Inteam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
In-Team
850513106 102458.jpg
Dari kiri: Hisyam, Hazamin, Suhaimi, Syah & Rahim
Latar belakang
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
GenreNasyid
Tahun aktif1998-kini
Syarikat rakaman
Hijjaz Records (1998-2004)
NAR Records (1998-2003)
EMI Malaysia (2003-2006)
Inteam Digital (2005-kini)
AhliSyah
Hazamin
Hisyam
Rahim
Bekas ahliSuhaimi

Inteam (dahulu In-Team) merupakan sebuah kumpulan nasyid Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu nasyid dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Arab. Inteam diperkenalkan menerusi lagu "Kasih Kekasih" sekitar tahun 2000 di bawah pengurusan Hijjaz Records. Kumpulan ini juga seangkatan dengan kumpulan UNIC, Aeman dan Mestica yang juga bernaung di bawah label yang sama.

Perjalanan Karier[sunting | sunting sumber]

1998 : Sejarah Awal[sunting | sunting sumber]

Kumpulan In-Team telah ditubuhkan pada tahun 1998 oleh beberapa orang pelajar yang menuntut di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Antara anggota In-Team pada ketika itu ialah Syah, Hazamin, Rahim, Ariffin (kemudian bersama Hijjaz) dan Izzat (kemudian bersama Mirwana). Mereka berlima yang juga anggota kumpulan nasyid besar Husaini mula aktif membuat persembahan di universiti dan di sekolah-sekolah memandangkan industri nasyid pada ketika itu mendapat sambutan yang hangat dengan kemunculan beberapa kumpulan nasyid ternama seperti Hijjaz, Raihan, Rabbani, Brothers, NowSeeHeart, Saujana dan lain-lain lagi. Hal ini meniupkan lagi semangat mereka untuk menjadi artis nasyid yang terkenal seperti sifu-sifu mereka.

Perjalanan seni kumpulan In-Team bermula apabila mereka telah diundang untuk membuat persembahan pembukaan di sekolah lama Hazamin di Temerloh, Pahang. Kebetulan, pada malam itu kumpulan Hijjaz turut sebagai tetamu VIP dan membuat persembahan di sekolah yang sama. Beberapa minggu kemudian, In-Team telah mendapat tawaran untuk menghadiri uji bakat kendalian Hijjaz Music Entertainment (kemudiannya Hijjaz Records). Mereka akhirnya diterima untuk menjadi anak didik Hijjaz memandangkan pada ketika itu, Hijjaz sedang mencari artis naungan mereka yang terdiri daripada pelajar-pelajar IPT. Walaupun In-Team sah menjadi artis rakaman, mereka tidak terus menghasilkan album sebaliknya mereka perlu menimba ilmu nasyid dengan Hijjaz selama lebih kurang setahun. Dalam tempoh itulah mereka mengikuti Hijjaz setiap kali kumpulan itu membuat persembahan pentas dan selaunya In-Team akan menjadi penyanyi latar bagi kumpulan tersebut.

1999-2000 : Hisyam & Suhaimi Pelengkap In-Team, Kasih Kekasih & Penerimaan Peminat[sunting | sunting sumber]

Menjadi lumrah bagi mana-mana kumpulan nasyid yang bergiat aktif di universiti, anggota In-Team telah bersilih ganti. Setelah Ariffin & Izzat mengundurkan diri atas komitmen dan hala tuju mereka yang berlainan, maka Syah & Hazamin telah diminta oleh Hijjaz Records untuk mencari 2 anggota lain untuk melengkapkan kumpulan In-Team sekaligus memulakan sesi rakaman album pertama mereka. Maka, mereka berdua kemudiannya kembali ke UIA untuk mencari anggota baharu sepertimana yang diminta oleh pihak pengurusan. Akhirnya, mereka berjaya merekrut dua anggota baharu iaitu Hisyam bin Ahmad (Hisyam) yang juga kenalan mereka dalam kumpulan Husaini dan seorang pelajar jurusan bahasa Arab UIA bernama Mohd Suhaimi bin Saad (Suhaimi). Dengan penyertaan Hisyam dan Suhaimi sebagai anggota In-Team, maka mereka berempat pun kembali meneruskan kontrak In-Team dengan Hijjaz Records, seterusnya memulakan sesi rakaman album pertama In-Team.

Pada tahun 2000, In-Team telah menghasilkan album studio pertama mereka yang diberi judul Kasih Kekasih. Album pertama In-Team ini diterbitkan oleh Hijjaz Records dan diedarkan oleh NAR Records. Album ini telah memperkenalkan nama In-Team dalam industri muzik tanah air apabila single pertama mereka, Kasih Kekasih mula mendapat tempat di hati peminat seterusnya mencatatkan jualan mencecah 80,000 unit. Kejayaan album ini telah melayakkan mereka mendapat anugerah platinum daripada Hijjaz Records.

Dengan hitnya lagu Kasih Kekasih ini, ia sedikit sebanyak mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai. Kebanyakannya menerima baik lagu tersebut kerana mengandungi nilai-nilai positif yang boleh diambil. Namun, ada juga yang tidak boleh menerima lagu tersebut kerana berpendapat lagu ini akan menggalakkan lagi orang ramai untuk menjalinkan cinta pada usia yang muda sehinggakan In-Team pernah dihalang dari menyanyikan lagu tersebut setiap kali mereka mengadakan persembahan penting di dalam UIA. Lama-kelamaan, kontroversi itu seakan hilang dan orang ramai akhirnya menerima baik lagu tersebut.

2001 : Impian Kasih[sunting | sunting sumber]

Setelah setahun In-Team menghasilkan album, mereka muncul dengan album studio kedua yang berjudul Impian Kasih pada tahun 2001, terbitan Hijjaz Records dan edaran yang sama iaitu NAR Records. Album ini telah menaikkan lagi nama In-Team dalam industri dengan beberapa lagu hit mereka, antaranya Impian Kasih, Insan Taqwa, Hembusan Kasturi, Selamatkan Dunia dan sebuah lagu srikandi bertajuk Rabiatul Adawiyah. Sebuah lagu ciptaan Suhaimi In-Team iaitu Lilin Seorang Guru turut dimuatkan dalam album ini.

Pada waktu ini, In-Team boleh dikatakan agak kehadapan dari segi penghasilan album kerana album kedua ini mempamerkan kualiti bunyi yang lebih baik di samping susunan muzik yang lebih mantap & kreatif hasil khidmat beberapa pemuzik profesional seperti Along Exists, Musa Exists, Ujang Exists dan ramai lagi.

2002-2003 : Pengunduran Hisyam, Penyertaan Rahim & Damba Kasih[sunting | sunting sumber]

Dikala mereka berempat sudah melewati usia 20-an dan akan menamatkan pengajian beberapa tahun lagi, jadual kerjaya dan pelajaran mereka pun mulai padat dan berlainan antara satu sama lain. Ini sedikit sebanyak telah menampakkan bibit-bibit perpecahan dalam kumpulan In-Team itu sendiri. Akhirnya pada pertengahan tahun 2002, Hisyam terpaksa mengundurkan diri atas komitmennya yang semakin sibuk di tahun akhir pengajian. Pengunduran Hisyam ini juga didorong oleh keputusan pihak pengurusan yang ingin mengeluarkan beliau dari In-Team. Tidak lama kemudian, In-Team telah muncul dengan album kompilasi berjudul Nur Kasih di mana album ini turut menampilkan artis-artis Hijjaz Records yang lain iaitu UNIC dan Ae-man. Album kompilasi ini menampilkan lagu baharu In-Team pada ketika itu iaitu Nur Kasih. Lagu ternyata mudah mendapat tempat di hati peminat sekaligus menjadikan lagu ini lagu yang paling 'berhantu' sehingga saat ini.

Pengunduran Hisyam ternyata telah membuka ruang buat anak kelahiran Segamat, Johor bernama Abdul Rahim bin Osman untuk mengisi kekosongan tersebut. Dengan kemasukan Abdul Rahim sebagai anggota baharu, In-Team kemudiannya menghasilkan album studio ketiga berjudul Damba Kasih pada tahun 2003, diterbitkan oleh Hijjaz Records dan sekali lagi diedarkan oleh NAR Records. Album ini menampilkan banyak lagu hit seperti Damba Kasih, Sentuhanmu, Bisikan Nurani dan sebuah lagu srikandi berjudul Ratu Syahadah. Lagu hit Nur Kasih yang terkandung dalam album kompilasi Nur Kasih sebelum itu telah dimasukkan semula ke dalam album ini.

2004 : In-Team '04[sunting | sunting sumber]

Berikutan kejayaan album ketiga mereka, In-Team tidak lagi menoleh ke belakang dengan menghasilkan material untuk album mereka yang seterusnya. Setelah setahun mencari ilham & menghasilkan material, maka terbitlah album yang diberi judul In-Team '04. Album ini menampakkan sedikit kelainan kerana tidak lagi menggunakan perkatan "kasih" sepertimana judul untuk tiga album In-Team yang terdahulu. Kelainan ini juga kelihatan jelas dari segi susunan muzik dalam setiap lagu di mana mereka turut mencuba elemen "world music" dalam lagu bertajuk Az-Ziarah yang juga sebuah lagu Arab lama. Selain itu, album ini hanya memuatkan 10 lagu sahaja dan tiada lagi "narration" sepertimana yang terkandung dalam tiga album mereka yang terdahulu.

Album ini diberi nama In-Team '04 kerana album ini merupakan album studio In-Team yang keempat, dikeluarkan pada tahun 2004 dan dianggotai oleh 4 orang. Album ini diterbitkan oleh Hijjaz Records, namun kali ini diedarkan oleh sebuah syarikat rakaman terkemuka iaitu EMI memandangkan kontrak kerjasama antara Hijjaz Records dengan NAR Records telahpun tamat selepas album Damba Kasih dikeluarkan. Antara lagu hit dalam album ini ialah Setanggi Syurga, Kasihku Abadi, Kalimah Cinta dan sebuah lagu srikandi yang berjudul Halimatus Saadiah. Salah satu lagu dalam album ini iaitu Keredhaan-Mu telah dicipta oleh Hazamin In-Team dan liriknya ditulis oleh Zamri Khan yang juga rakan kepada Hazamin. Album In-Team '04 merupakan album terakhir In-Team di bawah label Hijjaz Records sebelum mereka bergerak sendiri pada tahun 2005.

2005-2006 : Pengunduran Suhaimi, In-Team Kepada Inteam & Tiada Lagi Kasih[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2004, kumpulan In-Team telah meminta keizinan daripada Hijjaz Records untuk menguruskan kerjaya seni mereka sendiri tanpa bantuan staf-staf Hijjaz Records dan pada masa yang sama telah menubuhkan syarikat "enterprise" sendiri iaitu In-Team Edutainment. Sebelum mereka menamatkan kontrak mereka dengan Hijjaz Records, In-Team sempat muncul dengan lagu Kerana Cinta bersama kumpulan Mestica yang juga bernaung di bawah label yang sama.

Pada tahun 2005, mereka yang baru sahaja menamatkan kontrak dengan Hijjaz Records telah mengambil keputusan untuk menghasilkan album baharu di bawah label mereka sendiri. Namun di kala mereka mencari idea untuk menghasilkan buah tangan terbaharu, mereka terpaksa melepaskan Suhaimi pergi kerana Suhaimi ingin bernaung kembali di bawah Hijjaz Records. Pengunduran Suhaimi tidak mematahkan semangat In-Team, malah mereka terus mengorak langkah untuk menghasilkan sesuatu yang baharu buat peminat mereka. Bermula dari situlah, mereka telah menjenamakan semula nama mereka dengan membuang tanda sempang menjadi "Inteam". Pada masa yang sama, mereka turut menaik taraf perusahaan mereka dari In-Team Edutainment menjadi Inteam Records Sdn. Bhd.

Setelah setahun mereka memerah keringat, akhirnya Inteam berjaya menghasilkan album studio kelima mereka yang berjudul Tiada Lagi Kasih pada tahun 2006. Album Tiada Lagi Kasih juga merupakan album studio pertama yang diterbitkan di bawah pengurusan mereka sendiri dan masih menggunakan EMI sebagai label pengedar. Album ini mengembalikan semula identiti album Inteam yang terdahulu di mana album ini mengandungi 2 "narration" di samping berduet bersama penyanyi nasyid lain iaitu Nazrey Johani (lagu Kehidupan) dan Muadz (lagu Selawat Badrul Ain). Antara lagu lain yang terdapat dalam album ini ialah TanpaMu, Segenggam Tabah, Pesona Dunia, Cintailah Ilahi dan Pemergianmu. Album ini menunjukkan kemampuan mereka dalam menghasilkan album mereka sendiri dan seterusnya menaikkan nama mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

2007-2013 : Bergabung Kembali Dengan Bekas Anggota[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2007, Inteam sekali lagi menghasilkan album studio dan judul albumnya kali ini ialah Nur Insani. Album ini merupakan album pertama Inteam yang berkonsepkan jalan cerita di mana lagu-lagu yang terkandung dalam album ini disusun mengikut permulaan hidup manusia dari lahir sehinggalah meninggal dunia. Album ini juga merupakan album pertama Inteam yang menampilkan Hisyam Ahmad yang juga bekas anggota kumpulan Inteam itu sendiri.

Dua tahun selepas itu, Inteam telah menghasilkan studio ketujuh yang berjudul Allahu Rabbi. Album ini boleh dikatakan sebagai album yang sangat istimewa kerana Inteam telah bergabung semula dengan dua bekas anggotanya iaitu Hisyam dan Suhaimi, menjadikan album ini mendapat sambutan yang luar biasa dalam kalangan peminat. Album ini turut mengubah nasib kumpulan Inteam itu sendiri apabila mereka berjaya merangkul anugerah menerusi lagu "Dia Muhammad" dan album Allahu Rabbi dalam AIM ke-17 yang berlangsung pada tahun 2010. Lagu "Dia Muhammad" diiktiraf sebagai Lagu Nasyid Terbaik manakala album Allahu Rabbi diangkat sebagai Album Nasyid Terbaik pada malam tersebut yang berlangsung pada 2 Mei 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Pada tahun 2013, Inteam sekali lagi bergabung dengan Hisyam dan Suhaimi dalam album studio kelapan iaitu Iman & Aman. Album ini terkenal dengan lagu Iftar ciptaan Syah Inteam.

2015-Kini : Inteam Kembali Berempat[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2015, Inteam telah mengumumkan khabar gembira buat peminat-peminat Inteam apabila Hisyam Ahmad kembali menganggotai Inteam sekaligus menjadikan kumpulan ini kembali berempat selepas 10 tahun Inteam bertiga. Ini disebabkan Hisyam sering bersama Inteam dalam membuat persembahan di merata-rata tempat.

Pada tahun yang sama, Inteam telah menghasilkan album kompilasi pertama di bawah label mereka sendiri iaitu Miracle Hits Inteam, di mana album ini menghimpunkan semula lagu-lagu hit Inteam dari album pertama sehingga album ketujuh. Album ini turut menampilkan single terbaru mereka berjudul Surat Cinta yang diilhamkan dari Al-Quran. Single ini diterima baik oleh para peminat.

Pada tahun 2018, Inteam telah terpilih untuk menyertai Gema Gegar Vaganza 2 anjuran Astro. Mereka berjaya mara ke pusingan akhir dan mendapat tempat keempat. Selepas penyertaan tersebut, mereka muncul dengan single terbaharu mereka berjudul Dia, ciptaan Harry Khalifah dan lirik oleh Syah Inteam. Single ini turut diserikan lagi dengan penampilan pasangan pelakon Norman Hakim dan Memey Suhaiza bersama anak mereka di dalam video klip.

Kemudian pada tahun 2020, Inteam telah menaik taraf syarikat mereka dari Inteam Records kepada Inteam Digital. Pada 10 Julai 2020, Inteam telah melancarkan single baharu mereka iaitu Wanita ciptaan sepenuhnya oleh Hisyam Ahmad dan menampilkan seorang instafamous terkenal iaitu Aisyah Hijanah.

Ahli kumpulan[sunting | sunting sumber]

In-Team 2000-2002 (album Kasih Kekasih & Impian Kasih) :

  1. Mohd Syahril bin Abdul Khalid (Syah)
  2. Muhammad Hazamin bin Harun (Hazamin)
  3. Hisyam bin Ahmad (Hisyam)
  4. Mohd Suhaimi bin Saad (Suhaimi)


In-Team 2002-2004 (album Damba Kasih & In-Team '04) :

  1. Mohd Syahril bin Abdul Khalid (Syah)
  2. Muhammad Hazamin bin Harun (Hazamin)
  3. Mohd Suhaimi bin Saad (Suhaimi)
  4. Abdul Rahim bin Osman (Rahim)


Inteam 2005-2015 :

  1. Mohd Syahril bin Abdul Khalid (Syah)
  2. Muhammad Hazamin bin Harun (Hazamin)
  3. Abdul Rahim bin Osman (Rahim)


Inteam Special Project (Allahu Rabbi - 2009 dan Iman & Aman - 2013) :

  1. Mohd Syahril bin Abdul Khalid (Syah)
  2. Muhammad Hazamin bin Harun (Hazamin)
  3. Abdul Rahim bin Osman (Rahim)
  4. Hisyam bin Ahmad (Hisyam) - Undangan Khas
  5. Mohd Suhaimi bin Saad (Suhaimi) - Undangan Khas


Inteam 2015-Kini :

  1. Mohd Syahril bin Abdul Khalid (Syah)
  2. Muhammad Hazamin bin Harun (Hazamin)
  3. Hisyam bin Ahmad (Hisyam)
  4. Abdul Rahim bin Osman (Rahim)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Studio[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Jualan
2000 Kasih Kekasih 80,000 unit
2001 Impian Kasih
  • Penerbit album : Hijjaz
  • Dikeluarkan : 2001
  • Label : Hijjaz Records
  • Edaran Bersama : NAR Records
50,000 unit
2003 Damba Kasih
  • Penerbit album : Hijjaz
  • Dikeluarkan : 2003
  • Label : Hijjaz Records
  • Edaran Bersama : NAR Records
50,000 unit
2004 In-Team '04
  • Penerbit album : Hijjaz
  • Dikeluarkan : 2004
  • Label : Hijjaz Records
  • Edaran Bersama : EMI
2006 Tiada Lagi Kasih
  • Penerbit album : Inteam
  • Dikeluarkan : 2006
  • Label : Inteam Records
  • Edaran Bersama : EMI
2007 Nur Insani (menampilkan Hisyam)
  • Penerbit album : Inteam
  • Dikeluarkan : 2007
  • Label : Inteam Records
2009 Allahu Rabbi (menampilkan Hisyam & Suhaimi)
  • Penerbit album : Inteam
  • Dikeluarkan : 2009
  • Label : Inteam Records
2013 Iman & Aman (menampilkan Hisyam & Suhaimi)
  • Penerbit album : Inteam
  • Dikeluarkan : 2012
  • Label : Inteam Records

Album Himpunan/Kompilasi[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Jualan
2002 Semulia Ramadhan Seindah Lebaran
  • Penerbit album : Hijjaz
  • Dikeluarkan : 2002
  • Label : Hijjaz Records
  • Edaran Bersama : NAR Records
2002 Best Of In-Team
  • Penerbit album : Hijjaz
  • Dikeluarkan : 2002
  • Label : Hijjaz Records
  • Edaran Bersama : NAR Records
2002 Nur Kasih
  • Penerbit album : Hijjaz
  • Dikeluarkan : 2002
  • Label : Hijjaz Records
  • Edaran Bersama : NAR Records
2004 Kalimah Cinta
  • Penerbit album : Hijjaz
  • Dikeluarkan : 2004
  • Label : Hijjaz Records
  • Edaran Bersama : EMI
2004 Nur Kasih 2
  • Penerbit album : Hijjaz
  • Dikeluarkan : 2004
  • Label : Hijjaz Records
  • Edaran Bersama : EMI
2005 Memori Gemilang
  • Penerbit album : Hijjaz
  • Dikeluarkan : 2005
  • Label : Hijjaz Records
  • Edaran Bersama : EMI
2005 Kalimah Cinta 2
  • Penerbit album : Hijjaz
  • Dikeluarkan : 2005
  • Label : Hijjaz Records
  • Edaran Bersama : EMI
Habibullah
Sirah Junjungan
Junjungan Mulia
Riwayat Teragung
Nasyid No. 1
2016 Miracle Hits Inteam
  • Penerbit album : Inteam
  • Dikeluarkan : 2016
  • Label : Inteam Records
2018 The Best Of In-Team
  • Penerbit album : Hijjaz
  • Dikeluarkan : 2018
  • Label : Hijjaz Records
  • Edaran Bersama : Rusa Music

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Kumpulan In-Team ini mempunyai pencapaian yang bagus dari segi penciptaan albumnya iaitu peningkatan penarikan lagu kepada pendengar dari setiap ciptaan album ke album yang lain.

Kesemua album mereka telah mencapai Anugerah Platinum iaitu melebihi 25,000 unit. Album pertama mereka, Kasih Kekasih sahaja telah terjual sebanyak 80,000 unit.

Mereka juga telah menubuhkan syarikat In-Team Edutainment[1], kini dikenali sebagai Inteam Records Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat milik penuh Inteam. Setelah mereka menamatkan kontrak bersama Hijjaz Records Sdn. Bhd. (HRSB), mereka telah merapatkan perkataan "Inteam" dengan membuang tanda sempang pada perkataan asalnya, "In-Team". Mereka juga telah mengeluarkan album yang berjudul Tiada Lagi Kasih pada tahun 2006 sebagai produk pertama Inteam di bawah pengurusan yang baharu. Album baharu ini dijangka mampu membuktikan kemampuan Inteam bergerak tanpa perlu tunjuk ajar lagi.

Kumpulan ini sekali lagi membuktikan kematangan dalam penghasilan album dan lagu, apabila album "Allahu Rabbi" dinobatkan sebagai Album Nasyid Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke-17 (AIM 17). Kemengan ini merupakan anugerah AIM yang pertama dimenangi oleh mereka setelah beberapa kali tercalon dalam kategori yang sama. Selain itu, kumpulan Inteam juga turut membawa pulang satu lagi trofi apabila lagu ciptaan Frizdan, "Dia Muhammad" turut diangkat sebagai Lagu Nasyid Terbaik AIM 17. Mereka juga turut membuktikan bahawa kualiti vokal semakin meningkat apabila lagu "Allahu Rabbi" turut tercalon dalam kategori Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu. Namun, mereka tewas kepada pasangan duet, Datuk Siti Nurhaliza & Krisdayanti menerusi lagu "Amarah".

Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM)
Tahun Kategori Karya Tercalon Album / Material Keputusan
2001 (AIM8) Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Album Kasih Kekasih Tercalon
Album Nasyid Terbaik Tercalon
2005 (AIM12) Album Nasyid Terbaik In-Team ‘04 Tercalon
2009 (AIM16) Lagu Nasyid Terbaik "Kemuliaan Al-Quran" Kemuliaan Al-Quran Tercalon
2010 (AIM17) Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Lagu "Allahu Rabbi" Allahu Rabbi Tercalon
Lagu Nasyid Terbaik Tercalon
"Dia Muhammad" Menang
Lagu Terbaik Tercalon
Album Nasyid Terbaik Menang
Album Terbaik Tercalon
2011 (AIM18) Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Lagu "Salamun Salam 2" Tercalon
Lagu Nasyid Terbaik "Bebas Palestin" (bersama Rabbani, Saujana & NowSeeHeart) Tercalon
2013 (AIM20) Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Lagu "Syafaatmu" Iman & Aman Tercalon
Lagu Nasyid Terbaik "Zikir Susah Senang" Tercalon

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Selepas lebih 20 tahun berada dalam industri, In-Team sememangnya boleh berbangga kerana setiap daripada mereka berjaya dalam bidang masing-masing. Kemantapan vokal setiap anggota Inteam menjadikan mereka antara kumpulan nasyid yang kekal utuh sehingga kini.
  • Inteam kini merupakan sebuah nama yang besar di mana mereka mempunyai syarikat sendiri iaitu Inteam Records (kini Inteam Digital) dan juga mempunyai studio rakaman sendiri. Syarikat yang telah ditubuhkan pada tahun 2005 itu kini menjual pelbagai jenis barangan seperti album, buku-buku ilmiah, cenderamata, produk berasaskan makanan sunnah dan banyak lagi.
  • Setelah menarik diri dari kumpulan In-Team, Hisyam Ahmad telah menubuhkan kumpulan nasyid baharu iaitu DeHearty pada tahun 2004. Kumpulan DeHearty yang bernaung di bawah label NAR Records ini terkenal dengan beberapa lagu hit, antaranya Di Hati, Inspirasi Hati, Siti Zulaikha, Abu Bakar As-Siddiq dan Permata Yang Dicari. Biarpun kumpulan ini tidak lagi aktif, lagu-lagu DeHearty masih diingati peminat nasyid sehingga kini.
  • Single terbaru Inteam pada tahun 2020, Wanita ciptaan sepenuhnya oleh Hisyam Ahmad sebenarnya adalah lagu lama beliau bersama kumpulan DeHearty yang dikeluarkan pada tahun 2005.
  • Suhaimi yang meninggalkan In-Team pada tahun 2005 untuk kekal bersama Hijjaz Records telah bertemu jodoh dengan Nordiana Mohd Naim atau Ina Naim yang juga artis naungan Hijjaz Records. Ina Naim sebelum ini pernah bertunang dengan juara Akademi Fantasia musim ke-3 iaitu Mawi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]