Iry-Hor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Iry-Hor atau Ro (seperti yang dibaca oleh William Matthew Flinders Petrie) merupakan firaun pradinasti bagi Mesir purba, walaupun beberapa orang ahli arkeologi ragu-ragu dengan kewujudannya. Dia merupakan orang yang terdahulu sebelum Ka. Dia memerintah Abydos dan dikebumikan di perkuburan kawasan setempat di Umm el-Qa'ab berhampiran Ka, Narmer dan raja-raja Dinasti Pertama.

Perbalahan menetang kewujudannya disebabkan ketiadaan serekh di hadapan namanya dan pembuktian yang lemah. Inskripsi lain tentang Iry-Hor di luar Abydos terletak di Mesir Hilir manakala Ka dan Narmer mempnyai banyak inskripsi sehingga terletak hingga ke Palestin. Toby Wilkinson menyatakan yang makam itu adalah stor simpanan dan nama itu adalah seperti penanda "akaun".

Penyokong pula menyatakan isi melalui saiz dan lokasi makam. Saiznya dua kali lebih besar dari makam Ka dan Narmer, terletak dalam turutan yang menghubungkan makam "U" yang lebih lama dengan makam Dinasti pertama. Namanya tercoret di atas balang besar, seperti firaun lain, dan mengandungi burung folko diraja Horus. Serekh berkemungkinan dijadikan amalan bermula dengan Ka.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
tidak diketahui
Firaun Thinis
Protodinasti
Diikuti oleh:
Ka?