Iput

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Iput dalam hieroglif
ipwt
[1]
Permaisuri Iput
Puteri Unas, isteri Teti dan ibu Pepi I Meryre

Iput I adalah Permaisuri Mesir, anak perempuan Raja Unas, raja terakhir dari Dinasti Kelima Mesir. Beliau berkahwin dengan Teti, Firaun pertama yang Dinasti Keenam Mesir. Anak mereka ialah Pepi I Meryre.[2]

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Iput ialah anak perempuan Raja Unas Dinasti Kelima. Ibunya ialah Nebet atau Khenut. Beliau berkahwin dengan Raja Teti yang merupakan raja pertama dinasti keenam Mesir. Anak mereka ialah Raja Pepi I. Iput digambarkan bersama dengan anaknya Pepi di atas stela dekri dari Koptos.[2] Kerangka tulang yang ditemui dalam piramid menunjukkan beliau meninggal dunia sebagai wanita pertengahan umur.[3]

Iput mempunyai seorang lagi anak lelaki, Nebkauhor.[4] Dia mempunyai beberapa anak perempuan yang antaranya Seshseshet Waatetkhethor, Seshseshet Idut, Seshseshet Nubkhetnebty dan Seshseshet Sathor.[5]

Gelaran Iput I[sunting | sunting sumber]

Iput I memegang beberapa gelaran[3] kerana beliau adalah anak perempuan seorang raja: Puteri Raja Mesir Hulu dan Hilir (s3t-niswt-biti), Puteri Raja dari tubuhnya (s3t-niswt-nt-kht.f), Puteri Tuhan (s3t-ntr), Puteri Tuhan ini (s3t-ntr-wt).

Gelaran-gelaran lain adalah kerana disebabkan telah berkahwin dengan firaun: Isteri Raja, kekasihnya (hmt-nisw meryt.f), Pendamping Horus (smrt-hrw), Salah satu daripada cogan-hette (wrt-hete), Dia yang melihat Horus dan Seth (m33t-hrw-stsh), dan Puijian Besar (wrt-hzwt).[3]

Iput mendapat lebih banyak gelaran apabila anaknya Pepi I mengambil takhta: Ibunda Raja (mwt-niswt), Ibunda Raja Dua (mwt-niswt-biti) dan Ibunda Raja piramid Mennefer-Pepy (mwt-niswt-mn- nfr-ppy).[3]

Piramid Iput I

Pengebumian[sunting | sunting sumber]

Iput dikebumikan di Saqqara, dalam piramid berhampiran dengan Teti. Piramid Iput dan Khuit ditemui antara Julai 1897 dan Februari 1899 oleh Victor Loret.[6]

Ruang pengebumiannya berisi keranda batu kapur, dan keranda kayu sedar. Sisa wanita pertengahan umur ditemui. Beberapa peralatan pemakamannya masih terselamat. Ini termasuk bekas kanopi, penyandar kepala, dan gelang emas.[7] Mayatnya berada di Muzium Mesir di Kaherah. Gelang emas ditemui pada lengan Iput. Ruang ini selanjutnya mengandungi beberapa bekas termasuk tembikar merah yang dikilat dan cawan kristal batu. Bekas dan perkakas model dimasukkan sebahagian pengebumian juga. Sebahagian daripadanya telah diliputi oleh emas.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tyldesley, Joyce. Chronicle of the Queens of Egypt. Thames & Hudson. 2006. ISBN 0-500-05145-3
  2. ^ a b Dodson, Aidan and Hilton, Dyan. The Complete Royal Families of Ancient Egypt. Thames & Hudson. 2004. ISBN 0-500-05128-3 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "DH" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ a b c d e Grajetzki, Ancient Egyptian Queens: A Hieroglyphic Dictionary, Golden House Publications, London, 2005, ISBN 978-0-9547218-9-3ISBN 978-0-9547218-9-3 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "WG" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  4. ^ N. Kanawati, Mereruka and King Teti. The Power behind the Throne, 2007, p. 14 et 50
  5. ^ N. Kanawati, Mereruka and King Teti. The Power behind the Throne, 2007, p. 21-22 et 50
  6. ^ Lauer, Jean Phillipe. Saqqara: The Royal Cemetery of Memphis, Excavations and Discoveries since 1850. Charles Scribner's Sons. 1976. ISBN 0-684-14551-0
  7. ^ Verner, Miroslav. The Pyramids: The Mystery, Culture, and Science of Egypt's Great Monuments. Grove Press. 2001 (1997). ISBN 0-8021-3935-3