Irisviel von Einzbern

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Irisviel von Einzbern

Irisviel von Einzbern (Jepun: アイリスフィール・フォン・アインツベルン, Hepburn: Airisufīru fon Aintsuberun) merupakan seorang watak fiksyen daripada sebuah novel ringan Fate/Zero, iaitu kisah awal kepada Fate/stay night, ciptaan TYPE-MOON dan penerbit iaitu Nitroplus.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Irisviel von Einzbern merupakan wirawati dalam kisah Fate/Zero serta merupakan rakan seperjuangan kepada Saber termasuklah peranannya sebagai saluran awal kepada Holy Grail. Irisviel ialah ibu kepada Illyasviel von Einzbern; anak perempuannya telah diubahsuai di dalam kandungannya untuk menjadi homunculus, sejenis makhluk dengan rupa dan bentuk manusia namun diperbuat daripada kelompok-kelompok litar sihir. Speerti anak perempuannya, Irisviel ialah seorang homunculus, makhluk tiruan yang dicipta oleh keluarga Einzbern. Dia dibesarkan untuk menjadi boneka yang tidak memiliki keinginan, namun menemui kegembiraan kewujudannya setelah melahirkan Illyasviel[1].

Peranan[sunting | sunting sumber]

Meskipun Irisviel dan Saber bekerjsama, Master Saber sebenarnya ialah Kiritsugu Emiya, iaitu wakil keluarga Einzbern dalam peperangan tersebut yang bertindak secara bebas daripada Servantnya dan hadir di Bandar Fuyuki tanpa ditemaninya. Irisviel telah ditugaskan dengan peranannya sebagai saluran kepada Holy Grail dan bertindak sebagai penyembuh Saber dan rakan sokongan sambil Kiritusgu bekerjasama dengan pembantunya, Maiya Hisau.

Irisviel kelihatan tidak bersalah dan berperasaan bebas, yang lahir daripada kehidupannya di istana Einzbern di Eropah tanpa meninggalkan kediamannya itu sehinggalah permulaan Peperangan Holy Grail ke-4, yang telah menyebabkannya meninggalkan istana tersebut ke Jepun bersama-sama Saber. Di atas kehidupannya sejak kecil yang terpencil dan terasing daripada masyarakat, dia berasa kagum dan terpegun melihat keindahan Bandar Fuyuki dan mengembara di sekelilingnya bersama-sama Saber sebagai pengiring pada hari pertamanya. Sikapnya yang bebas telah mengeratkan hubungannya dengan Saber, sehingga berputus untuk memilih pakaian yang bersesuainya dengan Saber manakala Saber pula sanggup berkongsi kehidupan silamnya dengan Irisviel sendiri.

Meskipun Irisviel bersikap demikian, dia tetap berkelakuan matang dan saling memahami keadaan Kiritsugu yang sentiasa terseksa serta keadaan di mana dirinya mungkin terbunuh di dalam peperangan tersebut disebabkan oleh tindakan lelaki itu. Irisviel juga telah cuba untuk memberi Saber suatu tanggapan yang lebih baik terhadap Kiritsugu kerana Saber merasakan sikap Masternya yang agak sombong dan kurang prihatin itu lahir daripada kepercayaannya bahawa Saber adalah tidak sesuai menjadi pengiringnya disebabkan oleh jantinanya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]