Institut SEDAR
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | Institut SEDAR |
Jenis/bentuk sah | Kumpulan pemikir |
Sejarah | |
Dibentuk | 2001 |
Lokasi | |
Lokasi | |
sunting · sunting di Wikidata |
Institut Pembangunan Sosioekonomi dan Penyelidikan (singkatan: Institut SEDAR) adalah sebuah badan pemikir bukan untung yang ingin membangunkan idea dan strategi untuk membantu membina sebuah negara yang bersatu padu, demokratik, adil, egalitarian, liberal dan progresif untuk semua rakyat Malaysia, merentasi halangan kaum dan agama.
Sejak penubuhannya pada 2001, Institut SEDAR, komited untuk mempromosi dan memajukan semangat dan prinsip Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
Institut SEDAR dikendalikan oleh pasukan pengurusan yang berkelayakan dan berpengalaman. Ia juga dibantu oleh panel penasihat individu dan personaliti yang dipandang tinggi yang menyumbangkan ilmu, idea dan input melalui Institut SEDAR untuk manfaat semua rakyat Malaysia.
Misi
[sunting | sunting sumber]Misi Institut SEDAR adalah untuk membantu membangunkan idea dan strategi dalam membina sebuah negara yang bersatu padu, demokratik, adil, egalitarian, liberal dan progresif untuk semua rakyat Malaysia, mengatasi halangan kaum dan agama.
Pendekatan Institut SEDAR
[sunting | sunting sumber]Institut SEDAR mengamalkan pendekatan yang berpandangan ke hadapan, terbuka (inklusif) dan radikal (inovatif) untuk mencapai misinya dengan:
- Menganjurkan seminar, bengkel dan dialog untuk membolehkan perbincangan terus terang dengan penggubal dasar, ahli akademik, pemimpin masyarakat sivil, komuniti perniagaan dan pihak berkepentingan lain
- Menerbitkan bahan-bahan yang berkaitan sama ada cetak dan elektronik
- Pentauliahan penyelidikan dan kajian
- Menghasilkan cadangan atau penyelesaian dasar
- Memantau pelaksanaan dasar kerajaan
Bidang Keprihatinan Institut SEDAR
[sunting | sunting sumber]Program Institut SEDAR pada mulanya akan memberi tumpuan kepada bidang keutamaan berikut:
- Mempromosikan Bangsa Malaysia, keharmonian antara agama dan antara etnik
- Menjana pembangunan ekonomi yang berdaya saing dan mampan
- Memelihara hak asasi manusia, kedaulatan undang-undang dan perlembagaan Persekutuan
- Meningkatkan pembangunan modal insan dan masyarakat berpengetahuan
- Memperjuangkan tadbir urus yang baik dan berintegriti
- Mengekalkan keseimbangan ekologi dan kualiti hidup