Islam dan haiwan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Rencana ini adalah berkaitan haiwan dalam pandangan Islam.

Al-Quran meletakkan haiwan di kedudukan yang lebih rendah dibandingkan dengan manusia dan mempunyai kecenderungan terhadap antroposentrisme.[1] Ia walau bagaimanapun menyuruh Muslim memperlakukan haiwan dengan belas kasihan dan tidak menganiaya mereka. Haiwan, beserta dengan semua makhluk lain, dipercayai sentiasa memuji Tuhan akan tetapi anjing dianggap haiwan haram walaupun anjing dianggap kawan rapat manusia oleh pemikiran barat, anjing yg bersifat taat setia kepada tuannya,anjing amat tidak disukai oleh Nabi Mohammad s.a.w, oleh itu seluruh umat Islam patut mematuhi suruhan nabi. walaupun pujian ini tidak dinyatakan mengikut bahasa manusia (contohnya, lihat Quran 17:44).[2]

Hukum pemakanan Islam[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: "Hukum pemakanan Islam".

Al-Quran secara khusus membenarkan daging haiwan dimakan (lihat Quran 5:1).[2] Walaupun sesetengah Sufi mengamalkan vegetarianisme, sehingga kini, tidak ada perbincangan serius mengenai kemungkinan tafsiran vegetarianisme.[2] Haiwan boleh dimakan dengan syarat ia disembelih mengikut syariat yang telah ditetapkan.[3] Pengecualian termasuklah babi, bangkai,[4] dan haiwan yang tidak disembelih atas nama Allah.[3] Selain itu, haiwan darat karnivor dan burung bercakar juga dilarang dimakan. Haiwan laut semuanya halal, namun Muslim Syi'ah cuma membenarkan haiwan laut bersisik serta udang. Haiwan dua alam bagaimanapun haram dimakan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Encyclopedia of the Qur'an, Animal Life
  2. ^ a b c Encyclopedia of Religion and Nature, Islam, Animals, and Vegetarianism
  3. ^ a b Ghamidi (2001): The Dietary Laws
  4. ^ Esposito (2002b), p.111

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • El Fadl, Khaled Abou (2004). Encyclopedia of Religion and Nature, s.v. “Dogs in the Islamic Tradition and Nature.” New York:. New York: Continuum International.
  • Foltz, Richard C. (2006). Animals in Islamic Tradition and Muslim Cultures. Oneworld Publications. ISBN 1-85168-398-4.
  • Gill, H.A.R. Shorter Enclyopaedia of Islam. Brill, Netherlands.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]