Pergi ke kandungan

Isa Kamari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Isa Kamari
Lahir1960
Singapura

Isa Kamari adalah seorang penulis dari Singapura. Beliau lahir pada 1960 di Singapura.

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat ijazah B.Arch. (Hons) dari Universiti Nasional Singapura (1988). Seterusnya sarjana M.Phil. bagi kajian sastera di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini bertugas sebagai Arkitek Prinsipal dengan Penguasa Pengangkutan Darat Singapura, LTA.

Beliau adalah ahli Lembaga Pengarah Arkib Negara dan ahli Majlis Bahasa Singapura. Beliau juga AJK Pengemudi Festival Seni Singapura dan Perlaksanaan Galeri Seni Negara, MICA. Beliau juga AJK Khas Penggalakan Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Singapura.

Pada 2006, Isa telah menerima S.E.A. Write Award di Bangkok, Thailand.

Sumur Usia adalah kumpulan puisi yang diterbitkan pada 1993 dan telah memenangi Anugerah Buku National Book Development Council pada 1995 dalam kategori puisi. Hadiah Sastera Anugerah Persuratan pada 1997 bagi cerpen, Pertemuan dan esei sastera, Milik Siapa Bumi Yang Satu Ini pada 2001. Hadiah Penghargaan bagi kategori puisi dan esei sastera pada 1993, 1995 and 1997 di majlis Anugerah Persuratan, yang dianjurkan oleh Majlis Bahasa Melayu, Singapura. Hadiah Penghargaan Saadon Ismail pada 1995, yang dianjurkan oleh Persatuan Wartawan Melayu bagi kategori puisi dan cerpen.

Novel sejarah, Satu Bumi, yang diterbitkan pada 1998 telah memenangi Hadiah Penghargaan Anugerah Persuratan pada 1999. Novel tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Mandarin dan diterbitkan pada 1999 dengan judul ‘Yi Pien Re Tu’. Satu Bumi juga terpilih untuk acara ‘Bacalah Singapura!’ pada 2005. Novel Kiswah (2002) pula telah berjaya ke pusingan akhir pemilihan Singapore Literature Prize, 2004. Novel Menara (2002) pula meraih Hadiah Penghargaan Anugerah Persuratan 2003, dan Tawassul (2002) menerima kritikan meluas dan tinggi.

Novel sejarah Atas Nama Cinta yang membongkar rusuhan Maria Hertogh telah dilancarkan pada 2006 bersama tiga kumpulan puisi Ka’bah, Lorong Wahyu dan Cinta Arafah. Satu perkara menarik mengenai 4 buku ini ialah ia dilancarkan bersama cakera padat yang mengandungi lagu-lagu puisi dan deklamasi sajak. Ka’bah, Lorong Wahyu & Cinta Arafah juga telah dihiasi dengan tulisan khat Jawi.

Isa Kamari juga menulis lirik lagu dan menerbitkan album lagu dan video dokumentari. Beliau sering membaca puisi dan membentangkan kertas kerja di persidangan dan seminar antarabangsa. Beliau juga gigih mengadakan bengkel penulisan kreatif untuk murid-murid sekolah dan adalah pengasas dan ‘webmaster’ bagi laman sastera setempat yang popular, www.isakamari.com.

Isa Kamari telah beristeri dan mempunyai dua puteri. Isteri beliau telah meraih ijazah Phd. daripada Universiti South Carolina dalam bidang Sains Politik dan Perhubungan Antarabangsa.

Hasil penulisan

[sunting | sunting sumber]
  1. Menara; Pustaka Nasional, 2002, PTS One, 2010.
  2. Rawa: tragedi pulau batu putih ; Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd., 2009.
  3. Memeluk gerhana ;Al-Ameen, 2007.
  4. Atas nama cinta : novel epik sejarah ; Al-Ameen Serve, 2006.
  5. 33 Puisi Tanah Suci ; Al-Ameen Serve Holdings , 2006.
  6. Satu Bumi; Pustaka Nasional
  7. Tawasul; Pustaka Nasional, 2002