Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri
Institute of Diplomacy and Foreign Relations
Logo idfr.JPG
Lokasi
Kuala Lumpur, Malaysia
Maklumat
MotoMenjadi sebuah pusat antarabangsa dalam bidang latihan serta penyelidikan diplomasi dan hubungan antarabangsa yang dikenali di peringkat dunia
Ditubuhkan1 Julai 1991
Ketua Pengarah-
Laman sesawang

Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) yang dahulunya dikenali sebagai Institut Diplomasi dan Hal Ehwal Luar Negeri(IDHL) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1991 di bawah Jabatan Perdana Menteri susulan keputusan kabinet pada 6 Mac 1991. Institut ini dilancarkan secara rasmi pada 12 Ogos 1991 oleh Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. IDFR merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Luar Negeri. Diketuai oleh seorang Ketua Pengarah dengan tujuan utama penubuhannya adalah menyedia dan mengendalikan program-progran latihan bagi pegawai-pegawai diplomatik Malaysia serta pegawai-pegawai dari kementerian dan agensi kerajaan yang lain. Selain daripada kursus teras yang ditawarkan oleh pihak IDFR iaitu kursus-kursus latihan diplomatik, IDFR juga menyediakan latihan kemahiran dalam bahasa asing seperti bahasa Inggeris, Perancis dan Arab.

IDFR juga kerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menawarkan program pasca-siswazah iaitu pengajian peringkat sarjana dalam bidang diplomasi dan strategi. Pengajian sepenuh masa ini mengambil masa selama 13 bulan. Kursus-kursus latihan di IDFR juga terbuka kepada penyertaan dari lebih 136 negara, khususnya kepada para peserta dari negara-negara sedang membangun di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) serta dari negara-negara ASEAN, Rancangan Colombo dan negara-negara Komanwel.

Visi[sunting | sunting sumber]

Menjadi sebuah pusat antarabangsa dalam bidang latihan serta penyelidikan diplomasi dan hubungan antarabangsa yang dikenali di peringkat dunia.

Misi[sunting | sunting sumber]

  • Meningkatkan kecekapan dan profesionalisme para pegawai diplomatik melalui latihan yang sistematik dan berkaitan.
  • Memberi latihan yang berkualiti dalam bidang diplomasi dan hubungan antarabangsa kepada para peserta daripada dalam dan luar negara.
  • Menyediakan persekitaran latihan yang kondusif menggunakan kemudahan yang serba canggih dan terkini.
  • Mempertingkatkan usaha menjadikan IDFR sebagai pusat rujukan polisi luar negeri melalui penyelidikan-penyelidikan dan penerbitan-penerbitan.
  • Menjalin hubungan strategik dalam bidang latihan dan penyelidikan bersama agensi-agensi kerajaaan, bukan kerajaan, dan pusat pengajian tinggi di dalam negara dan luar negara.
  • Menghubungkan dunia melalui polisi luar negeri Malaysia.

Peranan[sunting | sunting sumber]

  • Mengendalikan program latihan, seminar, bengkel, persidangan dan syarahan dalam bidang diplomasi dan hubungan antarabangsa.
  • Melaksanakan penyelidikan dan kajian analisis dalam bidang diplomasi, hubungan antarabangsa serta kajian strategik dan keselamatan
  • Menyediakan perkhidmatan rundingan dalam bidang diplomasi dan hubungan antarabangsa.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Antara kemudahan yang ada di IDFR adalah seperti berikut :-

  • Asrama (60 unit bilik dan 10 unit bilik 'suite')
  • Dewan Makan (2 unit )
  • Surau (1 Unit)
  • Bilik Menunggu VIP (1 Unit)
  • Galeri (1 Unit)
  • Bilik Mesyuarat (2 Unit)
  • Makmal Bahasa (1 Unit)
  • Makmal Komputer (1 Unit)
  • Bilik Syarahan atau Latihan (12 Unit)
  • Dewan Serbaguna (1 Unit)
  • Gimnasium (1 unit)
  • Gelanggang Squash (1 Unit)
  • Gelanggang Tenis (1 Unit)
  • Kolam Renang (1 Unit)
  • Perpustakaan (1 Unit)
  • Auditorium (1 Unit)

Lokasi Kini[sunting | sunting sumber]

Mulai pada 1 Mac 2006, IDFR ditempatkan di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur iaitu di bangunan asalnya dikenali sebagai Kementerian Luar Negeri. Tapak tersebut juga merupakan bekas kediaman rasmi Bapa Kemerdekaan Malaysia iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, ketika beliau menjadi Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu.

Lokasi Asal[sunting | sunting sumber]

Sejak penubuhannya pada 1 Julai 1991, institut ini ditempatkan bersekali dengan Kampus INTAN Kawasan Tengah atau kini dikenali sebagai Kampus INTAN Wilayah Tengah (INTENGAH) di Jalan Elmu, Kuala Lumpur. Pejabat pentadbirannya ialah di Dewan Tan Sri Kadir Shamsuddin dimana terdapat juga sebuah dewan serbaguna utama, empat buah bilik syarahan dan seminar, sebuah gymnasium dan dua buah bilik sembahyang.

Selain dari kemudahan di bangunan pentadbiran, institut ini juga mempunyai bilik kulih, sebuah perpustakaan, Bahagian Penyelidikan dan Penerbitan dan sebuah bilik sumber yang bertempat di bangunan Menara Komputer.

Institut ini menyediakan 54 bilik penginapan untuk peserta tempatan dan antarabangsa serta 3 buah bilik "suite" untuk tenaga pengajar luar negeri. Kemudahan lain termasuk 2 buah bilik rehat dan sebuah dewan makan.

Untuk tujuan rekreasi, terdapat gelanggang tenis dan bola tampar serta kemudahan untuk permainan dalam bangunan dan karaoke.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]