Sistem Maklumat Taksonomi Bersepadu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sistem Maklumat Taksonomi Bersepadu
سيستم معلومات تكسونومي برسڤادو
Logo ITIS
JenisPangkalan data taksonomi spesies biologi
Penubuhan
Diasaskan1996
Asal Amerika Syarikat
Identiti
Kawasan berkhidmatSeluruh dunia
Laman sesawangwww.itis.gov/index.html
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sistem Maklumat Taksonomi Bersepadu (Inggeris: Integrated Taxonomic Information System; kependekannya: ITIS) merupakan perkongsian yang dibina bagi menyediakan maklumat taksonomi spesies biologi yang konsisten dan boleh dipercayai.[1] Ditubuhkan pada tahun 1996, ITIS pada asalnya berfungsi sebagai sebuah kumpulan antara agensi dibawah kerajaan persekutuan Amerika Syarikat. Kini, agensi tersebut menjadi sebuah badan antarabangsa yang turut disertai oleh agensi-agensi kerajaan dari negara Kanada dan Mexico. Pangkalan data agensi ini diambil daripada pakar-pakar taksonomi. Fokus ITIS lebih tertumpu kepada spesies yang terdapat di benua Amerika Utara tetapi banyak kumpulan dari seluruh dunia dan ITIS menjalinkan kerjasama untuk meningkatkan liputan globalnya.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Memorandum Persefahaman ITIS". Sistem Maklumat Taksonomi Bersepadu. Dicapai pada 4 April 2008.
  2. ^ Coote, Lonny D; dll. (2008-02). "Pemantauan Perdagangan Hidupan Liar Antarabangsa dengan Data Spesies Berkod". Biologi Pemuliharaan. doi:10.1111/j.1523-1739.2007.00857.x. Dicapai pada 9 Mei 2007. Explicit use of et al. in: |first= (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan)[pautan mati kekal]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]