Internet Adult Film Database

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Internet Adult Film Database (IAFD) ialah sebuah pangkalan data dalam talian yang mengandungi maklumat mengenai industri seks, termasuk pelakon, pengarah, dan filem porno. Laman ini mirip Internet Movie Database kerana terbuka untuk semua orang dan pencarian dapat dilakukan.

Pendahulu IAFD ialah sebuah pangkalan data e-mel dan FTP bernama Abserver yang diciptak oleh Dan Abend pada 1993. IAFD sendiri dicipta oleh Peter Van Aarle, yang telah mengumpulkan data filem porno sejak 1981, ketika beliau mula mengumpul kad indeks filem porno yang telah ditonton atau yang telah dibahas oleh Adam Film World. Pada tahun 1993, beliau mula menyumbang ke Usenet alt.sex.movies, di mana beliau bertemu dengan Dan Abend. Keduanya menggabungkan pangkalan data mereka dan mula membangunkan sebuah pangkalan data dalam talian.

Pada 1995 versi pertama IAFD online dan pada 1998 diperbaharui. Van Aarle meninggal pada 2005 akibat serangan jantung.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]