard William King dan Reginald Campbell Thompson dan pada 1948 oleh George G. Cameron dari Universiti Michigan, memperoleh foto, acuan dan transkripsi teks yang lebih tepat, termasuk petikan yang tidak disalin oleh Rawlinson.[14][15][16][17] Juga menjadi jelas bahawa air hujan telah melarutkan beberapa kawasan batu kapur di mana teks itu terukir, sambil meninggalkan mendapan baru batu kapur di tempat lain, menutupi teks tersebut.
Pada 1938, inskripsi itu menarik minat kumpulan pemikir Nazi Jerman Ahnenerbe, namun rancangan penyelidikan dibatalkan kerana bermulanya Perang Dunia Kedua.
Monumen itu kemudian mengalami beberapa kerosakan oleh askar Berikat yang menggunakannya sebagai sasaran latihan dalam Perang Dunia Kedua, dan semasa Inggeris-Soviet menceroboh Iran.[18]
Tahun 1999, ahli arkeologi Iran memulakan dokumentasi dan penilaian kerosakan pada tapak yang berlaku pada abad ke-20. Malieh Mehdiabadi, pengurus projek usaha itu, menerangkan proses fotogrametri yang mana foto dua dimensi inskripsi tersebut diambil menggunakan dua kamera dan kemudian diubah menjadi imej 3-D.[19]
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, ahli-ahli arkeologi Iran telah menjalankan kerja-kerja pemuliharaan. Tapak ini menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2006.[20]
Pada 2012, Pusat Warisan Budaya Bisotun menganjurkan usaha antarabangsa untuk mengkaji semula inskripsi itu.[21]
Kandungan
[sunting | sunting sumber]![]() |
Wikisumber bahasa Melayu mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: |

Salasilah
[sunting | sunting sumber]Dalam bahagian pertama inskripsi, Darius Agung mengisytiharkan keturunan dan salasilahnya:
Raja Darius bertitah: Bapa saya ialah Hystaspes [Vištâspa]; bapa Hystaspes ialah Arsames [Aršâma]; bapa Arsames ialah Ariaramnes [Ariyâramna]; bapa Ariaramnes ialah Teispes [Cišpiš]; bapa Teispes ialah Achaemenes [Haxâmaniš].
Raja Darius bertitah: Itulah sebabnya kami dipanggil Hakhamaniyah; sejak zaman purba kami mulia; sejak zaman purba dinasti kami diraja. Raja Darius bertitah: Lapan daripada dinasti saya adalah raja sebelum saya; saya yang kesembilan. Sembilan berturut-turut kami menjadi raja.
Raja Darius bertitah: Dengan rahmat Ahura Mazda saya menjadi raja; Ahura Mazda telah mengurniakan saya kerajaan.
Wilayah
[sunting | sunting sumber]
Darius juga menyenaraikan wilayah-wilayah di bawah pemerintahannya:
Raja Darius bertitah: Inilah negara-negara yang tunduk kepada saya, dan dengan rahmat Ahura Mazda saya menjadi raja mereka: Parsi [Pârsa], Elam [Ûvja], Babylonia [Bâbiruš], Assyria [Athurâ], Arabia [Arabâya], Mesir [Mudrâya], negara-negara di tepi Laut [Tyaiy Drayahyâ (Phoenicia)], Lydia [Sparda], orang Yunani [Yauna (Ionia)], Media [Mâda], Armenia [Armina], Cappadocia [Katpatuka], Parthia [Parthava], Drangiana [Zraka], Aria [Haraiva], Chorasmia [Uvârazmîy], Bactria [Bâxtriš], Sogdia [Suguda], Gandhara [Gadâra], Scythia [Saka], Sattagydia [Thataguš], Arachosia [Harauvatiš] dan Maka [Maka]; dua puluh tiga tanah kesemuanya.
Konflik dan pemberontakan
[sunting | sunting sumber]Kemudian dalam inskripsi, Darius memberikan laporan saksi mata tentang pertempuran yang berjaya dilakukannya dalam tempoh satu tahun untuk mematahkan pemberontakan yang berlaku akibat kematian Cyrus Agung, dan anaknya Cambyses II:
-
Ukiran Nidintu-Bêl: "Ini Nidintu-Bêl. Dia berbohong, berkata "Saya Nebuchadnezzar, anak Nabonidus. Saya raja Babylon.""[22]
-
Ukiran Tritantaechmes: "Ini Tritantaechmes. Dia berbohong, berkata "Saya raja Sagartia, daripada keluarga Cyaxares.""[22]
-
Ukiran Arakha: "Ini Arakha. Dia berbohong, berkata: "Saya Nebuchadnezzar, anak Nabonidus. Saya raja di Babylon.""[22]
Monumen bersejarah lain dalam kompleks Behistun
[sunting | sunting sumber]Tapak ini meliputi kawasan seluas 116 hektar. Bukti arkeologi menunjukkan bahawa rantau ini menjadi tempat perteduhan manusia 40,000 tahun yang lalu. Terdapat 18 monumen bersejarah selain inskripsi Darius Agung dalam kompleks Behistun yang telah didaftarkan dalam senarai tapak bersejarah negara Iran. Antaranya:
|
|
|
-
Patung Herakles dalam kompleks Behistun
-
Herakles di Behistun, diukir untuk seorang Gabenor Seleukia pada 148 SM.
-
Ukiran timbul Mithridates II dari Parthia dan ukiran timbul Gotarzes II dari Parthia dan wakaf teks Sheikh Ali khan Zangeneh
-
Ukiran berkuda yang rosak Gotarzes II di Behistun
-
Ukiran timbul Vologases di Behistun
Ukiran dan inspirasi serupa
[sunting | sunting sumber]
Ukiran batu Anubanini, juga dipanggil Sarpol-i Zohab, raja Lullubi Anubanini, dari s. 2300 SM, dan terletak tidak jauh dari ukiran Behistun di Sarpol-e Zahab, sangat serupa dengan ukiran di Behistun. Sikap pemerintah, pemijakan musuh, barisan tawanan semuanya sangat serupa, sehingga dikatakan bahawa pengukir Inskripsi Behistun mungkin telah melihat ukiran Anubanini sebelumnya dan mendapat ilham olehnya.[23] Ukiran kaum Lullubi menjadi model untuk ukiran Behistun Darius Agung.[24]
Tradisi Hakhamaniyah membuat inskripsi, bermula terutamanya dengan Darius I, dipercayai berasal daripada tradisi Elam, Lullubi, Babylon dan Assyria.[25]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Istana Behistun
- Darius I dari Parsi
- Empayar Hakhamaniyah
- Taq-e Bostan (Ukiranbatu pelbagai raja Sasan)
- Pasargadae (Makam Pasargadae Cyrus Agung)
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ "The Arya in Iran".
- ^ "Inskripsi Behistun ialah teks kuneiform dalam tiga bahasa purba."Bramwell, Neil D. (1932). Ancient Persia. NJ Berkeley Heights. m/s. 6. ISBN 978-0-7660-5251-2.
- ^ Tavernier, Jan (2021). "A list of the Achaemenid Royal Inscriptions by language". Phoenix (dalam bahasa Perancis). 67 (2): 1–4. ISSN 0031-8329. Dicapai pada 2023-03-25.
Inskripsi batu itu sendiri mengandungi tidak kurang daripada 414 baris bahasa Parsi Kuno, 112 baris bahasa Babylon dan 260 baris bahasa Elam (dalam versi lama dan lebih muda).
- ^ "The Bīsitūn Inscription [CDLI Wiki]". cdli.ox.ac.uk. 2015-09-06. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-03-25. Dicapai pada 2023-03-25.
Prasasti tiga bahasa ini mempunyai 414 baris dalam tulisan pepaku Parsi Lama, 260 dalam tulisan pepaku Elam, dan 112 dalam tulisan pepaku Akkadia. (Bae: 2008)
- ^ Tavernier, Jan, "An Achaemenid Royal Inscription: The Text of Paragraph 13 of the Aramaic Version of the Bisitun Inscription", Journal of Near Eastern Studies, jil. 60, no. 3, hlm. 161–76, 2001
- ^ King, L.W.; Thompson, R.C.; Budge, E.A.W. (1907). The Sculptures and Inscription of Darius the Great: On the Rock of Behistûn in Persia. British museum. m/s. xi.
The name of the Rock is derived from that of the small village of Bîsitûn or Bîsutûn, which lies near its foot. The form of the name "Behistûn" is not used by the modern inhabitants of the country, although it is that by which the Rock is best known among European scholars. The name "Behistûn," more correctly "Bahistûn," was borrowed by the late Major-General Sir Henry Creswicke Rawlinson, Bart., G.C. B., from the Arabic geographer Yakût, who mentions the village and its spring, and describes the Rock as being of great height, and refers to the sculptures upon it. The earliest known name of the Rock is that given by Diodorus Siculus, who calls it τό Βαγίστανον ορος, whence, no doubt, are derived the modern forms of the name. (Nama Batu ini berasal dari nama kampung kecil Bîsitûn atau Bîsutûn, yang terletak berdekatan tapaknya. Bentuk nama "Behistûn" tidak digunakan oleh penduduk moden negara ini, walaupun ia merupakan nama yang paling terkenal di kalangan sarjana Eropah. Nama "Behistûn," lebih betulnya "Bahistûn," telah dipinjam oleh mendiang Mejar Jeneral Sir Henry Creswicke Rawlinson, Bart., G.C. B., daripada ahli geografi Arab Yakût, yang menyebut kampung itu dan mata airnya, dan menggambarkan Batu itu tinggi, serta merujuk kepada ukiran-ukiran di atasnya. Nama asal Batu ini diberikan oleh Diodorus Siculus, yang menyebutnya sebagai τό Βαγίστανον ορος, daripada mana, tanpa ragu, terhasil bentuk-bentuk moden nama tersebut.)
- ^ E. Denison Ross, The Broadway Travellers: Sir Anthony Sherley and his Persian Adventure, Routledge, 2004, ISBN 0-415-34486-7
- ^ [1] Robert Ker Porter, Travels in Georgia, Persia, Armenia, ancient Babylonia, &c. &c. : during the years 1817, 1818, 1819, and 1820, volume 2, Longman, 1821
- ^ Kipfer, Barbara Ann (2013). Encyclopedic Dictionary of Archaeology. Springer US. ISBN 9781475751338.
- ^ Niebuhr, C. (1778). Reisebeschreibung nach Arabien und andern umliegenden Ländern (Jil. 2). Nicolaus Möller.
- ^ "Old Persian". Ancient Scripts. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 April 2010. Dicapai pada 2010-04-23.
- ^ Harari, Y.N. (2015). "15. The Marriage of Science and Empire". Sapiens: A Brief History of Humankind. HarperCollins. ISBN 978-0-06-231610-3.
- ^ A. V. Williams Jackson, "The Great Behistun Rock and Some Results of a Re-Examination of the Old Persian Inscriptions on It", Journal of the American Oriental Society, jil. 24, hlm. 77–95, 1903
- ^ [2] W. King and R. C. Thompson, The sculptures and inscription of Darius the Great on the Rock of Behistûn in Persia: a new collation of the Persian, Susian and Babylonian texts, Longmans, 1907
- ^ George G. Cameron, The Old Persian Text of the Bisitun Inscription, Journal of Cuneiform Studies, jil. 5, no. 2, hlm. 47–54, 1951
- ^ George G. Cameron, The Elamite Version of the Bisitun Inscriptions, Journal of Cuneiform Studies, jil. 14, no. 2, hlm. 59–68, 1960
- ^ W. C. Benedict and Elizabeth von Voigtlander, Darius' Bisitun Inscription, Babylonian Version, Lines 1–29, Journal of Cuneiform Studies, jil. 10, no. 1, hlm. 1–10, 1956
- ^ "BEHISTUN Inscription - Persia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-03. Dicapai pada 2011-07-20.
- ^ "Documentation of Behistun Inscription Nearly Complete". Chnpress.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-18. Dicapai pada 2010-04-23.
- ^ "Iran's Bisotoon Historical Site Registered in World Heritage List". Payvand.com. 2006-07-13. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-15. Dicapai pada 2010-04-23.
- ^ "Intl. Experts to reread Bisotun inscriptions - Tehran Times". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-29. Dicapai pada 2012-04-14. Intl. experts to reread Bisotun inscriptions, Tehran Times, May 27, 2012[pautan mati]
- ^ a b c d e f Behistun, minor inscriptions DBb inscription- Livius. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-03-10. Dicapai pada 2020-03-26.
- ^ Potts, D. T. (1999). The Archaeology of Elam: Formation and Transformation of an Ancient Iranian State (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. m/s. 318. ISBN 9780521564960. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-12. Dicapai pada 2019-03-15.
- ^ Wiesehofer, Josef (2001). Ancient Persia (dalam bahasa Inggeris). I.B.Tauris. m/s. 13. ISBN 9781860646751. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-02. Dicapai pada 2019-03-17.
- ^ Eastmond, Antony (2015). Viewing Inscriptions in the Late Antique and Medieval World (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. m/s. 14. ISBN 9781107092419. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-18. Dicapai pada 2019-03-16.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Adkins, Lesley, Empires of the Plain: Henry Rawlinson and the Lost Languages of Babylon, St. Martin's Press, New York, 2003.
- Blakesley, J. W. An Attempt at an Outline of the Early Medo-Persian History, founded on the Rock-Inscriptions of Behistun taken in combination with the Accounts of Herodotus and Ctesias. (Trinity College, Cambridge,) dalam Proceedings of the Philological Society.
- Borger, Rykle. Die Chronologie des Darius-Denkmals am Behistun-Felse, Vandenhoeck & Ruprecht, Göttingen, 1982, ISBN 3-525-85116-2.
- Cameron, George G. "Darius Carved History on Ageless Rock". National Geographic Magazine. Jil. XCVIII, Num. 6, Disember 1950. (hlm. 825–844)
- Thompson, R. Campbell. "The Rock of Behistun". Wonders of the Past. Disunting oleh Sir J. A. Hammerton. Jil. II. New York: Wise and Co., 1937. (hlm. 760–767) "Behistun". Members.ozemail.com.au. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Januari 2010. Dicapai pada 2010-04-23.
- Louis H. Gray, Notes on the Old Persian Inscriptions of Behistun, Journal of the American Oriental Society, jil. 23, hlm. 56–64, 1902
- [3]Karaj, Iran, "A New Reading of the 70th Paragraph of the Behistun Inscription", Cuneiform Digital Library Bulletin 3, 2024
- Paul J. Kosmin, A New Hypothesis: The Behistun Inscription as Imperial Calendar, Iran - Journal of the British Institute of Persian Studies, Ogos 2018
- A. T. Olmstead, Darius and His Behistun Inscription, The American Journal of Semitic Languages and Literatures, jil. 55, no. 4, hlm. 392–416, 1938
- Rawlinson, H.C., Archaeologia, 1853, jil. xxxiv, p. 74.
- Rubio, Gonzalo. "Writing in another tongue: Alloglottography in the Ancient Near East". Dalam Margins of Writing, Origins of Cultures (ed. Seth Sanders. Cetakan ke-2 dengan postscript dan pembetulan. Oriental Institute Seminars, 2. Chicago: University of Chicago Press, 2007), hlm. 33–70."Oriental Institute | Oriental Institute Seminars (OIS)". Oi.uchicago.edu. 2009-06-18. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-04. Dicapai pada 2010-04-23.
- Saber Amiri Parian, A New Edition of the Elamite Version of the Behistun Inscription (I), Cuneiform Digital Library Bulletin 2017:003.
- Schmitt, Rüdiger. Die altpersischen Inschriften der Achaimeniden. Editio minor mit deutscher Übersetzung, Reichert, Wiesbaden, 2023, ISBN 978-3-7520-0716-9, hlm. 9 dan 36–96.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Prasasti Behistun |
![]() |
Wikisumber bahasa Melayu mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: |
- King, L. W.; Thompson, R. Campbell (1907). The sculptures and inscription of Darius the Great on the Rock of Behistûn in Persia : a new collation of the Persian, Susian and Babylonian texts, with English translations, etc. British Museum.
- Prasasti Behistun Diarkibkan 2016-03-03 di Wayback Machine, artikel livius.org oleh Jona Lendering, termasuk teks Parsi (dalam tulisan pepaku dan transliterasi), terjemahan Inggeris King dan Thompson, dan bahan tambahan
- Tolman, Herbert Cushing (1908). The Behistan inscription of King Darius: translation and critical notes to the Persian text with special reference to recent re-examinations of the rock. Vanderbilt University.
- Penerangan ringkas Bisotun dari UNESCO
- "Bisotun menerima sijil Warisan Dunia", Cultural Heritage News Agency, Tehran, 3 Julai 2008
- Monumen lain Behistun Diarkibkan 2016-11-07 di Wayback Machine
- Rüdiger Schmitt, "Bisotun i", Encyclopaedia Iranica [4]
- Hyland, John O. (2014). "The Casualty Figures in Darius' Bisitun Inscription". Journal of Ancient Near Eastern History. 1 (2): 173–199. doi:10.1515/janeh-2013-0001. S2CID 180763595.
- Rencana dengan maklumat Wikidata yang hilang
- Rencana menggunakan Kotak info Tapak Warisan Dunia dengan templat Peta lokasi hilang
- Rencana menggunakan Peta lokasi Wikidata dengan parameter ditakrifkan secara tempatan
- Inskripsi Behistun
- Inskripsi Achaemenid
- Bangunan dan struktur di wilayah Kermanshah
- Teks berbilang bahasa
- Tapak arkeologi di Iran
- Arca Timur Dekat purba
- Tapak Warisan Dunia di Iran
- Tempat tarikan pelancong di wilayah Kermanshah
- Darius Agung
- Bangunan dan struktur dalam Senarai Warisan Kebangsaan Iran