Pergi ke kandungan

Inukai Tsuyoshi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Inukai Tsuyoshi
犬養 毅
Perdana Menteri Jepun
Dalam jawatan
13 Disember 1931 – 15 Mei 1932
RajaHirohito
Didahului olehWakatsuki Reijirō
Digantikan olehTakahashi Korekiyo (pemangku)
Saitō Makoto
Presiden Rikken Seiyūkai
Dalam jawatan
Oktober 1929 – Mei 1932
Didahului olehTanaka Giichi
Digantikan olehSuzuki Kisaburō
Pejabat kementerian
Menteri Dalam Negeri
Dalam jawatan
16 Mac 1932 – 25 Mac 1932
Perdana MenteriBeliau
Didahului olehNakahashi Tokugorō
Digantikan olehSuzuki Kisaburō
Menteri Luar Negeri
Dalam jawatan
13 Disember 1931 – 14 Januari 1932
Perdana MenteriBeliau
Didahului olehKijūrō Shidehara
Digantikan olehKenkichi Yoshizawa
Menteri Komunikasi
Dalam jawatan
11 Jun 1924 – 30 Mei 1925
Perdana MenteriKatō Takaaki
Didahului olehYoshirō Fujimura
Digantikan olehAdachi Kenzō
Dalam jawatan
2 September 1923 – 7 Januari 1924
Perdana MenteriYamamoto Gonnohyōe
Didahului olehMaeda Toshisada
Digantikan olehYoshirō Fujimura
Menteri Pendidikan
Dalam jawatan
2 September 1923 – 6 September 1923
Perdana MenteriYamamoto Gonnohyōe
Didahului olehKamata Eikichi
Digantikan olehOkano Keijirō
Dalam jawatan
27 Oktober 1898 – 8 November 1898
Perdana MenteriŌkuma Shigenobu
Didahului olehYukio Ozaki
Digantikan olehKabayama Sukenori
Ahli Dewan Perwakilan
Dalam jawatan
1 Julai 1890 – 15 Mei 1932
Didahului olehTempat diwujudkan
Digantikan olehNishimura Tanjirō
Kawasan pilihan rayaOkayama ke-3 (1890–1902)
Daerah Okayama (1902–1920)
Okayama ke-4 (1920–1928)
Okayama ke-2 (1928–1932)
Maklumat peribadi
Lahir(1855-06-04)4 Jun 1855
Okayama, Bitchū, Jepun
Meninggal dunia15 Mei 1932(1932-05-15) (umur 76)
Nagatachō, Tokyo, Jepun
Tempat semadiPerkuburan Aoyama
Parti politikRikken Seiyūkai (1924–1932)
Gabungan politik
lain
Rikken Kaishintō (1882–1894)
Chūgoku Shimpotō (1894–1896)
Shimpotō (1896–1898)
Kenseitō (1898–1910)
Rikken Kokumintō (1910–1922)
Kelab Kakushin (1922–1924)
PasanganInukai Chiyoko (k. 1891)
AnakTakeru Inukai
Tempat belajarUniversiti Keio
TandatanganTandatangan
Nama Jepun
Kanji犬養 毅
Hiraganaいぬかい つよし

Inukai Tsuyoshi (Jepun: 犬養 毅, 4 Jun 1855 – 15 Mei 1932) ialah seorang negarawan Jepun yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Jepun dari tahun 1931 sehingga beliau dibunuh pada tahun 1932. Pada usia 76 tahun, Inukai merupakan Perdana Menteri kedua paling tua dalam sejarah Jepun, selepas Kantarō Suzuki yang menamatkan tempoh khidmatnya ketika berusia 77 tahun.[1]

Kehidupan awal dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Inukai dilahirkan pada 4 Jun 1855 di Kawairi, Kaya, Wilayah Bitchū (kini Okayama, Wilayah Okayama). Beliau ialah anak kedua kepada Inukai Genzaemon, seorang samurai yang juga bertugas sebagai majistret daerah dan pegawai tempatan (ōjōya). Keluarganya merupakan cabang kepada keluarga Itakura, dan pada asalnya diberikan status yang membolehkan mereka memakai pedang katana oleh Domain Niwase.[2]

Pada tahun 1876, Inukai merantau ke Tokyo dan seterusnya menamatkan pengajian di Keio Gijuku (kini Universiti Keio) dengan pengkhususan dalam pengajian bahasa Cina. Pada peringkat awal kerjayanya, Inukai bekerja sebagai wartawan untuk akhbar Yūbin Hōchi Shimbun (kini sebuah akhbar sukan di bawah kumpulan Yomiuri Shimbun) dan Akita Sakigake Shimpō. Beliau turut mengikut Tentera Darat Imperial Jepun ke medan perang semasa Pemberontakan Satsuma sebagai seorang wartawan lapangan.[1]

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Ōkuma Shigenobu telah mempelawa Inukai untuk membantu menubuhkan parti politik Rikken Kaishintō pada tahun 1882. Parti ini menyokong perjuangan politik liberal, menentang keras penguasaan kerajaan oleh tokoh-tokoh dari bekas domain Chōshū dan Satsuma, serta menuntut sistem raja berperlembagaan ala British dalam kerangka demokrasi berparlimen.

Inukai pertama kali dipilih ke Dewan Perwakilan Diet Imperial pada tahun 1890, dan kemudiannya dipilih semula sebanyak 17 kali, memegang kerusi yang sama selama 42 tahun sehingga kematiannya.

Jawatan kabinet pertama Inukai ialah sebagai Menteri Pendidikan dalam pentadbiran pertama Ōkuma Shigenobu pada tahun 1898, menggantikan Ozaki Yukio yang terpaksa meletak jawatan kerana ucapannya dianggap oleh golongan konservatif sebagai menyokong fahaman republik. Bagaimanapun, peletakan jawatan Ozaki tidak meredakan krisis politik, dan akhirnya kerajaan Ōkuma tumbang. Oleh itu, tempoh Inukai sebagai menteri hanya berlangsung selama 11 hari sahaja.[3]

Inukai kemudiannya menjadi tokoh penting dalam parti-parti pengganti Rikken Kaishintō seperti Shimpotō, Kenseitō dan Rikken Kokumintō, yang akhirnya berjaya menjatuhkan kerajaan Katsura Tarō pada tahun 1913. Dalam tempoh ini, pendiriannya menjadi semakin konservatif, dan beliau dikaitkan dengan tokoh-tokoh Gerakan Pan-Asia serta golongan nasionalis seperti Tōyama Mitsuru.

Pada masa yang sama, Inukai juga penyokong kuat gerakan republik di China. Beliau melawat China pada tahun 1907 dan membantu Sun Yat-sen semasa Revolusi Xinhai 1911 yang menggulingkan Dinasti Qing. Beliau kemudian membantu Sun sekali lagi apabila Sun terpaksa melarikan diri ke Jepun selepas percubaannya menggulingkan Yuan Shikai gagal. Inukai sangat menghormati budaya China dan percaya bahawa kerjasama China–Jepun adalah asas kepada perpaduan Asia.[4] Walaupun pandangannya kemudian berbeza dengan Sun, Inukai tetap mengekalkan hubungan rapat dengan ramai pemimpin politik China. Beliau juga menyokong pemimpin kemerdekaan Vietnam, Putera Cường Để, dan menjemputnya ke Jepun pada tahun 1915.[5]

Inukai kembali ke kabinet sebagai Menteri Perhubungan dalam pentadbiran kedua Yamamoto Gonnohyōe dari 1923 hingga 1924. Beliau juga memangku semula jawatan Menteri Pendidikan selama empat hari pada September 1923.

Pada tahun 1922, Rikken Kokumintō menjadi Kelab Kakushin dan bergabung dengan parti-parti kecil lain untuk membentuk kabinet di bawah Perdana Menteri Katō Takaaki pada tahun 1924. Dalam tempoh ini, Inukai sekali lagi menjadi Menteri Perhubungan. Kelab Kakushin kemudian bergabung dengan Rikken Seiyūkai, dan Inukai terus kekal sebagai ahli kanan parti tersebut.

Pada Julai 1929, Inukai pergi ke Nanjing, China bersama beberapa wakil Jepun atas jemputan kerajaan China untuk menghadiri upacara memperingati Sun Yat-sen. Mereka kemudian melawat beberapa bandar lain dan mendapati sentimen anti-Jepun semakin meningkat.[6] Pada tahun yang sama, selepas kematian mengejut Tanaka Giichi, Inukai menjadi presiden Rikken Seiyūkai.

Inukai lantang mengkritik pemeteraian Perjanjian Tentera Laut London, yang mengurangkan perbelanjaan ketenteraan Jepun. Beliau menyokong tindakan Tentera Imperial Jepun menceroboh Manchuria pada tahun 1931, dan menolak kritikan Liga Bangsa-Bangsa terhadap Jepun berhubung Insiden Mukden.[7]

Perdana Menteri

[sunting | sunting sumber]
Inukai menyampaikan ucapan selaku Presiden Seiyukai.
Inukai pada paparan muka depan majalah Time keluaran Disember 1931.

Selepas pentadbiran Wakatsuki meletak jawatan kerana gagal mengawal tentera dan juga kegagalan dasar ekonominya, Saionji Kinmochi yang merupakan satu-satunya genrō (penasihat kanan diraja) yang masih hidup. Saionji meminta Inukai membentuk kerajaan baharu pada tahun 1931. Setelah dilantik, Inukai diarahkan oleh Saionji supaya tidak melakukan perubahan besar dalam dasar luar atau ekonomi. Kedudukannya memang sudah lemah kerana parti Seiyūkai bukan majoriti dalam Diet, dan kabinetnya pula terdiri daripada pelbagai puak yang saling bertentangan, daripada Menteri Tentera yang ultrakanan, Sadao Araki, hinggalah Menteri Kewangan yang liberal, Takahashi Korekiyo.

Dengan kabinet yang berpecah dan Diet yang bermusuhan, Inukai mentadbir dengan bantuan Majlis Penasihat, yang meluluskan dekri darurat dan langkah belanjawan khas untuk memintas proses perbahasan biasa dalam Diet.[8]

Inukai segera mengambil langkah merangsang ekonomi dengan mengeluarkan Jepun daripada piawaian emas, melaksanakan dasar perdagangan perlindungan dan berusaha mengurangkan defisit perdagangan. Tindakan ini menyebabkan nilai yen jatuh, sekali gus menjadikan barangan Jepun lebih murah di pasaran dunia dan meningkatkan eksport.

Namun begitu, Inukai terpaksa akur kepada permintaan Tentera Imperial Jepun untuk menghantar lebih banyak tentera ke Manchuria dan Tianjin. Perkembangan ini berlaku walaupun Maharaja Hirohito pada 23 Disember 1931 telah mengarahkan supaya Jepun mengekalkan kepercayaan antarabangsa mengikut Perjanjian Sembilan Kuasa dan tidak menyerang China, serta pada 27 Disember melarang Tentera Kwantung daripada menawan Jinzhou. Pada ketika itu, tentera sudah berada di luar kawalan awam sepenuhnya. Dari Januari hingga Mac 1932, konflik merebak ke Shanghai melalui Insiden Shanghai Pertama.[9]

Dalam pilihan raya umum Jepun 1932, sentimen awam yang meningkat akibat kejayaan tentera Jepun di China membantu Rikken Seiyūkai memenangi majoriti besar.

Pada 8 Januari 1932, seorang aktivis kemerdekaan Korea bernama Lee Bong-chang cuba membunuh Maharaja Hirohito dalam Insiden Sakuradamon. Inukai dan kabinetnya segera menawarkan peletakan jawatan, tetapi Maharaja Hirohito menolak kerana mahu meredakan keadaan.[9]

Walaupun begitu, Inukai terus menerima kritikan hebat. Golongan tentera marah kerana beliau cuba mengawal tentera, manakala golongan reformis menganggap tindakannya tidak cukup tegas. Usahanya mengehadkan penghantaran tentera ke China dan menyelesaikan Insiden Shanghai melalui rundingan mencetuskan kemarahan awam dan golongan militan.

Keadaan ini akhirnya membawa kepada keganasan politik melalui Insiden Liga Darah, apabila golongan ekstremis menyasarkan ahli perniagaan kaya dan ahli politik liberal. Mereka merancang untuk membunuh 20 orang, tetapi hanya berjaya membunuh dua: Junnosuke Inoue, bekas Menteri Kewangan dan pemimpin Rikken Minseitō, serta Dan Takuma, Ketua Pengarah Syarikat Mitsui.

Pada 1 Mac 1932, negara Manchukuo diisytiharkan secara rasmi. Secara simbolik, Inukai enggan memberikan pengiktirafan diplomatik rasmi sebagai tanda tidak puas hati terhadap puak radikal dalam Tentera Imperial Jepun. Beliau juga enggan berbuat demikian kerana bimbang terhadap hubungan antarabangsa yang semakin buruk dengan Amerika Syarikat, sebuah negara yang Jepun sangat bergantung kepadanya untuk bahan mentah dan pelaburan modal.[9]

Pembunuhan

[sunting | sunting sumber]
Liputan berita Peristiwa 15 Mei oleh akhbar Asahi Shimbun
Tugu gangsa Inukai di Kuil Kibitsu.

Penentangan Inukai terhadap pengaruh tentera akhirnya membawa kepada pembunuhannya dalam Peristiwa 15 Mei 1932, yang secara berkesan menandakan berakhirnya kawalan politik awam terhadap keputusan kerajaan Jepun sehingga selepas Perang Dunia Kedua. Inukai ditembak mati di kediaman rasmi Perdana Menteri di Tokyo oleh 11 pegawai muda Tentera Laut Imperial Jepun, kebanyakannya baru berusia sekitar 20 tahun.

Kata-kata terakhir Inukai dikatakan ialah, "Jika kita berbincang, kamu akan faham" (話せば分かる, hanaseba wakaru), namun para pembunuhnya menjawab, "Perbincangan tidak berguna" (問答無用, mondō muyō).[10] Para pemberontak turut menyerang kediaman Makino Nobuaki, Penyimpan Mohor Diraja Jepun, kediaman dan pejabat Saionji Kinmochi, ibu pejabat parti Rikken Seiyūkai, serta melemparkan bom tangan ke ibu pejabat Bank Mitsubishi]di Tokyo dan beberapa stesen pencawang elektrik.

Rancangan asal pembunuhan ini sebenarnya turut merangkumi pembunuhan bintang filem British, Charlie Chaplin, yang tiba di Jepun pada 14 Mei dan merupakan tetamu Inukai. Tujuannya adalah untuk mencetuskan perang dengan Amerika Syarikat. Bagaimanapun, pada ketika kejadian, Chaplin sedang menonton perlawanan gusti sumo bersama anak Inukai, Inukai Takeru, dan terselamat. Para pembunuh Inukai akhirnya hanya menerima hukuman yang ringan atas perbuatan mereka.[11][12]

Anak ketiga Inukai ialah Inukai Takeru, seorang penulis, ahli politik, dan Menteri Kehakiman Jepun selepas perang. Cucu perempuannya ialah pelakon terkenal Sakura Ando. Menantu Inukai pula ialah diplomat terkemuka Yoshizawa Kenkichi. Melalui Yoshizawa, cicit perempuannya ialah Sadako Ogata, yang berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) dari 1991 hingga 2001, manakala cicit lelakinya, Yutaka Kawashima pernah berkhidmat sebagai Ketua Bendaharawan kepada keluarga diraja Jepun.

  1. ^ a b "犬養毅 (8th Edition)". Jinjikoshinroku (who's who) Database. Nagoya University Graduate School of Law. July 1928.
  2. ^ Kobayashi, Tadashi (2009). Inukai Tsuyoshi : tōha ni junzezu, kokka ni junzu (ed. Shohan). Mineruva Shobō. m/s. 1. ISBN 978-4-623-05506-7. OCLC 424555947.
  3. ^ Ozaki, Autobiography, pp. 177–184.
  4. ^ Lee. Sun Yat Sen. Page 64.
  5. ^ Tran, A. Vietnamese Royal Exile in Japan. Page 95.
  6. ^ Fogel, The Literature of Travel. Page 227.
  7. ^ Hirohito, p. 246.
  8. ^ Bix. Page 247.
  9. ^ a b c Bix. Page 249–252.
  10. ^ Toland, The Rising Sun: The Decline and Fall of the Japanese Empire, 1936–1945. p. 10.
  11. ^ Kennedy, Malcolm Duncan (1969). The Estrangement of Great Britain and Japan, 1917-35 (dalam bahasa Inggeris). Manchester University Press. m/s. 229. ISBN 9780719003523.
  12. ^ Saraf, Nandini (19 January 2021). The Life And Times Of Charlie Chaplin (dalam bahasa Inggeris). Prabhat Prakashan. m/s. 118. ISBN 9788184302080.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Jawatan politik
Didahului oleh
Wakatsuki Reijirō
Perdana Menteri Jepun
13 Disember 1931 – 16 Mei 1932
Diikuti oleh:
Takahashi Korekiyo (pemangku)
Didahului oleh
Shidehara Kijūrō
Menteri Luar Negeri (sementara)
13 Dis 1931 – 14 Jan 1932
Diikuti oleh:
Yoshizawa Kenkichi
Didahului oleh
Nakahashi Tokugorō
Menteri Dalam Negeri (sementara)
16 Mac 1932 – 25 Mac 1932
Diikuti oleh:
Suzuki Kisaburō (pemangku)
Didahului oleh
Maeda Toshisada
Menteri Komunikasi
2 September 1923 – 7 Januari 1924
Diikuti oleh:
Fujimura Yoshirō
Didahului oleh
Fujimura Yoshirō
Menteri Komunikasi
11 Jun 1924 – 30 Mei 1925
Diikuti oleh:
Adachi Kenzō
Didahului oleh
Ozaki Yukio
Menteri Pendidikan
27 Oktober 1898 – 8 November 1898
Diikuti oleh:
Kabayama Sukenori
Didahului oleh
Kamata Eikichi
Menteri Pendidikan
2 September 1923 – 6 September 1923
Diikuti oleh:
Okano Keijirō
Jawatan parti politik
Didahului oleh
Tanaka Giichi
Presiden Rikken Seiyūkai
1929−1932
Diikuti oleh:
Suzuki Kisaburō