Institut de Droit International

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Logo Institut de Droit International dengan moto, justitia et pace.

Institut de Droit international (IDI; Perancis untuk "Institut Undang-Undang Antarabangsa") merupakan sebuah organisasi yang tertumpu kepada pengajian dan pembangunan undang-undang antarabangsa yang dianggotai oleh peguam-peguam antarabangsa yang terkemuka di dunia. Pada tahun 1904, Institut telah menerima Hadiah Keamanan Nobel.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Institut ini diasas oleh Gustave Moynier dan Gustave Rolin-Jaequemyns, bersama-sama 9 orang peguam antarabangsa yang lain, pada 8 September 1873 di Salle de l'Arsenal Dewan Bandar Gent di Belgium.

Pengasas-pengasas IDI pada tahun 1873 adalah:

Ahli institusi ketika sesi 2005 di Kraków

Organisasi[sunting | sunting sumber]

Institut adalah sebuah badan swasta, yang terdiri daripada "syarikat bersekutu", "ahli", dan "ahli kehormat". Perlembagaan menetapkan bahawa bilangan ahli di bawah umur 80 tidak boleh melebihi 132 orang. Ahli-ahli, dijemput oleh organisasi, merupakan individu yang telah menunjukkan kerja-kerja ilmiah yang ketara dalam bidang undang-undang antarabangsa, dan adalah terhad kepada orang-orang yang dianggap bebas daripada tekanan politik. Organisasi cuba untuk memperluaskan keahliah ke seluruh dunia.

Institut menganjurkan kongress dua kali setahun untuk mengkaji undang-undang antarabangsa yang ada, dan meluluskan resolusi untuk cadangan mengubah undang-undang antarabangsa. Ia tidak memberi ulasan mengenai sesuatu pertikaian. Walaupun cadangan-cadangannya meliputi undang-undang antarabangsa dalam pelbagai bentuk, terdapat juga beberapa resolusi yang terutamanya berkaitan dengan undang-undang hak asasi manusia dan penyelesaian pertikaian secara aman. Hal ini melayakkan Institut menerima Hadiah Keamanan Nobel 1904.

Institut masih bergerak aktif dengan menganjurkan kongress di Naples pada September 2009.

Ibu pejabat Institut berubah-ubah mengikut negara asal Setiausaha Agung Institut pada ketika itu. Sejak pemilihan Professor Joe Verhoeven sebagai Setiausaha Agung pada September 2003, ibu pejabat Institut terletak di Grez-Doiceau, Belgium, dengan pejabat Graduate Institute of International and Development Studies di Geneva, Switzerland. Keahlian terkini adalah dikalangan peguam terkemuka, ahli akademik dalam bidang undang-undang[1] dan hakim-hakim Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "IDI-Membres". Idi-iil.org. Dicapai 2013-08-06. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]