Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa
Institute of Teacher Education, International Languages Campus
Lokasi
Lembah Pantai, Kuala Lumpur
Maklumat
Moto"Where Passion for Teaching Begins"
DitubuhkanApril 2000
Jumlah penuntutKursus Persediaan &Ijazah Sarjana Muda
PengarahDatin Dr. Bushro binti Ali
Timbalan PengarahDr. Hjh Sabariah binti Morad
Hal Ehwal PelajarDr. Mohd Ghazali bin Taib
Laman sesawang

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa ataupun dalam Bahasa Inggeris Institute of Teacher Education, International Languages Campus merupakan salah sebuah institut pengajian tinggi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang menjalankan kursus-kursus perguruan peringkat sijil, diploma dan ijazah. Institut Pendidikan Guru ini ditubuhkan khas untuk bakal guru yang akan mengajar subjek bahasa Inggeris atau TESL. Institut ini juga menawarkan kursus lain seperti Bahasa Perancis, Bahasa Jerman, Bahasa Jepun, Kajian Sosial, Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Matematik, dan Pendidikan Seni Visual selain kursus-kursus pendek yang lain.

Pengenalan ringkas[sunting | sunting sumber]

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA) merupakan salah satu daripada 27 Institut Pendidikan Guru di bawah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM),Kementerian Pendidikan Malaysia. IPGKBA menyediakan latihan dan akreditasi untuk kedua-dua pra-perkhidmatan dan dalam-perkhidmatan perguruan dalam konteks mendapatkan sijil, diploma serta tahap kelayakan dalam belajar dan mengajar dalam bahasa Inggeris

IPGKBA juga terlibat dalam program berkembar antara universiti tempatan dan universiti luar negara bagi mendapatkan Ijazah Sarjana Muda dalam Pendidikan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua atau TESL . Tambahan pula, IPGKBA juga memberikan kemudahan dalam mengembangkan peranan Bahagian Pendidikan Guru dalam menyediakan latihan dan pembangunan bidang pendidikan dan pembelajaran dalam bahasa-bahasa Antarabangsa yang lain seperti bahasa Perancis, Jepun dan Jerman. IPGKBA sebelum ini dikenali sebagai Institut Perguruan Bahasa - Bahasa Antarabangsa. Selain itu, IPGKBA juga turut menjadi pusat pengajian bagi program Kajian Sosial, Matematik, dan Pendidikan Seni Visual.

Pusat Sumber IPGKBA[sunting | sunting sumber]

IPGKBA mempunyai sebuah pusat sumber yang menyokong aktiviti pendidikan dan penyelidikan di kampus ini. Bangunan Pusat Sumber ini terletak di pintu masuk kampus dan mempunyai tiga (3) tingkat. Aras G menempatkan studio fotografi, green studio, dan kelas. Aras 1 pula menempatkan kaunter perkhidmatan pusat sumber, bilik cerita, pejabat kakitangan, kafe, makmal MBM/MBI, Makmal bahasa Jepun dan bilik server. Aras 2 menepatkan koleksi pusat sumber, bilik karel, ruang isterehat, ruang mengaji, ruang permainan, bilik mesyuarat bunga tanjung dan ruang pejabat pensyarah Jabatan Bahasa Inggeris.


Pelbagai bahan disediakan dalam bentuk fizikal dan digital. Sehingga 29 Ogos 2023, terdapat 49,956 buah buku disediakan di sini. Selain itu, terdapat juga koleksi tesis, jurnal, dan majalah.


Bagi memudahkan para pelajar untuk terus mengakses kepada sumber maklumat, pusat sumber juga menyediakan Pusat Sumber Maya yang mengandungi maklumat aktiviti Pusat Sumber, pautan kepada U-Pustaka dan bahan aksesan terbuka yang boleh digunakan oleh para warga IPGKBA. Pusat Sumber Maya IPGKBA boleh diakses menerusi pautan berikut : https://sites.google.com/view/ipgkba-library/laman-utama

Rujukan[sunting | sunting sumber]