Institut Terjemahan & Buku Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Jenis Awam
Industri Penterjemahan
Ditubuhkan 14 September 1993
Ibu pejabat Wisma ITBM
2 Jalan 2/27E
Seksyen 10 Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur
, Malaysia
Perancang utama YB Tuan Budiman Mohd Zohdi2016 (Pengerusi Lembaga Pengarah)
Mohd Khair Ngadiron
(Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif )
Keluaran Buku
Perkhidmatan Terjemahan
Kejurubahasaan
Suntingan
Latihan
Sari Kata
Sokongan
Pemilik Kementerian Kewangan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Laman sesawang Institut Terjemahan & Buku Malaysia

Institut Terjemahan & Buku Malaysia (atau singkatannya, ITBM; dahulunya dikenali sebagai Institut Terjemahan Negara Malaysia) ialah syarikat berhad yang diasaskan pada 14 September 1993 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memudahkan penubuhan sebuah industri penterjemahan di negara Malaysia. Modal syer syarikat ini dimiliki oleh Kementerian Kewangan Malaysia, manakala pentadbirannya diuruskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Misi ITBM adalah untuk memupuk bahasa Melayu sebagai perantara pemikiran dalam bidang kebudayaan, sains, dan teknologi, melalui penterjemahan. Matlamatnya ialah:

  • Membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan menterjemah, menafsir, dan menukarkan maklumat pada peringkat-peringkat negara serta antarabangsa.
  • Menterjemahkan bahan-bahan pengetahuan, khususnya karya-karya utama dalam bahasa Melayu.
  • Menterjemahkan karya-karya tempatan yang utama kepada bahasa-bahasa yang lain.
  • Memberikan latihan dan panduan dalam bidang bahasa.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Wisma ITBM
2 Jalan 2/27E
Seksyen 10 Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur
Tel: 03-4145 1800
Faks: 03-4143 2939
Laman sesawang: Institut Terjemahan & Buku Malaysia
E-mel: info@itbm.com.my

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]