Ismail Hussein

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Tan Sri Profesor Emeritus Dato' Pendita Dr Ismail Hussein (30 Januari 1932–20 Oktober 2014; Kampung Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah) ialah seorang ahli akademik dan aktivis sastera Malaysia. Beliau ialah bekas Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dari 1971 hingga 2013.

Abangnya Dato' Abdullah Hussain seorang pengarang yang diangkat sebagai Sasterawan Negara, manakala adiknya Dato' Ibrahim Hussein masyhur sebagai seorang pelukis antarabangsa.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Oktober 2014 pada kira-kira 9:26 malam waktu tempatan, beliau telah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya dipercayai akibat sakit tua.[1] Jenazah beliau telah disolatkan di Masjid Kolej Islam Malaya Seksyen 16 pada pukul 10 pagi yang dipimpin oleh imam masjid, Ustaz Alfian Izaz Abdul Halim. Kemudian, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada pukul kira-kira 12:10 tengah hari. Antara yang memberi penghormatan terkhir kepada beliau ialah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin; veteran UMNO, Tan Sri Sanusi Junid dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr Awang Sariyan.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ BERNAMA (21 Oktober 2014). "Bekas Ketua Satu Gapena, Tan Sri Ismail Hussein meninggal dunia". BH Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Mac 2018. Dicapai 10 Mac 2018. 
  2. ^ Bernama (21 Oktober 2014). "Ismail Hussein: Pejuang bahasa sepanjang hayat". Sinar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Mac 2018. Dicapai 10 Mac 2018.