Ismail Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Prof. Madya Dr. Ismail bin Abdullah (lahir 30 Mac 1948, di Kuala Terengganu) merupakan penyair menekankan aspek semiotik, signal dan visual.

Pendidikan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Dia dilahirkan di Kuala Terengganu dan berhijrah ke Semerah, Batu Pahat kerana bapanya berniaga pakaian.

Bersekolah di Sekolah Menengah Dato’ Bentara Luar.Ismail pernah menyertai Pertandingan Poster Hari Kesihatan Sedunia Daerah Batu Pahat. Kemudian pada 1966-1967, menuntut di Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur.Tahun 1973 belajar di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang seni halus dan sastera sehingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera.

Dia menjadi guru di Kuala Terengganu (1968-1972). Kemudian bertugas di Maktab Perguruan Kota Bharu, Kelantan sebagai pensyarah seni. Kemudian sambung belajar peringkat Sarjana Seni Halus (M.F.A.) di Rochester Institute of Technology, Rochester, New York, Amerika Syarikat, jurusan fotografi seni halus.

1983 , bertugas di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan dan Pusat Seni di USM (1983-1989).Beliua juga menjadi Penyelaras Rancangan Sijil Seni Kreatif (1985-1989) dan Pengerusi Rancangan Ko-Kurikulum Kebudayaan (1987 - 1989). Antara tahun 1985-1987 dan 1994-1995 pula, beliau telah menjadi Pengerusi Bahagian Seni Halus. . Pada 1989, sambung belajar peringkat Ph.D di London di University of London, iaitu di Department of Cultural and Historical Studies, Goldsmiths College, London (1985).Kemudian menjadi Pengarah Pusat Seni, USM (1995-1999) dan Dekan Pusat Pengajian Seni (1999-).


Dia adalah Ahli Lembaga Amanah, Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur.

Penulisan[sunting | sunting sumber]

Beliau menulis tentang catan, teori dan falsafah seni, puisi dan penulisan kreatif serta komunikasi.Puisi kreatif yang dihasilkan mempunyai elemen visual, komunikasi dan intelektual. Puisi begini penuh dengan “bunyi”, “kata” dan “tanda” yang “abstrak”, “metaforikal,” “simbolik” dan “arbitrari”. Dia juga memasukkan elemen visual, grafik dan kata perbandingan (metafora) serta “koda”.

Ismail juga aktif dalam bidang seni lukis, fotografi dan teater seperti Kumpulan Anak Alam, Kuala Lumpur. Beliau turut aktif dalam Perkumpulan Teater Terengganu (KOMPUTER) dan Persatuan Penulis Terengganu (PELITA) (1970-an).

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  1. Anugerah Set Kreatif Terbaik (1977)
  2. Anugerah Pereka Set Terbaik (1978)
  3. Anugerah Khas Pereka Set (1979). Anjuran Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Malaysia (KKBS).

Beliau menang dalam Pertandingan Seni Lukis Terbuka Malaysia (1975) dan Fotografi Nasional Malaysia (1976) anjuran Balai Seni Lukis Negara dan KKBS Malaysia.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]