Irmohizam Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dato' Sri Dr.

Irmohizam bin Ibrahim

DCSM (Melaka); SSAP DIMP (Pahang); PJN JP (Persekutuan); PGDK (Sabah); PhD
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kuala Selangor
Dalam jawatan
2013–2018
Didahului oleh Dzulkefly Ahmad
Digantikan oleh Dzulkefly Ahmad
Majoriti460 (PRU-13)
Butiran peribadi
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Alma materUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (LLB)
Universiti Kebangsaan Malaysia (LLM & PhD)
Universiti Teknologi MARA (MBA)
PekerjaanAhli Korporat & Ahli Politik
ProfesionPeguam Bertauliah

Dato' Sri Dr. Hj. Irmohizam Ibrahim JP (Jawi: ارم الهيثم إبراهيم) berasal dari Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Beliau adalah Pengarah Urusan Kumpulan, World Trade Centre Kuala Lumpur, Malaysia (WTCKL) dan merupakan tokoh korporat.

Pada tahun 2020, beliau telah mencipta sejarah apabila World Trade Centers Association (WTCA) menamakan Dato’ Sri Dr. Hj. Irmohizam Ibrahim sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Anggota Asia Pasifik (Persidang & Pameran). Beliau memainkan peranan mempengerusikan, menetapkan agenda mesyuarat dan menentukan hala tuju untuk semua World Trade Centers seluruh Asia Pasifik. Beliau merupakan rakyat Malaysia yang pertama yang berjaya menyandang kerusi dalam WTCA ini. Beliau juga adalah rakyat Malaysia pertama yang dilantik untuk menganggotai Ahli Lembaga Pengarah World Trade Centers Association (WTCA). Beliau menerima anugerah "Corporate Excellence in the Hospitality & Tourism Sector for Transformative Meetings, Incentives, Conferences & Exhibitions (MICE) Management" di "The International Business Review ASEAN Awards" untuk World Trade Centre Kuala Lumpur.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Dato’ Sri Dr. Hj. Irmohizam Ibrahim menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Kelana Jaya 1 dan Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Bukit Bintang di Petaling Jaya. Kemudian, beliau menerima kemasukan ke sekolah berasrama penuh di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub, Pahang. Beliau kemudiannya melanjutkan pendidikan tinggi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan menerima Diploma Lanjutan Undang-Undang (Kepujian) dan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian). Beliau giat dalam aktiviti kokurikulum dan seorang aktivis semasa beliau masih menuntut di UIAM. Kemudian, beliau memperolehi Ijazah Sarjana Undang-Undang (Kepujian) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pada tahun 2016, beliau dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah Pengajian (PhD) (Kepujian) dalam Falsafah Pendidikan (Perkembangan Dewasa & Profesional) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pada tahun 2019, beliau menyambung pengajian beliau dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) (Kepujian Kelas Pertama) dari Arshad Ayub Graduate Business School (AAGBS) di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Kini, beliau sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam (MPA), di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya. Beliau kemudian meraih Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan & Pentadbiran) dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Beliau juga memiliki Ijazah Doktor Urusan Perniagaan APEL Q dari Asia e University. Beliau kini melanjutkan pelajarannya di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dalam Ijazah Doktor Falsafah Pengurusan dan Pentadbiran Pertahanan.

Beliau juga adalah bekas Pensyarah Undang-Undang di Fakulti Undang-Undang, UiTM pada tahun 2008 hingga 2011. Beliau telah dilantik menjadi Profesor Adjung School of Hospitality, Tourism & Events di Taylor’s University dan rakyat Malaysia yang pertama dilantik menjadi Profesor Pelawat Center of Malaysia Scholars, College of International Relations di Universiti Huaqiao di China. Kemudian, beliau dilantik menjadi Profesor Adjung di DRB-HICOM University of Automotive Malaysia dan Profesor Adjung Fakulti Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada tahun 2023, beliau dilantik sebagai Pro-Canselor 1 Universiti Geomatika Malaysia dan merupakan Pro-Canselor yang termuda yang pernah dilantik.



Selain itu, antara sijil yang diperolehi oleh beliau adalah:


Harvard University

  • Study of China & Communism
  • Study on Entrepreneurship in Emerging Economics
  • 10th ASEAN Senior Management Development Program Harvard Business School

Sijil yang diperolehi:

  • Corporate Directors Training Programme Fundamental (SSM)
  • Marketing Strategy in Digital World Build High Impact Plans
  • High Impact Presentation Attested – Dale Carnegie & Associates, Inc (2011) Admitted & Enrolled
  • Advocate & Solicator High Court in Malaya – 2001
  • Certificate of Achievement (The Economist) International

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Selepas belajar, beliau menjadi Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya dan memiliki syarikat guamannya sendiri, Ganesan & Irmohizam Advocate & Solicitors.


Beliau mengawasi hal-hal yang berkaitan dengan kebankrapan, pemulihan hutang, pinjaman perniagaan, penyewaan, sewa beli, pembiayaan perumahan, penjualan barang, probet dan pentadbiran. Beliau juga pernah mengadakan kuliah dan latihan untuk pelajar undang-undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan dilantik sebagai Pemeriksa. Beliau telah menjadi penceramah jemputan untuk Pengajian Pascasiswazah Fakulti Undang-Undang di UITM dan banyak lagi.

Antara kerjaya beliau yang pernah berkhidmat adalah:

  • Pegawai Khas Menteri Pendidikan Malaysia (2001 & 2004)
  • Pegawai Khas Menteri Pengajian Tinggi Malaysia (2005)
  • Pegawai Khas Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia (2006-2008)
  • Pegawai Khas Perdana Menteri Malaysia (2012)
  • Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri
  • Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
  • Ahli Lembaga Bukan Eksekutif Utusan Melayu (M) Berhad


Kini, beliau aktif dalam industri Mesyuarat, Insentif, Persidangan & Pameran (MICE) apabila beliau dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat, Malaysian Association of Convention & Exhibition Organisers & Suppliers (MACEOS).


Antara kerjaya beliau adalah:

Univeristi Teknologi MARA

  • Ahli Lembaga Pengarah
  • Ahli Jawatankuasa Penasihat Keusahawanan
  • Ahli Majlis Kursi Institusi Raja-Raja Melayu
  • Penasihat UiTM FC


Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE)

  • Ahli Lembaga Pengarah
  • Pengerusi Jawatankuasa Kewangan

Hospital Shah Alam Selangor

  • Pengerusi Lembaga Pelawat


Beliau juga adalah Penasihat kepada Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Pertanian & Industri Makanan Malaysia (MAFI). Beliau dilantik sebagai Jawatankuasa Tindakan Khas Menangani Masalah Sosial Mahasiswa dibawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (MOHE).

Pengalaman[sunting | sunting sumber]

Dato’ Sri Dr. Hj. Irmohizam Ibrahim bermula sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) pada tahun 2013-2018. Seterusnya, beliau merupakan Naib Presiden Majlis Belia Selangor (MBS) pada tahun 2010-2013 dan Presiden MBS. Selain itu, beliau juga adalah bekas dan juga Naib Presiden dan bertindak sebagai Exco Penerangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).


Selain itu menjadi Setiausaha Agung Majlis Belia Selangor, Exco Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, GPMS, Pesuruhjaya Pengakap Ibu Pejabat (Perhubungan) Kebangsaan, Ahli Majlis Perundingan Belia Negara, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Kursi Tun Abdul Razak , Timbalan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Alumni UKM, Ahli Panel Perunding Pendidikan Pengguna Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA & CEUPACS & NCWO & MBM) dan Ahli GPMS Cawangan Subang.Beliau menjadi Presiden Majlis Belia Selangor , Exco Pergerakan 1M4U, pengasas 'My Beautiful Malaysia Day', Ketua Penerangan GPMS Selangor, Setiausaha Majlis Perundingan.

Anugerah dan Pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]