Institut Kefahaman Islam Malaysia
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) adalah satu entiti di bawah Akta Syarikat 1965 dengan bertujuan untuk memberi kefahaman Islam yang tepat melalui pelbagai aturcara dan aktiviti seperti penyelidikan, seminar, bengkel, forum, perundingan, latihan dan penerbitan.
Isi kandungan
Pengenalan[sunting | sunting sumber]
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ditubuhkan untuk memberikan kefahaman Islam yang sebenarnya demi menjaga kesucian ajaran Islam yang sebenar tanpa menyentuh perkara-perkara retorik atau menyimpang dari jalan yang ditetapkan.
Penubuhan[sunting | sunting sumber]
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ditubuhkan pada 18 Februari 1992 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan bertujuan untuk memberi kefahaman Islam yang tepat melalui pelbagai aturcara dan aktiviti seperti penyelidikan, seminar, bengkel, forum, perundingan, latihan dan penerbitan.
Ia dirasmikan pada 3 Julai 1992 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu.
Polisi dan objektif[sunting | sunting sumber]
Polisi Kualiti[sunting | sunting sumber]
- " Pemantapan Kefahaman Islam Menerusi Prestasi Cemerlang "
Objektif Kualiti[sunting | sunting sumber]
- Memberi kefahaman Islam yang tepat dan berkesan melalui kaedah semasa yang sesuai.
- Sentiasa berusaha ke arah pencapaian mesej Islam yang sebenar dan menyeluruh (syumul) sampai kepada segenap lapisan masyarakat.
- Mempertingkatkan aktiviti kefahaman Islam yang berkualiti melalui penggunaan sumber yang optimum.
- Berusaha ke arah penggubalan piawaian nilai untuk membolehkan sesebuah organisasi mengamal amalan terbaik (best practices) mengikut prinsip-prinsip Islam.
- Sentiasa berusaha ke arah pencapaian kepuasan pelanggan.
Tarikh Persijilan[sunting | sunting sumber]
- 7 Mei 2004
Skop Persijilan[sunting | sunting sumber]
- "Pusat Penyelidikan dan Sumber bagi Kefahaman Islam "
Pengurusan[sunting | sunting sumber]
IKIM diterajui[1] oleh
- Pengerusi: Tun Abdullah bin Ahmad Badawi
- Ketua Pengarah: Prof Datuk Dr Azizan Baharuddin
- Timbalan Ketua Pengarah: Dr Mohd Zaidi Ismail
(untuk butiran terperinci yang lain sila lihat pautan di bawah)
Alamat[sunting | sunting sumber]
INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM) - 234432-H
2, Langgak Tunku,
Off Jalan Duta,
50480 Kuala Lumpur.
Tel : 03-62046200
Fax : 03-62014189
Laman Sesawang: IKIM
Email : pr@ikim.gov.my
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Pejabat Ketua Pengarah IKIM, dicapai pada 2 Disember 2016