Interstellar (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Interstellar
Interstellar film poster.jpg
Pengarah Christopher Nolan
Penerbit
Penulis
Dibintangi oleh
Muzik oleh Hans Zimmer
Sinematografi Hoyte van Hoytema
Disunting oleh Lee Smith
Syarikat-syarikat
produksi
Pengedar
Mula ditayangkan
  • 26 Oktober 2014
    (Teater Cina TCL)
  • 5 November 2014
    (Amerika Syarikat)
  • 7 November 2014
    (United Kingdom)
Tempoh tayangan
169 minit
Negara
  • Amerika Syarikat[1]
  • United Kingdom[1]
Bahasa Inggeris
Perbelanjaan $165 juta[2]
Pecah panggung $675 juta[2]

Interstellar ialah sebuah filem cereka sains tahun 2014 diarahkan oleh Christopher Nolan. Filem ini dibintangi oleh Matthew McConaughey, Anne Hathaway, Jessica Chastain, Bill Irwin, Casey Affleck, Ellen Burstyn, John Lithgow dan Michael Caine. Mengambil tempat pada masa hadapan dimana manusia bergelut untuk meneruskan kehidupan, filem ini mengikuti sekumpulan angkawasan menjelajah melalui lubang cacing untuk mencari planet baru untuk didiami.

Christopher dan Jonathan Nolan menulis skrip yang mempunyai asal usul dalam sebuah skrip yang dibangunkan Jonathan pada tahun 2007. Christopher Nolan menghasilkan filem ini bersama isterinya, Emma Thomas melalui syarikat penerbitan mereka, Syncopy dan bersama Lynda Obst melalui Lynda Obst Productions. Ahli fizik teori Caltech, Kip Thorne yang kerjanya memberi inspirasi kepada filem ini merupakan penerbit eksekutif dan berperanan sebagai perunding saintifik. Warner Bros., Paramount Pictures dan Legendary Pictures membiayai bersama filem ini. Ahli sinematografi, Hoyte van Hoytema merakam filem ini menggunakan gegelung filem 35 mm (dalam format anamorfik) dan IMAX 70 mm. Penggambaran mengambil tempat pada lewat tahun 2013 di Alberta, Iceland dan Los Angeles. Filem ini menggunakan kesan praktikal dan miniatur dengan meluas manakala Double Negative mencipta kesan digital tambahan.

Interstellar dibuka pada 26 Oktober 2014 di Los Angeles. Filem ini mencapai kejayaan di box office dengan kutipan seluruh dunia sebanyak $675 juta. Filem ini menerima ulasan positif daripada pengkritik filem yang memuji tema cereka sains, skor muzik dan kesan visual filem ini. Lakonan McConaughey, Hathaway, Chastain dan Mackenzie Foy juga menerima pujian. Filem ini menerima beberapa anugerah dan pencalonan. Di Anugerah Akademi ke-87, filem ini memenangi anugerah Kesan Visual Terbaik dan dicalonkan untuk Skor Muzik Asal Terbaik, Adunan Bunyi Terbaik, Suntingan Bunyi Terbaik dan Rekaan Produksi Terbaik.

Plot[sunting | sunting sumber]

Serangan hawar tanaman dan ribut pasir di bumi menyebabkan pertanian menjadi semakin sukar dan mengancam kelangsungan hidup manusia. Joe Cooper, bekas juruterbang NASA menguruskan sebuah ladang bersama bapa mertua, anak lelakinya, Tom dan anak perempuannya, Murphy. Selepas ribut pasir, Murphy dan Cooper mengesan satu corak habuk di atas lantai bilik Murphy. Cooper menyedari bahawa sesuatu sumber yang tidak diketahui sedang menggunakan graviti untuk berkomunikasi dan mentafsir corak itu sebagai koordinat geografi. Cooper dan Murphy kemudiannya menjumpai fasiliti rahsia NASA melalui koordinat itu.

Di sana, mereka menjumpai Dr. Brand, seorang profesor kolej Cooper. Brand mendedahkan bahawa sebuah lubang cacing muncul berdekatan Planet Zuhal 48 tahun sebelum itu yang membuka laluan ke sebuah galaksi jauh yang mempunyai 12 planet berpotensi boleh didiami. Dua belas sukarelawan telah melaluinya, masing-masing untuk menilai kesesuaian planet yang berbeza sebagai rumah baru untuk umat manusia. Tiga – Miller, Edmunds dan Mann – telah menghantar data yang menggalakkan dari planet-planet berdekatan Gargantua, sebuah lohong hitam yang sangat besar. Brand merekrut Cooper untuk mengendalikan kapal angkasa Endurance untuk menilai seberapa banyak planet yang boleh, semasa dia bekerja pada "Pelan A", satu teori untuk memanfaatkan graviti yang akan membolehkan manusia untuk meninggalkan Bumi. Walau bagaimanapun, jika usahanya gagal, Endurance juga membawa 5,000 embrio beku sebagai "Pelan B" untuk memastikan kelangsungan hidup umat manusia. Cooper bersetuju dengan rancangan itu menyebabkan Murphy marah.

Krew Cooper terdiri daripada tiga saintis – Romilly, Doyle dan anak perempuan Brand, Amelia – serta robot TARS dan CASE. Menyeberangi lubang cacing, mereka menuju ke planet Miller, sebuah dunia lautan di mana masa diperlahankan kerana berdekatan dengan Gargantua; untuk setiap jam di sana bersamaan tujuh tahun di Bumi. Romilly dan TARS kekal di Endurance, selebihnya menaiki kapal ke permukaan planet tersebut. Selepas menjumpai bangkai kapal Miller, sebuah ombak gergasi menyebabkan Doyle terbunuh dan air masuk ke dalam enjin kapal. Apabila Cooper, Amelia dan CASE kembali ke Endurance, 23 tahun sudah berlalu di Bumi.

Di Bumi, Murphy kini telah dewasa bekerja sebagai saintis dan membantu Dr. Brand dengan kajian graviti. Ketika sedang nazak, beliau mengaku kepadanya bahawa beliau sudah lama telah menyelesaikan persamaan graviti dan menganggap Pelan A adalah mustahil dan bahawa beliau telah berbohong kepada semua orang, meletakkan harapannya kepada Pelan B. Murphy menghantar pesanan kepada Brand tentang kematian ayahnya dan kemudian menuduhnya dan Cooper meninggalkan Bumi. Dia meneruskan kajian itu, mempercayai Pelan A mungkin berkesan jika mereka boleh dapat lebih banyak data mengenai ketunggalan Gargantua.

Dengan bahan api yang terhad, Cooper mengambil keputusan untuk pergi ke planet Mann daripada Edmunds kerana Mann menghantar data yang meyakinkan. Selepas dibangkitkan dari tidur cyro, Mann mengesahkan bahawa Pelan A adalah mustahil tetapi meyakinkan krew bahawa planetnya sesuai untuk kehidupan manusia. Ketika membawa Cooper untuk meinjau planet itu, Mann cuba untuk membunuh Cooper dan mendedahkan bahawa dia memalsukan data tentang planetnya dengan harapan dia diselamatkan. Dia mencuri kapal pendarat Cooper dan menuju ke Endurance. Ketika Romilly terbunuh oleh perangkap bom yang dipasang Mann, Brand menyelamatkan Cooper dan mereka menuju ke Endurance. Mann terbunuh ketika cuba untuk berlabuh menyebabkan Endurance rosak dengan teruk dan mula jatuh ke planet. Cooper berjaya menggunakan kapal pendaratan untuk menstabilkan Endurance. Menggunakan graviti Gargantua sebagai lastik, mereka menetapkan kapal itu ke arah planet Edmunds; tetapi kerana berada berdekatan dengan sebuah lohong hitam, 51 tahun berlalu di Bumi.

Untuk mengurangkan berat, Cooper melancarkan dirinya dan TARS ke arah lohong hitam supaya Amelia dan CASE boleh melengkapkan perjalanan. Cooper dan TARS melepasi ufuk tetapi muncul dalam sebuah tesseract, yang muncul sebagai aliran rak buku; dengan portal yang melihat ke dalam bilik tidur Murphy pada masa yang berlainan dalam hidupnya. Cooper menyedari bahawa tesseract itu dan lubang cacing dicipta oleh makhluk dimensi kelima membolehkannya untuk berkomunikasi bersama Murphy melalui gelombang graviti dan bahawa dia adalah "hantu" Murphy. Dia menghantar data kuantum yang dikumpul TARS dari lohong hitam dalam kod Morse dengan memanipulasi jam tangan yang diberikannya kepada Murphy sebelum dia pergi. Murphy menggunakan data kuantum itu untuk menyelesaikan baki persamaan graviti, membolehkan Pelan A dilaksanakan.

Cooper muncul dari lubang cacing dan diselamatkan oleh krew sebuah habitat angkasa yang mengorbit Planet Zuhal. Di sana, dia bersatu semula bersama Murphy, sekarang sudah tua dan menghampiri mati. Selepas mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir, Cooper bersama TARS meninggalkan habitat itu untuk menyertai semula Amelia yang bersama CASE di Planet Edmunds yang didapati boleh didiami.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Matthew McConaughey
Anne Hathaway
Matthew McConaughey dan Anne Hathaway membintangi sebagai Joseph "Coop" Cooper dan Dr. Amelia Brand.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

  • Christopher Nolan – pengarah, penerbit, penulis
  • Jonathan Nolan – penulis
  • Emma Thomas – penerbit
  • Lynda Obst – penerbit
  • Hoyte van Hoytema – sinematografi
  • Nathan Crowley – pereka produksi
  • Mary Zophres – pereka kostum
  • Lee Smith – penyunting
  • Hans Zimmer – komposer muzik
  • Paul Franklin – penyelia kesan visual
  • Kip Thorne – perunding, penerbit eksekutif

Pembangunan dan pembiayaan[sunting | sunting sumber]

Premis untuk Interstellar telah diilhamkan oleh penerbit filem, Lynda Obst dan ahli fizik teori, Kip Thorne yang bekerja bersama-sama untuk filem tahun 1997, Contact.[3][4] Kedua-dua mereka merangka satu senario, berdasarkan kerja Thorne, tentang "acara yang paling eksotik di alam semesta tiba-tiba boleh diakses oleh manusia" dan menarik minat Steven Spielberg untuk mengarah.[5] Filem ini memulakan pembangunan pada bulan Jun 2006 apabila Spielberg dan Paramount Pictures mengumumkan rancangan untuk sebuah filem sains fiksyen berdasarkan lapan muka surat ditulis oleh Obst dan Thorne. Obst ditugaskan untuk menghasilkan filem ini dimana majalah Variety berkata ia akan mengambil masa beberapa tahun sebelum Spielberg mula mengarah.[6][7] Pada bulan Mac 2007, Jonathan Nolan telah dilantik untuk menulis skrip filem ini bertajuk Interstellar.[8]

Spielberg memindahkan studio penerbitannya, DreamWorks pada tahun 2009 daripada Paramount ke Walt Disney Studios dan Paramount memerlukan pengarah baru untuk Interstellar. Jonathan Nolan mengesyorkan abangnya, Christopher yang menyertai projek itu pada tahun 2012. Christopher Nolan berjumpa dengan Kip Thorne yang ditugaskan sebagai penerbit eksekutif untuk membincangkan penggunaan ruang-masa dalam cerita. Pada bulan Januari 2013, Paramount dan Warner Bros. mengumumkan bahawa Christopher Nolan berada dalam rundingan untuk mengarahkan Interstellar.[9] Nolan berkata beliau mahu menggalakkan matlamat penerbangan angkasa lepas manusia.[10] Beliau merancang untuk menulis skrip berdasarkan ideanya sendiri yang akan digabungkan dengan skrip adiknya.[11] Menjelang bulan Mac tahun berikutnya, Nolan disahkan akan mengarah Interstellar, yang akan dihasilkan di bawah labelnya, Syncopy dan Lynda Obst Productions.[12] The Hollywood Reporter berkata Nolan akan mendapat gaji sebanyak $20 juta serta 20% kutipan Interstellar; jumlah akhir kira-kira $121 juta.[13] Untuk penyelidikan filem ini, Nolan melawat NASA serta program angkasa, SpaceX.

Walaupun Paramount dan Warner Bros. secara tradisinya studio yang bersaing, Warner Bros., yang mengeluarkan filem Batman Nolan dan bekerja dengan Syncopy miliknya, mencari kepentingan dalam penerbitan Nolan, Interstellar untuk Paramount. Warner Bros. bersetuju untuk memberi Paramount hak untuk membiaya bersama filem seterusnya dalam francais seram Friday the 13th dan mempunyai kepentingan di dalam filem akan datang berdasarkan siri TV, South Park. Warner Bros. juga bersetuju untuk membenarkan Paramount membiayai bersama sebuah filem kelas-A milik Warners.[14] Pada bulan Ogos 2013, Legendary Pictures memuktamadkan perjanjian dengan Warner Bros. untuk membiayai 25 peratus penerbitan filem. Walaupun mereka gagal untuk memperbaharui perkongsian dengan Warner Bros., Legendary dilaporkan bersetuju untuk melepaskan pembiayaan untuk Batman v Superman: Dawn of Justice sebagai pertukaran untuk kepentingan dalam Interstellar.[15]

Penulisan dan pemilihan pelakon[sunting | sunting sumber]

Penulis skrip, Jonathan Nolan dilantik oleh Spielberg untuk menulis skrip Interstellar dan beliau bekerja untuk skrip ini selama empat tahun.[3] Untuk mempelajari sains, beliau belajar kerelatifan di Institut Teknologi California semasa menulis skrip.[16] Jonathan berkata beliau pesimis mengenai program Space Shuttle yang berakhir dan bagaimana NASA kekurangan pembiayaan untuk misi manusia ke Marikh. Beliau menjumpai inspirasi dalam filem cereka sains dengan tema apokalips seperti WALL-E (2008) dan Avatar (2009). Abang Jonathan, Christopher Nolan telah bekerja untuk skrip cereka sains yang lain tetapi mengambil keputusan untuk mengambil skrip Interstellar dan memilih pelbagai idea dikemukan oleh Jonathan dan Kip Thorne sebelum beliau menggabungkannya dengan skrip yang beliau telah bekerja selama bertahun-tahun.[17][18]

Christopher Nolan mahukan seorang pelakon yang mampu menghidupkan watak Cooper.[19] Nolan berkata beliau berminat untuk memilih Matthew McConaughey selepas melihat beliau dalam potongan awal filem tahun 2012, Mud,[20] dimana beliau mempunyai peluang untuk melihat kerana beliau merupakan kawan kepada salah seorang penerbitnya, Aaron Ryder.[3] Ketika McConaughey berada di New Orleans, Louisiana untuk pengambaran siri TV, True Detective, Nolan menjemput pelakon itu untuk melawat beliau di rumahnya.

Anne Hathaway juga dijemput ke rumah Nolan dimana beliau membaca skrip Interstellar.[21] Paramount mengumumkan pada bulan April 2013 bahawa kedua-dua pelakon telah dipilih sebagai watak utama filem.[22] Jessica Chastain telah dihubungi semasa beliau menjalani pengambaran Miss Julie di Ireland Utara dan sebuah skrip dihantar kepadanya.[21] Matt Damon telah dipilih pada lewat bulan Ogos 2013 sebagai peranan sokongan dan menjalani penggambaran babaknya di Iceland.[23]

Penggambaran[sunting | sunting sumber]

Glasier Svínafellsjökull di Iceland digunakan sebagai lokasi penggambaran untuk Interstellar.

Nolan merakam Interstellar menggunakan gegelung filem anamorfik 35 mm dan IMAX 70 mm.[24] Ahli sinematografi, Hoyte van Hoytema dilantik untuk Interstellar selepas Wally Pfister, ahli sinematografi Nolan dalam kesemua filemnya sedang bekerja untuk filem arahan pertamanya, Transcendence.[25] Kamera IMAX telah digunakan untuk Interstellar lebih banyak daripada filem-filem Nolan sebelum ini. Untuk mengurangkan penggunaan imej janaan komputer, pengarah menyuruh lokasi praktikal dibina seperti bahagian dalam kapal angkasa.[20]

Fotografi utama filem ini dijadual mengambil masa selama empat bulan.[23] Ia bermula pada 6 Ogos 2013 di Alberta.[15] Bandar di Alberta dimana penggambaran mengambil tempat termasuk Nanton, Longview, Lethbridge, Fort Macleod dan Okotoks. Di Okotoks, penggambaran mengambil tempat di Stadium Seaman dan Plaza Olde Town. Untuk satu babak ladang jagung, pereka produksi, Nathan Crowley menanam 500 ekar jagung yang akan dimusnahkan dalam satu babak ribut pasir bertujuan untuk menjadi serupa dengan ribut dialami semasa Dust Bowl di Amerika Syarikat pada era 1930-an.

Penggambaran juga mengambil tempat di Iceland dimana Nolan sebelum ini menjalani penggambaran babak untuk filem tahun 2005, Batman Begins.[26] Lokasi penggambaran di Iceland termasuk glasier Svínafellsjökull dan pekan Klaustur.[27][28] Semasa menjalani penggambaran babak air di Iceland, Anne Hathaway hampir mengalami hipotermia kerana sut kalis air yang dipakainya tidak dipasang dengan betul. Selepas penggambaran di Iceland, krew berpindah ke Los Angeles untuk penggambaran selama 54 hari. Penggambaran selesai pada bulan Disember 2013 dan Nolan mula menyunting filem ini untuk ditayangkan pada tahun 2014.[29]

Rekaan penerbitan[sunting | sunting sumber]

Interstellar memaparkan tiga kapal angkasa: Ranger, Endurance dan Lander. Fungsi Ranger sama dengan bolak-balik angkasa lepas, dapat masuk dan keluar atmosfera planet. Endurance ialah kapal induk krew, mempunyai struktur bulat dibentuk oleh 12 kapsul: empat ialah tempat peralatan penjajahan planet, empat untuk enjin dan empat lagi ialah kokpit, makmal perubatan dan tempat kediaman. Pereka produksi Nathan Crowley berkata Endurance adalah berdasarkan Stesen Angkasa Antarabangsa. Terakhir sekali, Lander mengangkut kapsul dengan peralatan penjajahan ke permukaan planet. Crowley membandingkan ia dengan "sebuah helikopter berat Rusia".[3]

Filem ini juga menampilkan dua robot, CASE dan TARS. Bill Irwin menyuarakan dan secara fizikal mengawal kedua-dua robot tetapi gambarnya secara digital dikeluarkan daripada filem dan suaranya untuk CASE telah digantikan dengan suara Josh Stewart.[3] Ruang habitat manusia menyerupai silinder O'Neill, sebuah model koloni angkasa lepas dicadangkan oleh ahli fizik, Gerard K. O'Neill pada tahun 1976.[30]

Rekaan bunyi dan muzik[sunting | sunting sumber]

Gregg Landaker dan Gary Rizzo adalah jurutera bunyi untuk filem ini, ditugaskan dengan adunan bunyi manakala penyunting bunyi, Richard King menyelia proses.[31] Christopher Nolan berkata beliau cuba untuk mencampur bunyi filem untuk menggunakan kelebihan maksimum peralatan bunyi semasa di teater.[32] Komposer, Hans Zimmer yang mencipta muzik untuk trilogi filem Batman dan Inception juga mencipta muzik untuk Interstellar. Zimmer berkata bahawa Nolan tidak memberikan kepadanya skrip atau apa-apa maklumat plot untuk menulis muzik untuk filem ini dan sebaliknya memberi komposer ini "satu halaman teks" yang lebih mempunyai kaitan dengan cerita Zimmer daripada plot filem.[33] Runut bunyi dikeluarkan pada 18 November 2014.

Kesan visual[sunting | sunting sumber]

Syarikat kesan visual, Double Negative yang membangunkan kesan untuk filem tahun 2010, Inception juga bekerja untuk Interstellar.[34] Penyelia kesan visual, Paul Franklin berkata jumlah kesan visual dalam filem ini tidaklah banyak daripada filem Nolan, The Dark Knight Rises atau Inception, tetapi untuk Interstellar, mereka mencipta kesan dahulu supaya projektor digital boleh digunakan untuk memaparkannya di belakang pelakon.[3] Filem ini mengandungi 850 kesan visual pada resolusi 5600 x 4000 : 150 babak yang telah diwujudkan dalam kamera menggunakan projektor digital dan 700 yang lain dicipta semasa pasca produksi. Daripada jumlah itu, 620 ditayangkan dalam IMAX manakala selebihnya dalam anamorfik.[35]

Ketepatan saintifik[sunting | sunting sumber]

Kip Thorne, ahli fizik teori, berkhidmat sebagai perunding saintifik dan penerbit eksekutif.

Ahli fizik teori, Kip Thorne merupakan perunding saintifik filem ini untuk memastikan penggambaran lubang cacing dan relativiti adalah setepat yang mungkin. Ketika dalam awal proses, Thorne menetapkan dua garis panduan: "Pertama, tiada perkara akan melanggar hukum fizik sedia ada. Kedua, bahawa semua spekulasi liar... akan datang dari sains dan bukan dari idea penulis skrip." Nolan menerima syarat ini selagi ia tidak menganggu pembuatan filem. Pada satu tahap, Thorne menghabiskan dua minggu cuba untuk berbincang dengan Nolan tentang sebuah idea terhadap karakter bergerak lebih pantas daripada cahaya sebelum Nolan akhirnya menyerah.[36] Menurut Thorne, unsur yang mempunyai tahap kebebasan artistik tertinggi adalah awan ais di salah satu planet yang mereka lawati dimana struktur mungkin melampaui kekuatan bahan yang boleh disokong ais.

Ahli astrobiologi, David Grinspoon mengkritik situasi serangan hama di bumi yang digambarkan dalam babak awal, menerangkan bahawa walaupun dengan serangan hama yang lebih teruk, ia akan mengambil masa berjuta-juta tahun untuk menurunkan kandungan oksigen atmosfera. Beliau juga menyatakan bahawa awan ais sepatutnya telah ditarik ke bawah oleh graviti.[37]

Ahli astrofizik, Neil deGrasse Tyson telah menerokai sains di sebalik pengakhiran Interstellar. Beliau membuat kesimpulan bahawa ia berkemungkinan secara teori untuk berinteraksi dengan masa lalu dan bahawa kita tidak benar-benar tahu apa yang ada di dalam lohong hitam.[38]

Michio Kaku memuji filem ini untuk ketepatan saintifiknya dan berkata Interstellar "boleh menetapkan standard emas untuk filem sains fiksyen untuk tahun-tahun akan datang." Bekas jurutera perisian NASA, Timothy Reyes, berkata penggambaran lohong hitam dan lubang cacing serta pengunaan graviti oleh Thorne dan Nolan adalah cemerlang.[39]

Tayangan[sunting | sunting sumber]

Teater[sunting | sunting sumber]

Sebelum tayangan awam Interstellar, CEO Paramount, Brad Grey mengadakan tayangan peribadi pada 19 Oktober 2014 di sebuah teater IMAX di Dataran Lincoln, Manhattan.[40] Paramount kemudiannya menunjukkan Interstellar kepada beberapa pembuat filem dan pelakon di Pusat Sains California pada 22 Oktober 2014.[41] Pada hari berikutnya, filem ini ditayangkan di Teater Cina TCL, Los Angeles, California kepada lebih 900 ahli Screen Actors Guild. Pelakon McConaughey, Chastain dan Hathaway muncul selepas itu untuk sesi soal jawab.[42] Filem ini secara rasmi dibuka pada 26 Oktober 2014 di Teater Cina TCL, Los Angeles, California.[43] Ia dibuka di Eropah pada 29 Oktober 2014 di Dataran Leicester, London.[44]

Interstellar ditayangkan lebih awal pada 4 November di pelbagai teater filem 70 mm IMAX, filem 70 mm dan filem 35 mm dan mengadakan tayangan terhad di Amerika Utara (Amerika Syarikat dan Kanada) pada 5 November 2014 dan tayangan meluas pada 7 November 2014.[45] Filem ini ditayangkan di Belgium, Perancis dan Switzerland pada 5 November 2014 dan di wilayah-wilayah tambahan pada hari-hari berikutnya termasuk United Kingdom pada 7 November 2014.[46] Paramount Pictures mengedar filem ini di Amerika Utara dan Warner Bros. mengedar di wilayah-wilayah lain. Filem ini ditayangkan di lebih 770 skrin IMAX di seluruh dunia yang merupakan tayangan global paling meluas di sinema IMAX,[47][48] sebelum diatasi Furious 7 (810 teater IMAX).[49]

Media rumah[sunting | sunting sumber]

Interstellar dikeluarkan dalam video rumah pada 31 Mac 2015 di United Kingdom dan Amerika Syarikat.[50][51] Ia menduduki tempat teratas dalam carta jualan video rumah semasa minggu pembukaan.[52] Ia telah dilaporkan bahawa Interstellar merupakan filem paling cetak rompak pada tahun 2015 dengan anggaran 46.7 juta muat turun dalam BitTorrent.[53]

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Box office[sunting | sunting sumber]

Interstellar mengutip $188 juta di Amerika Utara dan $487 juta di wilayah-wilayah lain dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $675 juta, berbanding bajet produksi sebanyak $165 juta.[2] Mengira semua perbelanjaan, Deadline.com menganggarkan bahawa filem ini membuat keuntungan sebanyak $47.16 juta.[54]

Filem ini mencatat rekod pembukaan IMAX di seluruh dunia dengan $20.5 juta dari 574 teater IMAX, mengatasi rekod $17.1 juta oleh The Hunger Games: Catching Fire dan juga merupakan pembukaan terbaik untuk IMAX 2D, bukan sekuel dan tayangan IMAX November.[55] Ia dibuka di seluruh dunia dengan $132.6 juta yang merupakan pembukaan kesepuluh terbesar pada tahun 2014.[56] Ia merupakan filem dengan kutipan kesepuluh tertinggi pada tahun 2014.[57] Interstellar merupakan filem keempat untuk mengutip lebih daripada $100 juta di seluruh dunia melalui penjualan tiket IMAX.

Interstellar ditayangkan di UK, Ireland dan Malta pada 6 November 2014 bermula di tempat pertama dengan mengutip £5.37 juta ($8.6 juta) semasa minggu pembukaan tetapi lebih rendah daripada kutipan pembukaan The Dark Knight Rises (£14.36 juta), Gravity (£6.24 juta) dan Inception (£5.91 juta).[58] Filem ini ditayangkan di 35 pasaran pada hari yang sama termasuk pasaran utama seperti Jerman, Rusia, Australia dan Brazil, mengutip $8.7 juta secara keseluruhan.[59] Sehingga Ahad, dilwm ini mengutip jumlah pembukaan hujung minggu sebanyak $82.9 juta daripada 14,800 skrin dalam 62 pasaran.[60] Filem ini mengutip $7.3 juta daripada 206 skrin IMAX, purata 35,400 setiap teater.[61] Filem ini mendapat tempat pertama di Korea Selatan ($14.4 juta),[62] Rusia ($8.9 juta) dan Perancis ($5.3 juta). Pembukaan besar yang lain berlaku di Jerman ($4.6 juta), Itali ($3.7 juta), Australia ($3.7 juta), Sepanyol ($2.7 juta), India ($4.3 juta), Mexico ($3.1 juta) dan Brazil ($1.9 juta).[63] Interstellar ditayangkan di China pada 12 November dan mengutip $5.4 juta pada hari pembukaan. Ia merupakaan pembukaan terbesar filem Nolan di China mengatasi rekod pembukaan $4.61 juta The Dark Knight Rises.[64][65] Ia mengutip $41.7 juta semasa pembukaan hujung minggu, mencakupi 55% daripada bahagian pasaran.[66][67] Ia merupakan pembukaan terbesar Nolan di China, pembukaan 2D terbesar Warner Bros[68] dan pembukaan ketiga terbesar sepanjang masa studio di belakang The Hobbit: The Battle of the Five Armies ($49.5 juta)[69] dan Pacific Rim ($45.2 juta).[70][71]

Penerimaan kritis[sunting | sunting sumber]

Interstellar menerima ulasan positif daripada pengkritik. Ia mendapat rating 71% di laman web, Rotten Tomatoes berdasarkan 294 ulasan dengan purata rating 7/10. Di Metacritic, filem ini mendapat skor 74 daripada 100 berdasarkan 46 pengkritik menunjukkan "ulasan umumnya menggalakkan."[72]

David Stratton dari At the Movies memberi filem ini empat setengah bintang daripada lima, memuji cita-cita filem ini, kesan visual dan pembentangan 70mm IMAX tetapi mengkritik bunyi kerana terlalu kuat menyebabkan sesetengah dialog kurang didengari. Pengkritik New York Post, Lou Lumenick menganggap Interstellar sebuah karya penuh perasaan, mesti dilihat dan salah satu pengalaman filem yang paling menyeronokkan abad ini.[73] Richard Roeper dari Chicago Sun-Times menganugerahkan filem ini empat bintang dan menulis bahawa ini adalah salah satu filem yang paling indah pernah dilihatnya dari segi visual dan mesej.[74] Penulis novel, George R. R. Martin menyatakan filem ini sebagai filem cereka sains paling bercita-cita tinggi dan mencabar sejak filem arahan Stanley Kubrick, 2001: A Space Odyssey.[75]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Interstellar menerima banyak pencalonan dan memenangi beberapa anugerah. Filem ini memenangi satu Anugerah Akademi untuk kategori Kesan Visual Terbaik. Ia juga dicalonkan untuk kategori Skor Muzik Asal Terbaik, Suntingan Bunyi Terbaik, Campuran Bunyi Terbaik dan Rekaan Produksi Terbaik. Di Anugerah BAFTA ke-68, filem ini dicalonkan untuk kategori Muzik Asal Terbaik, Sinematografi Terbaik, Rekaan Produksi Terbaik dan memenangi kategori Kesan Visual Khas Terbaik. Di Anugerah Zuhal, filem ini dicalonkan dalam sebelas kategori dan memenangi enam: Filem Sains Fiksyen Terbaik, Penulisan Terbaik, Lakonan Terbaik oleh Pelakon Muda dimenangi oleh Mackenzie Foy, Muzik Terbaik, Rekaan Produksi Terbaik dan Kesan Khas Terbaik.

Senarai sepuluh teratas[sunting | sunting sumber]

Ramai pengkritik menyenaraikan Interstellar dalam senarai sepuluh teratas.[76]

  • Pertama – James Berardinelli, Reelviews
  • Pertama – Bilge Ebiri, New York
  • ke-2 – Lou Lumenick, New York Post
  • ke-2 – Richard Roeper, Chicago Sun-Times
  • ke-5 – Lisa Kennedy, Denver Post
  • ke-5 – Jake Coyle, Associated Press
  • ke-8 – Kyle Smith, New York Post
  • ke-8 – Total Film
  • ke-8– Scott Foundas, Variety
  • ke-9 – Sam Adams, The Village Voice
  • ke-9 – TV Guide
  • ke-9 – Jesse Hassenger, A.V. Club
  • ke-10 – Ben Kenigsberg, A.V. Club
  • ke-10 – Justin Chang, Variety
  • ke-10 – Peter Travers, Rolling Stone
  • 10 Teratas (disenarai mengikut abjad) – Justin Lowe, Indiewire
  • Terbaik dari 2014 (disenarai mengikut abjad, tidak dirankingkan) – Kenneth Turan, Los Angeles Times
  • Terbaik dari 2014 (disenarai mengikut abjad, tidak dirankingkan) – Manohla Dargis, New York Times

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Interstellar (2014)". British Film Institute. Dicapai December 10, 2014. 
  2. ^ a b c "Interstellar (2014)". Box Office Mojo. Dicapai August 29, 2015. 
  3. ^ a b c d e f Jolin, Dan (November 2014). "The Ultimate Trip". Empire. 
  4. ^ "How Building A Black Hole For 'Interstellar' Led To An Amazing Scientific Discovery - Wired". WIRED. 
  5. ^ Fernandez, Jay A. (Mac 28, 2007). "Writer with real stars in his eyes". Los Angeles Times. Dicapai Mei 14, 2014. 
  6. ^ Fleming, Michael (Jun 14, 2006). "Space chase pic on Par launch pad". Variety. Dicapai Oktober 1, 2014. 
  7. ^ "Physicist who inspired Interstellar spills the backstory—and the scene that makes him cringe". 
  8. ^ Fernandez, Jay (March 24, 2007). "Spielberg, Nolan plan sci-fi project". Los Angeles Times. Dicapai October 1, 2014. 
  9. ^ Sneider, Jonathan (Januari 9, 2013). "Nolan in talks for 'Interstellar'". Variety. Dicapai Oktober 1, 2014. 
  10. ^ Fritz, Ben (Julai 24, 2014). "Director Christopher Nolan Causes Stir While Promoting 'Interstellar' at Comic-Con". Wall Street Journal. Dicapai Julai 25, 2014. 
  11. ^ Fleming, Mike (Januari 10, 2013). "The Migratory Habits Of 800-Pound Gorilla Oscar Directors And The Films They Make". Deadline.com. Dicapai Ogos 14, 2013. 
  12. ^ Hayden, Erik (Mac 8, 2013). "It's Official: Christopher Nolan's 'Interstellar' to be Warner Bros., Paramount Co-Production". The Hollywood Reporter. Dicapai Oktober 1, 2014. 
  13. ^ Staff (Oktober 2, 2014). "Hollywood Salaries Revealed, From Movie Stars to Agents (and Even Their Assistants)". The Hollywood Reporter. Dicapai Oktober 24, 2014. 
  14. ^ Kit, Borys; Masters, Kim (Jun 5, 2013). "Warner Bros. Gives Up 'Friday the 13th' Rights to Board Christopher Nolan's 'Interstellar'". The Hollywood Reporter. Dicapai Oktober 1, 2014. 
  15. ^ a b Siegel, Tatiana; Galloway, Stephen (Ogos 14, 2013). "Legendary Scores Christopher Nolan's 'Interstellar' in Warner Bros. Divorce". The Hollywood Reporter. Dicapai Oktober 1, 2014. 
  16. ^ What Does A Showrunner Bring To A Deserted Island? (Television production). Larry King Now. Ora TV. April 15, 2014. Peristiwa berlaku di 3:48. Dicapai Mei 27, 2014. 
  17. ^ Stephen Galloway. "'Interstellar's' Christopher Nolan, Stars Gather to Reveal Secrets of the Year's Most Mysterious Film". The Hollywood Reporter. 
  18. ^ "Christopher Nolan Uncut: On 'Interstellar,' Ben Affleck's Batman, and the Future of Mankind". The Daily Beast. 
  19. ^ McClintock, Pamela (Mac 26, 2014). "CinemaCon: Christopher Nolan Talks 'Interstellar,' Plugs Film Over Digital in Hollywood Reporter Q&A". The Hollywood Reporter. Dicapai April 11, 2014. 
  20. ^ a b McClintock, Pamela (Mac 26, 2014). "CinemaCon: Christopher Nolan Talks 'Interstellar,' Plugs Film Over Digital in Hollywood Reporter Q&A". The Hollywood Reporter. Dicapai Mac 27, 2014. 
  21. ^ a b Itzkoff, Dave (Oktober 22, 2014). "Flight Club: Matthew McConaughey, Anne Hathaway and Jessica Chastain on 'Interstellar'". The New York Times. Dicapai Oktober 24, 2014. 
  22. ^ Fleming, Mike (April 9, 2013). "Anne Hathaway To Star With Matthew McConaughey in Christopher Nolan's 'Interstellar'". Deadline.com. Dicapai Ogos 14, 2013. 
  23. ^ a b Jagernauth, Keith (Ogos 28, 2013). "Exclusive: Matt Damon Joins Christopher Nolan's 'Interstellar,' Lines Up Directorial Debut 'The Foreigner'". The Playlist. Indiewire Network. Dicapai November 18, 2013. 
  24. ^ Fleming, Mike (Ogos 13, 2013). "Christopher Nolan Starts 'Interstellar'". Deadline.com. Dicapai Ogos 13, 2013. 
  25. ^ Jagernauth, Keith (April 23, 2013). "'The Fighter' DoP Hoyte Van Hoytema Is Wally Pfister's Replacement On Christopher Nolan's 'Interstellar'". The Playlist. Indiewire. Dicapai Ogos 14, 2013. 
  26. ^ Verrier, Richard; Horn, John (April 2, 2014). "Hollywood is hot for Iceland". Los Angeles Times. Dicapai April 10, 2014. 
  27. ^ Staff (September 21, 2013). "Interstellar shots finished in Iceland". News of Iceland. Dicapai November 18, 2013. 
  28. ^ Staff (September 9, 2013). "Hiking Paths to be Closed for Nolan Film Shoot". IcelandReview. Dicapai November 18, 2013. 
  29. ^ Zeitchik, Steven (Disember 19, 2013). "Star of Christopher Nolan's 'Interstellar' notes film's 'major scope'". Los Angeles Times. Dicapai Disember 20, 2013. 
  30. ^ Quilty-Harper, Conrad (Oktober 30, 2014). "A guide to the science behind Interstellar". GQ. Dicapai Jun 10, 2015. 
  31. ^ Desowitz, Bill (September 12, 2014). "Oscar Watch: Three Movies Will Dominate the Crafts Awards". Thompson on Hollywood. Indiewire. Dicapai Oktober 7, 2014. 
  32. ^ Hammond, Pete (Mac 26, 2014). "CinemaCon: Christopher Nolan Warns Theatre Owners: How 'Interstellar' Is Presented Will Be More Important Than Any Film He's Done Before". Deadline.com. Dicapai Oktober 7, 2014. 
  33. ^ Khatchatourian, Maane (April 5, 2014). "Christopher Nolan Kept 'Interstellar' Plot Secret from Composer Hans Zimmer". Variety. Dicapai April 10, 2014. 
  34. ^ Giardina, Carolyn (Jun 25, 2014). "VFX Shakeup: Prime Focus World, Double Negative to Merge". The Hollywood Reporter. Dicapai Jun 26, 2014. 
  35. ^ "Oscar-Nominated VFX Supervisor Paul J. Franklin on Interstellar". Barbara Robertson. Februari 11, 2015. Dicapai Februari 12, 2015. 
  36. ^ For Christopher Nolan, Making 'Interstellar' Was A Childhood Dream
  37. ^ Corn, David (November 12, 2014). "What's Wrong With the Science of "Interstellar"?". Mother Jones. Dicapai November 18, 2014. 
  38. ^ Gray, Sarah. "Neil deGrasse Tyson explains the science behind the ending of "Interstellar."". www.salon.com. Salon. Dicapai December 13, 2014. 
  39. ^ "Why scientists are in a love-hate relationship with 'Interstellar'". Mashable. 
  40. ^ Smith, Emily (Oktober 20, 2014). "Paramount chief holds private screening of 'Interstellar'". Page Six. Dicapai Oktober 24, 2014. 
  41. ^ Waxman, Sharon (Oktober 23, 2014). "Christopher Nolan's 'Interstellar' Explodes at Intimate, First-Look Screening". TheWrap. Dicapai Oktober 24, 2014. 
  42. ^ Whipp, Glenn (Oktober 24, 2014). "'Interstellar' makes some noise at Hollywood coming-out party". Los Angeles Times. Dicapai Oktober 24, 2014. 
  43. ^ Ford, Rebecca (Oktober 26, 2014). "'Interstellar' Premiere: Christopher Nolan's 'Love Letter' Takes Flight". The Hollywood Reporter. Dicapai Oktober 27, 2014. 
  44. ^ Staff (Oktober 30, 2014). "Interstellar: Christopher Nolan film premieres in London". BBC News. Dicapai Oktober 30, 2014. 
  45. ^ Vlessing, Etan (Oktober 1, 2014). "Christopher Nolan's 'Interstellar' Gets Advance Screenings in Film Formats". The Hollywood Reporter. Dicapai Oktober 1, 2014. 
  46. ^ "Interstellar Movie 2014 – Worldwide Release Dates". Warner Bros. Pictures. Dicapai September 11, 2014. 
  47. ^ Ben Child (Oktober 24, 2014). "Interstellar wins celebrity raves as widest-ever IMAX rollout anticipated". The Guardian. Dicapai Oktober 24, 2014. 
  48. ^ Etan Vlessing (Oktober 23, 2014). "Imax Plans Biggest-Ever Theatrical Release For Christopher Nolan's 'Interstellar'". The Hollywood Reporter. Dicapai Oktober 24, 2014. 
  49. ^ Ann Sommerlath. "UNIVERSAL PICTURES' FURIOUS 7 POISED TO IGNITE WORLDWIDE BOX OFFICE WITH WIDEST-EVER GLOBAL IMAX® RELEASE BEGINNING APRIL 1 (Press Release)". IMAX Corporation. Dicapai April 2, 2015. 
  50. ^ "Interstellar". amazon.com. Dicapai Disember 31, 2015. 
  51. ^ Wall, Mike (Februari 4, 2015). "Epic Interstellar Blu-Ray Edition Launches Into Stores March 31". Space.com. Dicapai Februari 10, 2015. 
  52. ^ Latchem, John (April 9, 2015). "'Interstellar' Space Thriller Tops Home-Video Charts". Variety. Dicapai April 10, 2015. 
  53. ^ "Interstellar takes out most pirated movie of 2015, downloaded nearly 47 million times". ABC News (Australia). Dicapai Februari 16, 2016. 
  54. ^ Mike Fleming Jr (Mac 10, 2015). "No. 20 'Interstellar' – 2014 Most Valuable Movie Blockbuster Tournament". Deadline.com. Dicapai Mac 21, 2015. 
  55. ^ "INTERSTELLAR SCORES RECORD GLOBAL LAUNCH IN IMAX® WITH $20.5 MILLION OPENING WEEKEND (Press Release)". IMAX corporation. Dicapai Januari 3, 2015. 
  56. ^ "Worldwide Openings". Box Office Mojo. Dicapai November 27, 2014. 
  57. ^ "2014 Worldwide Grosses". Box Office Mojo. Dicapai Disember 1, 2014. 
  58. ^ Gant, Charles (November 11, 2014). "Interstellar goes into orbit at UK box office with Mr Turner rising fast". The Guardian. Dicapai November 12, 2014. 
  59. ^ Busch, Anita (November 7, 2014). "'Interstellar' Ahead Of 'Gravity' In Opening Bow – International B.O." Deadline.com. Dicapai November 8, 2014. 
  60. ^ D'Alessandro, Anthony; Tartaglione, Nancy (November 10, 2014). "'Interstellar' Lifts Off With $82.9M Overseas Open: International B.O. Final". Deadline.com. Dicapai November 11, 2014. 
  61. ^ Lang, Brent (November 9, 2014). "'Interstellar' Tops Global Box Office with $132 Million Haul". Variety. Dicapai November 10, 2014. 
  62. ^ Shoard, Catherine (November 10, 2014). "Interstellar dominates global box office but Big Hero 6 wins in US". The Guardian. Dicapai November 11, 2014. 
  63. ^ Subers, Ray (November 9, 2014). "Around-the-World Roundup: 'Interstellar' Opens to $82.9 Million Overseas". Box Office Mojo. Dicapai November 11, 2014. 
  64. ^ McClintock, Pamela (November 12, 2014). "Global Box Office: Christopher Nolan's 'Interstellar' Breaks Records in China". The Hollywood Reporter. Dicapai November 14, 2014. 
  65. ^ Tartaglione, Nancy (November 13, 2014). "'Interstellar' Blasts Off Hot In China As 'Penguins' Rev Engines: Int'l Box Office". Deadline.com. Dicapai November 14, 2014. 
  66. ^ Frater, Patrick (November 17, 2014). "China Box Office: 'Interstellar' on Fast Track". Variety. Dicapai November 19, 2014. 
  67. ^ Tartaglione, Nancy (November 24, 2014). "Katniss Hot With $154.3M, 'Interstellar' Logs $330.6M: Int'l B.O. – Update". Deadline.com. Dicapai November 27, 2014. 
  68. ^ Tartaglione, Nancy (November 16, 2014). "'Interstellar' Blasts Past $200M With $42M China Lift-Off: International Box Office". Deadline.com. Dicapai November 17, 2014. 
  69. ^ Tartaglione, Nancy (January 25, 2015). "'Hobbit' Storms China; 'Sniper' Takes Out More Records: International Box Office". Deadline.com. Dicapai January 26, 2015. 
  70. ^ McClintock, Pamela (November 16, 2014). "Global Box Office: 'Interstellar' Rockets Past $300M Worldwide". The Hollywood Reporter. Dicapai November 17, 2014. 
  71. ^ McClintock, Pamela (August 4, 2013). "'Pacific Rim' Scores Massive $45.2 Million China Debut". The Hollywood Reporter. Dicapai November 17, 2014. 
  72. ^ "Interstellar Reviews". metacritic.com. Metacritic. Dicapai November 17, 2014. 
  73. ^ Lumenick, Lou (November 3, 2014). "'Interstellar' is a must-see masterpiece". New York Post. Dicapai November 4, 2014. 
  74. ^ Roeper, Richard (November 4, 2014). "'Interstellar': Epic Beauty In Its Effects and Its Ideas". Chicago Sun-Times. Dicapai November 4, 2014. 
  75. ^ R. R. Martin, George (Mac 8, 2015). "For Your Consideration: Stuff Not By Me". Not A Blog. Dicapai Mei 23, 2015. 
  76. ^ Dietz, Jason (Disember 6, 2014). "Best of 2014: Film Critic Top Ten Lists". Metacritic. Dicapai Ogos 14, 2015. 

Bacaan lanjutan[sunting | sunting sumber]

  • Thorne, Kip (November 7, 2014). The Science of Interstellar. Buku mengenai sains di sebalik filem ini. W. W. Norton & Company. ISBN 978-0-393-35137-8. 
  • Vaz, Mark Cotta (November 11, 2014). Interstellar: Beyond Time and Space. Buku mengenai pembuatan filem ini. Running Press. ISBN 978-0-7624-5683-3. 
  • MacKay, John. "On INTERSTELLAR (2014) (nota awal)"
  • Kaku, Michio (December 28, 2004). Parallel Worlds: A Journey Through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos. Doubleday. ISBN 978-0385509862. 
  • Hawking, Stephen (September 7, 2010). The Grand Design. Bantam Books. ISBN 0-553-80537-1. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]