Intan Najuwa
Intan Najuwa | |
---|---|
Kelahiran | Intan Najuwa binti Abdul Wahid 18 Ogos 1997 |
Pekerjaan | Pelakon, model, penulis blog |
Tahun aktif | 2015–kini |
Intan Najuwa Abdul Wahid (lahir 18 Ogos 1997) merupakan seorang pelakon dan model Malaysia. Beliau mula bergiat di dalam bidang lakonan menerusi watak lakonannya sebagai Abby dalam drama Hantu Punya Bos, dan beliau mula dikenali menerusi wataknya sebagai Hanan Khaira di dalam drama popular Kekasih Paksa Rela dimana beliau telah digandingkan bersama pelakon senior Remy Ishak. Selain itu, beliau juga dikenali menerusi drama Tuan Danial dan Setelah Ku Dimiliki sebagai Tengku Ismahanim dan Sarra dimana beliau telah digandingkan bersama Idris Khan dan Zul Ariffin. Selain itu, sebelum beliau bergelar artis, beliau juga merupakan seorang penulis blog yang kreatif dan menarik.
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Intan Najuwa memulakan kerjaya lakonan pada usia 18 tahun setelah diperkenalkan oleh David Teo, penerbit Metrowealth Pictures. Pada tahun 2016, beliau mula mendapat perhatian umum menerusi watak sebagai Abby dalam drama adaptasi novel karya Dekna Lee, Hantu Punya Bos, bergandingan dengan pelakon Shukri Yahaya.[1] Pada tahun 2017, beliau berlakon dengan pelakon senior Remy Ishak dalam drama Kekasih Paksa Rela, memegang watak sebagai Hanan Khaira.[2] Pada tahun 2019, beliau digandingkan dengan Zul Ariffin dalam drama Setelah Ku Dimiliki. Drama tersebut menarik minat dan perhatian ramai kerana keserasian mereka dalam layar lakonan. Lantas, populariti Intan Najuwa semakin menaik. Saat Kau Takluk Cinta Ini Lakonan Bersama Idris Khan (2021)
Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Drama[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Nota |
---|---|---|---|---|
2016 | Hantu Punya Bos | Abby | TV3 | |
2017 | Khabar Dari Casablanca | Sharina | TV2 | |
Kekasih Paksa Rela | Hanan Khaira | TV3 | Slot Akasia | |
2018 | Gantung The Series | Tasha | Astro Shaw | |
Kenyalang I'm In Love | Sutera | TV3 | ||
2019 | Suamiku Mr. Blind | Wani | Unifi TV | |
Ajak Oh Ijal | Amani | TV3 | ||
Semua Salahku | Mira | Slot Lestary | ||
Tuan Danial | Tengku Ismahanim | Slot Lestary | ||
Setelah Ku Dimiliki | Sarra | Slot Akasia | ||
2020 | Ironi Kasih | Kasih | Slot Akasia | |
Pink Smile | Rysa | Slot Lestary | ||
2021 | Tak Sempurna Mencintaimu | Siratul | Slot Akasia | |
Kisah Rumah Tangga | Ameera | Astro Ria | Episod 1-5: Mencantum Cinta | |
Budak Intern | Izzy | TV9 | ||
Tikam | Akma | Astro Ria | ||
Saat Kau Takluk Cinta Ini | Melissa Haira | TV3 | Slot Samarinda | |
2022 | Bunga Hati | Dilaila | Astro Ria | Slot MegaDrama |
Jodohku Babysitter | Adelia Faranisa | Slot MegaDrama |
Telefilem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2019 | Cinta Sesungguhnya | Farisha | TV3 |
Mana Ada Hantu Malam Raya | Sarah | TV2 | |
2020 | Pemuja Rahsia | Hawa | TV3 |
Nurul Najwa | Fatin | TV2 | |
2022 | Sempurna Mencintaimu | Siratul | TV3 |
Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Artis Baru Wanita Popular | Tercalon |
Pasangan Serasi Drama (bersama Remy Ishak) | Tercalon |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Tahir Alhamzah (29 Disember 2016). TELLY TALK: The Boss from hell New Straits Times. Dicapai pada 1 Januari 2017.
- ^ Ramlah Zainal (10 Januari 2018). Intan gementar jadi 'isteri' Remy Harian Metro. Dicapai pada 19 Ogos 2018.