Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
IPG Kampus Sultan Mizan
Institute of Teacher Education, Sultan Mizan Campus
Lokasi
Besut, Terengganu
Maklumat
MotoBertugas dengan Ikhlas
Ditubuhkan1 Jan 1999
Jumlah penuntutKursus persediaan, Ijazah Sarjana Muda & Kursus Sijil Perguruan Khas
PengarahDr. Ahamad bin Rahim
Timbalan PengarahPuan Azlina binti Ahmad
Laman sesawang
Logo lama IPGM Kampus Sultan Mizan

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan telah dibuka pada tahun 1999 dengan nama Maktab Perguruan Besut. Institut perguruan ini terletak di Kampung Raja, Kuala Besut, Terengganu.Sebelum tahun 1999 maktab ini dikenali sebagai Maktab Perguruan Pasir Panjang yang terletak di Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Kini, premis berkenaan diambil alih oleh pihak Sekolah Menengah Sains Terengganu (SESTER).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Perancangan Perancangan pembinaan Maktab Perguruan Besut Terengganu bermula pada akhir 1990. Perletakan batu asas dan kerja-kerja pembinaan bermula pada 1996. Perbelanjaan keseluruhan berjumlah RM57.1 juta. Tarikh penggunaan sebenar ialah pada 1 Januari 1999. Dirasmikan oleh DYMM Sultan Terengganu pada 10hb Okt. 2002. Pada 10hb. Okt. 2002 nama Maktab Perguruan Besut ditukar kepada Maktab Perguruan Sultan Mizan, Besut, Terengganu. Pada 6hb Mei 2006, nama Maktab Perguruan Sultan Mizan, telah ditukar nama kepada Institut Perguruan Sultan Mizan, Besut, Terengganu dan pada 16 Januari 2009 dikenali dengan IPGM Kampus Sultan Mizan.

Luas kampus ini adaiah 50 hektar, yang terdiri daripada lapan buah bangunan akademik, sebuah bangunan pentadbiran, sebuah bangunan gerakerja kokurikulum (GERKO), sebuah bangunan Budisiswa, sebuah dewan besar dan sebuah bangunan pusat sumber dan asrama pelajar. Kampus ini juga menyediakan berbagai kemudahan seperti surau, gelanggang permainan dan kemudahan sukan serta olahraga.

Institut Perguruan Sultan Mizan kini dikenali dengan nama Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Mizan. IPG Kampus Sultan Mizan kini mempunyai lebih 1700 orang pelatih (termasuk pelatih sepenuh masa dan separuh masa). IPG Kampus Sultan Mizan melaksanakan lebih daripada 20 kursus yang melibatkan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan(PISMP), Peogram Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Program Latihan Guru Bestari, Program Kursus dalam Cuti (KDC dan LBPS-KPLI).

IPG Kampus Sultan Mizan mempunyai 13 buah jabatan, iaitu Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP), Jabatan Pengajian Melayu (JPM), Jabatan Sains, Jabatan Matematik, Jabatan Teknologi Pendidikan (JTP), Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Perguruan (JPPI), Jabatan Bahasa, Jabatan Sains Sosial (JSS), Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), dan Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (JPJK).

Rujukan[sunting | sunting sumber]



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.