Pergi ke kandungan

Azma Aizal Yusoof

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Isma Yusoof)
Azma Aizal Yusoof
Kelahiran
Muhamad Ismaizal bin Yusoof

(1982-08-12) 12 Ogos 1982 (umur 43)
Nama lainIsma Yusoof
PendidikanFilem Animasi
Pusat pendidikanUniversiti Multimedia
Pekerjaan
  • Pelakon
  • penyanyi
  • pengarah
  • penulis lirik
Tahun aktif2006–kini
Ibu bapaHamidah Abdullah (ibu)

Muhamad Ismaizal Yusoof (lahir 12 Ogos 1982) atau lebih dikenali sebagai Azma Aizal Yusoof ialah pelakon, penyanyi, pengarah dan penulis lirik Malaysia.[1] Pada awal penglibatannya dalam bidang seni, Azma lebih dikenali sebagai Isma Yusoof.

Kerjaya lakonan Azma bermula melalui drama RTM Sutun 2 pada 2006. Drama bersiri Merah Putih merupakan arahan pertama Azma lakonan Zahiril Adzim, Ellyas Abdullah dan Dira Abu Zahar pada 2009.[2] Selain itu, Azma turut mengarahkan beberapa siri drama popular seperti Kerana Terpaksa Aku Relakan dan Teman Lelaki Upahan untuk siaran TV3. Azma turut mengarahkan iklan televisyen untuk Naelofar Hijab.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Azma pernah terlibat dengan penyalahgunaan ganja dan pernah dimasukkan ke pusat pemulihan di Sungai Besi, iaitu Pemulihan Rakan Sekelompok Amalan Daya Juang Abadi (Persada) atau yang kini dikenali sebagai Puspen selama dua minggu pada 2009. Azma turut pernah dimasukkan ke wad psikiatri akibat gangguan bipolar tahap satu pada tahun yang sama. Blok 404 ialah filem arahan pertama Azma pada 2018.

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2015, Azma bertindak memukul pelakon Ika Nabella di lokasi penggambaran drama Dawai Asmara. Ika mendakwa dipukul dan ditumbuk pada bahagian muka dan beberapa bahagian badan oleh Azma.[3]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Catatan
Pelakon Pengarah
2009 Bercakap Dengan Pria Ya Tidak Filem lakonan pertama
Setem Ya Tidak Aryanto
2011 Dilarang Masuk Ya Tidak Ronnie
2013 Tanda Putera Ya Tidak Mohamed Tawfik Ismail
2014 Dollah Superstar Ya Tidak Nino
2018 Blok 404 Tidak Ya Filem arahan pertama
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV Catatan
Pelakon Pengarah
2007 Emil Emilda Ya Tidak Mac TV3 Drama lakonan pertama
Kerana Cintaku Saerah Ya Tidak Jenal
2008 Rona Roni Makaroni Ya Tidak Ben Astro Ria
Sindarela Ya Tidak Butang TV3
2009 Merah Putih Tidak Ya Drama arahan pertama
2011 Cita & Cinta Tidak Ya TV9 Juga idea asal
Cinta Stawberi & Coklat Tidak Ya TV2
Tihany Ya Tidak Encik Fazli TV9
2012 Pulau Tidak Ya
Cendana Ya Tidak Rahdi Astro Prima
2013 Fira Ayuni Tidak Ya TV3
Debunga Lalang Tidak Ya
2014 Kerana Terpaksa Aku Relakan Tidak Ya
Hanya Satu Tidak Ya Tonton
Ammara Batrisya Tidak Ya TV9
2015 Dr. Rushdi Tidak Ya TV2
Teman Lelaki Upahan Tidak Ya TV3 Pengarah bersama
Puteri Bukan Nama Sebenar Tidak Ya
2016 Dawai Asmara Tidak Ya TV9 Pengarah bersama, juga olahan skrip
2018 Amira Rose Tidak Ya TV3
2021 Shah Alam 40000 Tidak Ya
2023 Perempuan Itu Tidak Ya Tonton Pengarah bersama
2025 Epok Tidak Ya TV1
Dr. Pontianak 2 Ya Tidak Edman Astro Ria
Panggil Aku Dahlia Tidak Ya TV1

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV Catatan
Pelakon Pengarah
2006 Sutun 2 Ya Tidak Fitri Astro Ria Telefilem lakonan pertama
2007 Abang! Mak Panggil Balik Ya Tidak Budi TV9
2009 Raya Si Primadona Tidak Ya Telefilem arahan pertama
Antara Garisan Ya Tidak Hattan Astro Ria
Mawi Oh Mawi Tidak Ya
2011 Hajar Aswad Ya Ya Pemandu Teksi TV9
Kashaf Imani Tidak Ya Astro Ria
2012 Amarah Hawa Tidak Ya TV9
Pelarian Tidak Ya TV3
Fatihah Untuk Abah Tidak Ya
Mencari Nurfitri Tidak Ya TV9
2013 Budak Flat Jalan Bayan Tidak Ya
Delusi Tidak Ya
Sungai Lui Tidak Ya
Sarah & Hajar Tidak Ya TV3
2014 Anak Aku Bukan Milik Aku Tidak Ya
Perjalanan Tidak Ya
Menunggu Hujan Teduh Tidak Ya TV2
2015 Olin dan Ecan Ya Tidak Olin TV1
Isteriku Bukan Tukang Masak Ya Tidak Ezan Astro Prima
Kasih Seorang Banduan Tidak Ya TV9
2018 Cubaan Bahagia Tidak Ya NTV7
2019 Sirna Tidak Ya TV1
Qaseh Tanpa Suara Tidak Ya
2020 Dia Kembarku Tidak Ya TV3
Tahun Tajuk
2005 Hamlet

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
  • Festival Teater Kuala Lumpur 2004 (Pelakon Lelaki Terbaik)
  • Anugerah Skrin 2010 (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama) - "Antara Garisan"
  • Anugerah Tribute P. Ramlee 2014 (Telefilem Terbaik, Pengarah Terbaik) - "Menunggu Hujan Teduh"[4]
  1. ^ "Isma Yusoof Tukar Nama Kepada Azma Aizal Yusoof". Budiey. 18 Oktober 2009.
  2. ^ "Dari Penghidap Bipolar Disorder, Kini Isma Yusoof Bangkit". hangat.com. 4 Disember 2017.
  3. ^ ""Ada Sebab Saya Pukul Ika Nabella" - Azma Aizal". mStar. 5 November 2015.
  4. ^ "'Menunggu Hujan Teduh' karya terbaik Anugerah Tribute P. Ramlee 2014". Astro Awani. 20 April 2015.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]