Iraq
Republik Persekutuan Iraq جمهورية العراق Jomhūrī-ye Īrāq | |||||
|---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: الله أكبر Allahu Akbar | |||||
Lagu kebangsaan: Mawtini | |||||
| Ibu kota | Baghdad | ||||
| Bahasa rasmi | Bahasa Arab | ||||
| Pemerintahan | Demokrasi Berparlimen | ||||
• Presiden | Jalal Talabani | ||||
| Nouri al-Maliki | |||||
| Kemerdekaan | |||||
• daripada Kerajaan Turki Uthmaniyyah | 1 Oktober 1919 | ||||
• daripada United Kingdom | 3 Oktober 1932 | ||||
• Air (%) | 1.1 | ||||
| Populasi | |||||
• Anggaran 2006 | 26,783,383 (ke-40) | ||||
| KDNK (PPP) | Anggaran 2006 | ||||
• Total | $89.8 bilion (ke-61) | ||||
• Per kapita | $2,900 (ke-130) | ||||
| Matawang | Dinar Iraq (IQD) | ||||
| Zon masa | UTC+3 (AST) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC+4 (ADT) | ||||
| Kod panggilan | 964 | ||||
| Internet TLD | .iq | ||||
Iraq (Bahasa Arab: العراق al-‘Irāq atau al-Erāq,
العراق (bantuan·maklumat), Bahasa Kurdish: عيَراق), secara rasminya Republik Iraq, adalah negara Timur Tengah di Asia Barat-Daya merangkumi kebanyakan Mesopotamia, juga merangkumi barat laut pergunungan Zagros dan bahagian timur daripada Padang Pasir Syria. Ia berkongsi sempadan dengan Kuwait dan Arab Saudi hingga ke selatan, Jordan di barat, Syria di barat laut, Turki di utara, dan Iran (Kurdistan wilayah) (Parsi) di timur. Ia mempunyai bahagian sempit pada tepi pantai di Umm Qasr pada Teluk Parsi.
Isi kandungan
Nama[sunting | sunting sumber]
Terdapat beberapa cadangan mengenai asal nama Iraq; satu datangnya daripada bandar Sumeria Uruk (atau Erech). Cadangan lain adalah perkataan Iraq datangnya daripada bahasa Aramaic, bermaksud "tanah di sepanjang muara-muara sungai."
Di bawah dinasti Sassanid , terdapat satu kawasan dipangil "Iraq Arabi" yang mana merujuk kepada bahagian selatan Iraq. Al-Iraq adalah nama yang telah digunakan oleh orang-orang Arab sendiri kepada tanah tersebut sejak abad ke-6.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Sejarah kuno/purba[sunting | sunting sumber]
Mengikut sejarah, Iraq dikenali sebagai Mesopotamia, yang secara harfiahnya bererti "di antara sungai-sungai" dalam bahasa Yunani. Tanah ini menjadi tempat kelahiran peradaban pertama dunia yang dikenali dengan budaya Sumeria, diikuti dengan budaya Akkadia, Babilonia dan Asyur yang pengaruhnya meluas ke daerah-daerah tetangganya sejak sekitar 5000 SM. Peradaban-peradaban ini menghasilkan tulisan tertua dan sebagian dari ilmu pengetahuan, matematik, perundangan/hukum-hakam dan falsafah yang pertama di dunia, sehingga menjadikan wilayah ini sebagai pusat yang popular dan dikenali umum sebagai "Buaian Peradaban". Peradaban Mesopotamia kuno mendominasi peradaban-peradaban yang lain pada zamannya.
Pada abad ke-6 SM, wilayah ini menjadi sebahagian dari Kekaisaran Parsi di bawah Koresy Agung selama hampir 4 abad, sebelum ditakluk oleh Iskandar Agung dan tetap berada di bawah kekuasaan Yunani selama hampir dua abad. Sebuah suku bangsa Iran dari Asia Tengah yang bernama Parthia kemudian merebut wilayah ini, diikuti dengan Dinasti Sassanid Persia selama 9 abad, hingga abad ke-7.
Di awal abad ke-7, Islam menyebar ke daerah yang sekarang bernama Iraq. Sepupu sekaligus menantu Nabi Muhammad iaitu Saidina Ali memindahkan ibukota di Kufah "fi al-Iraq" di mana ia menjadi Khulafa ar-Rasyidin yang ke-4. Bani Umayyah yang berkuasa dari Damsyik di abad ke-7 menguasai Provinsi Iraq.
Baghdad, ibukota Khilafah Abbasiyah, adalah kota utama bagi dunia Arab dan Islam selama 5 abad.
Turki Ottoman[sunting | sunting sumber]
Pada tahun 1258, Baghdad dihancurkan oleh bangsa Mongol. Turki Ottoman mengambil alih Baghdad dari Parsi pada tahun 1535. Uthmani kehilangan Baghdad ke Dinasti Safavid Parsi pada tahun 1509, dan mengambilnya kembali pada tahun 1632. Kekuasaan Uthmani atas Iraq berlangsung hingga Perang Dunia I saat Khilafah Turki Ottoman berada bersama Kekaisaran Jerman dan Blok Sentral.
Pemerintahan[sunting | sunting sumber]
Politik[sunting | sunting sumber]
Kebijaksanaan etnik minoriti[sunting | sunting sumber]
Pembagian administrasi[sunting | sunting sumber]
- Lihat pula: Distrik di Iraq
Iraq dibagi ke dalam 18 governorat (atau provinsi) (bahasa Arab: muhafadhat, tunggal - muhafadhah, bahasa Kurdish: پاریزگه Pârizgah). Pemerintahan dibahagi lagi ke dalam sejumlah qadhas (atau distrik).
|
||||||||||||||||||||||||