Ippo Hafiz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ippo Hafiz
Kelahiran
Muhammad Hafiz bin Yaziz

(1989-10-09) 9 Oktober 1989 (umur 34) [1]
Malaysia
PekerjaanPenyanyi, komposer, penerbit rakaman
Tahun aktif2009–kini
PasanganNorfarahin Mohd Roslan (k. 2019)
Anak-anak3
Kerjaya muzik
GenrePop, R&B
Syarikat rakaman
MVM Music

Muhammad Hafiz bin Yaziz atau lebih dikenali sebagai Ippo Hafiz (Jawi: اڤڤو حفيظ) merupakan penyanyi, komposer dan penerbit rakaman Malaysia.

Nama Ippo mula dikenali ramai selepas lagu beliau "Rahsia" menjadi lagu runut untuk drama Teman Lelaki Upahan. Semenjak itu, lagu-lagu Ippo Hafiz mula menjadi runut bunyi untuk drama lain dan Ippo juga digelar sebagai Mr. OST kerana banyak lagu beliau menjadi runut lagu drama. [2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ippo Hafiz mula berjinak-jinak dalam dunia nyanyian tanah air sejak tahun 2009 dengan menyertai program realiti seperti Rentak Irama Jalanan di TVi dan Pertandingan Juara Muzik Pahang FM, yang mana dia telah dinobatkan sebagai juara pertandingan tersebut. Namun, beliau hanya mula dikenali orang ramai selepas lagu nyanyian beliau iaitu Hujan Sepi dan Rahsia menjadi lagu tema atau runut bunyi untuk drama Teman Lelaki Upahan yang ditayangkan di TV3 pada tahun 2015. [3] [4]

Pada tahun 2016, Ippo telah bekerjasama dengan pelakon dan penyanyi Janna Nick dalam menghasilkan lagu Biar Aku Jadi Penunggu yang akan dinyanyikan oleh Ronnie Hussein. Lagu ini akan menjadi Runut Bunyi atau Soundtrack untuk drama yang menggunakan tajuk yang sama dengan lagu OST tersebut. Janna juga akan menjadi peneraju utama dalam drama ini. [5]

Selepas tujuh tahun, Ippo Hafiz akhirnya berjaya melancarkan album sulung beliau yang menggunakan nama beliau sendiri pada tahun 2016. Album ini telah memuatkan 11 lagu termasuk lagu Rahsia yang dicipta oleh AG Coco dan Azma Aizal Yusoof. Album ini ditaja sepenuhnya oleh syarikat telekomunikasi redOne Network Sdn Bhd (redOne). Sebelum ini, Ippo juga pernah bekerjasama dengan syarikat redOne apabila mereka telah menajanya semasa pembuatan video klip Rahsia. [6]

Ippo buat julung kalinya telah mengadakan Konsert Soundtrack Ippo Hafiz buat pertama kali pada 6 Oktober 2017 untuk peminat beliau yang setia sepanjang pembabitan beliau dalam bidang seni. Konsert ini akan diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi [7] dan turut menampilkan 11 penyanyi iaitu Wany Hasrita, Haqiem Rusli, Tajul, Wani, Irfan Haris, Ronnie Hussein, Syed Shamim, Deen Asimi, Fahd Ezuan dan Neon Band. Mira Filzah juga turut hadir untuk penampilan istimewa pada persembahan berkenaan. Lagu yang akan dipersembahkan kebanyakannya lagu ciptaan beliau yang dinyanyikan oleh beliau dan artis yang lain yang terutamanya menjadi OST kepada drama - drama yang popular terutamanya Suri Hati Mr Pilot, Teman Lelaki Upahan, HidayahMu dan Aku Pilih Kamu [8].

Pada 31 Mac 2018, Ippo telah menyertai Gema Gegar Vaganza Musim 2 sebagai peserta [9] namun beliau telah tersingkir pada minggu ke-3 [10]

Pada 2019, Ippo Hafiz telah mengeluarkan dua single terbaru beliau yang bertajuk "Amanda" dan "Saat Bahagia". Kedua buah lagu ini juga merupakan lagu runut bagi drama "Pujaan Hati Kanda" yang bersiaran di TV3. [11] [12]

Kehidupan Peribadi[sunting | sunting sumber]

Ippo mempunyai seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Cinta Rizky Amanda.[13][14]

Pada 24 Ogos 2019, Ippo telah menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihannya iaitu Norfarahin Mohd Roslan di sebuah villa di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.[15] Pasangan ini telah dikurniakan cahaya mata pertama mereka iaitu Yusuf Zahrin Nur pada 6 Ogos 2020 dan pada 20 Januari 2022, Ippo dan isteri telah menimang cahaya mata lelaki kedua. [16] [17]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

  • Ippo Hafiz (2016)

Single[sunting | sunting sumber]

Sebagai artis utama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Nota
2014 "Hujan Sepi" OST Teman Lelaki Upahan (2015)
2015 "Rahsia"
"HidayahMu" OST Drama HidayahMu Ramadan (2015)
"Bicara Malam" OST Mencintaimu (2015)
"Kasih Dalam Hati" OST Aku Pilih Kamu (2015)
"Irama Kita" OST Cik Cinderella dan Encik Tengku (2016)
"Kekal Bahagia" OST Drama Cinta Si Wedding Planner (2016)
2016 "Yang Terindah"
"Ku Takkan Mampu"
"Ku Ingin Kamu" OST Drama Cinta Si Wedding Planner (2016) & OST Drama Suamiku Paling Sweet (2017)
2017 "Cool Love" OST Suamiku Paling Sweet (2017)
"Dia Untukku" OST Filem Kimchi Untuk Awak (2017)
"Bahagia Kasihmu" OST Bahagia Kasihmu (2017)
2018 "Rahsia Tuhan" OST Tiada Arah Jodoh Kita (2018)
2019 "Saat Bahagia" (ft. Sheryl Shazwanie) OST Pujaan Hati Kanda (2018 - 2019)
"Amanda"
2020 Seadanya Aku OST Seadanya Aku (2020)
Ainaa

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2017 Bas Stop! Pemuzik jalanan Astro Warna Sitkom

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2017 Malaysia Hari Ini
Artis Jemputan
TV3 7 Mac
Hot TV TV9
2018 Gema Gegar Vaganza (musim ke-2) Peserta Astro Oasis & Astro Maya HD
Pop! Express Tetamu Jemputan ntv7 26 Jun
2019 Muzik - Muzik 34 Artis Pencalonan Baru TV3 25 Mac

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Juara dalam program Rentak Irama Jalanan di TVi dan Pertandingan Juara Muzik Pahang FM [18].
  • Lagu Kekal Bahagia tercalon ke peringkat Separuh akhir Muzik - Muzik. [19]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ twitter wish twitter.com
  2. ^ Sinar Harian ( 25 Mei 2016) Ippo Hafiz popular kerana OST - Hiburan Dicapai 5 Mac 2017.
  3. ^ Teman Lelaki Upahan popularkan Ippo Hafiz Utusan.com
  4. ^ Ippo Hafiz, the voice of local romantic dramas. Diarkibkan 2019-03-02 di Wayback Machine star2. Dicapai pada 11 Disember 2018. (artikal dalam Bahasa Inggeris.)
  5. ^ Berita Harian (6 November 2016) Ippo Hafiz teruja kerjasama dengan Janna Nick - Hiburan Dicapai 5 Mac 2017.
  6. ^ Sinar Harian (7 Ogos 2016) Ippo Hafiz tampil dengan album sulung - Hiburan Dicapai 5 Mac 2017.
  7. ^ Ippo Hafiz buat demi peminat. harian metro. Dicapai pada 13 Disember 2017.
  8. ^ Ippo Hafiz belanja besar anjur konsert OST esok. berita harian. Dicapai pada 11 Disember 2017.
  9. ^ 11 peserta bersaing dalam GGV2. berita harian. Dicapai pada 11 Januari 2019.
  10. ^ 'Allah SWT dah susun segalanya' - Ini respon Ippo Hafiz terkeluar Gema Gegar Vaganza minggu ke-3. media hiburan. Dicapai pada 12 Disember 2018.
  11. ^ Ditahan wad selama seminggu tapi Ippo Hafiz tetap promosi lagu baharu. mstar. Dicapai pada 2 Februari 2019.
  12. ^ Ippo Hafiz kahwin senyap-senyap? berita harian. Dicapai 11 Januari 2019.
  13. ^ Mohd Al Qayum Azizi dicapai pada 20 Februari 2018. Hampir Dua Tahun Ippo Hafiz Bergelar Bapa! mStar Online
  14. ^ Saya perlu bersedia kehilangan Cinta - Ippo Hafiz. berita harian online. Dicapai pada 2 Februari 2019.
  15. ^ Ippo Hafiz selamat bergelar suami. harian metro. Dicapai pada 25 Ogos 2019.
  16. ^ Ippo Hafiz bakal timang cahaya mata pertama - “Isteri tidak alami alahan tapi saya pula yang mengidam”. mstar.
  17. ^ Ippo Hafiz timang anak kedua. utusan.
  18. ^ Ippo Hafiz And The Band juara Muzik Pahang FM - Sinar Harian sinarharian.com
  19. ^ Sinar Harian (6 November 2016) Ippo Hafiz popular kerana lagu tema drama - Hiburan Dicapai 2 Mac 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]