Ismail Ibrahim, Royal Mint Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ismail bin Ibrahim
Ketua Reka Bentuk Syiling
Royal Mint of Malaysia
Dalam jawatan
16 Julai 2000 – 31 Oktober 2007
Butiran peribadi
Lahir (1973-03-12) 12 Mac 1973 (umur 51)
Besut, Terengganu, Malaysia
PasanganPn. Rohana binti Adam
Anak-anakMuhammad Nazrulhaq
Nurul Nabihah
Uzier Hakimi
PekerjaanPengurus Reka bentuk

Ismail Ibrahim adalah Ketua Reka Bentuk Syiling semasa Kilang Wang Bank Negara Malaysia di Shah Alam diswastakan menjadi Royal Mint of Malaysia daripada tahun 2000 sehingga 2007. Sebelum itu, beliau adalah pereka muda Mariwasa Kraftangan di Kuala Kangsar, Perak, sebuah syarikat yang terkenal dengan hasil barangan kraf logam perak dan pembekal pingat pingat kebesaran Sultan di Malaysia.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Ismail bin Ibrahim, lahir pada 12 Mac 1973 di Kampung Gong Bayor, Besut, Terengganu, Malaysia. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang besar, beliau mempunyai 10 orang adik beradik. 8 lelaki dan 2 perempuan. Latar belakang keluarga yang agak sederhana mengajar beliau dan adik beradik yang lain diasuh dengan tidak bermewah oleh seorang bapa yang tegas, Ibrahim bin Sulaiman. Ibu beliau Wan Midah bt Idris telah meninggal dunia pada tahun 2000 akhibat barah darah.

Beliau kemudiannya berkahwin dengan seorang jururawat Pn. Rohana binti Adam pada 1 Jun 2001. Mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata, Muhammad Nazrulhaq Ismail, Nurul Nabihah Ismail dan Uzier Hakimi Ismail.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Gong Bayor, Besut, Terengganu dari tahun 1980 sehingga 1985. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud dari tahun 1986 – 1990 dan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut pada 1990 – 1992 untuk menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Semasa persekolahan beliau banyak didedahkan dengan kegiatan seni dan visual dan banyak menyertai pertandingan seni lukis di peringkat daerah dan negeri. Beliau juga aktif di dalam bidang sukan hoki dengan mewakili sekolah pada peringkat daerah dan negeri Terengganu.

Ismail kemudiannya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dalam bidang seni dan rekaan di Institut Teknologi MARA (ITM) sekarang dikenali Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Shah Alam pada tahun 1993 - 1997. Beliau mengambil pengkhususan Seni Logam Halus (Fine Metal) membolehkan beliau memahami tentang logam dan rekaannya. Semasa di ITM beliau masih aktif bersukan dengan mewakili Kelab Sukan Hoki dan melibatkan diri dalam kerja kerja seni sebagai Pereka Piala Sukan dan Barangan Kemas. Beliau memegang jawatan Ketua Pelajar di jabatan Seni logam Halus seawal semester tiga dengan mendapat sokongan dari pelajar yang lebih senior. Beliau menamatkan pengajian pada 1997 semasa negara dilanda Krisis Kewangan Asia 1997 yang menyebabkan graduan lepasan universiti terpaksa bersaing untuk mendapat tempat dalam pekerjaan. Bertekad tidak mahu menyertai skim Tenaga pengajar yang dianjurkan oleh ITM kerana berpendapat menjadi pendidik tidak akan mengembangkan hasil seni dan ekonomi negara, Ismail berusaha mencari pekerjaan di awal era kegawatan ekonomi Malaysia.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1997 Ismail bekerja sebagai Pereka Bentuk di Royal Selangor selama setahun. Akhibat dari kegawatan ekonomi pihak syarikat telah melakukan pemberhentian kakitangan secara berperingkat dan tidak terkecuali Ismail sebagai kakitangan baru terlibat dalam skim pemberhentian tersebut. Ismail terpaksa melakukan kerja kerja sambilan selepas itu.

Pada tahun 1999 beliau telah ditawarkan jawatan sebagai pereka muda (Junior designer) di Syarikat Mariwasa Kraftangan, sebuah syarikat yang terkenal dengan hasil barangan kraf logam perak dan pembekal pingat-pingat kebesaran Sultan di Malaysia. Syarikat yang bertempat di Kuala Kangsar, Perak ini telah melakarkan sejarah baru Ismail dalam dunia reka bentuk. Bakat beliau telah dikesan oleh Pengarah Urusan Mariwasa, Allahyarham Dato’ Megat Abd Wahab. Allahyarham Dato’ Megat mengambil keputusan memilih Ismail untuk mengikuti beliau ke Shah Alam dan memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Reka Bentuk setelah mengambil alih Kilang Wang Bank Negara Malaysia menjadikannya Syarikat The Royal Mint of Malaysia pada tahun 2000. Di situ bermulanya karier Ismail sebagai pereka syiling untuk Malaysia.

Mahathir melawat Royal Mint Malaysia
Ismail memberi penerangan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad  mengenai rekaan duit syilingnya semasa Perdana Menteri Malaysia itu melawat Royal Mint of Malaysia pada tahun 2003.

Beliau telah banyak meyumbang idea dalam rekaan syiling di The Royal Mint of Malaysia dan hampir 90% dari syiling keluaran Royal Mint adalah dari hasil rekaan beliau.[2]

  • 1999-Duit syiling peringatan Emas Millennium tahun 2000
  • 2000-Duit Syiling Peringatan Bandaraya Shah Alam
  • 2001-Medal Pengisytiharan Putrajaya Wilayah Persekutuan [3]
  • 2001-Duit Syiling Peringatan Sukan SEA XXI (Sea Games)
  • 2002-Medallion Peringatan KLIA Express
  • 2002-Medallion Peringatan Persidangan Orkid Sedunia ke-17
  • 2002-Duit Syiling Peringatan Kejohanan Hoki Piala Dunia ke-10
  • 2002-Duit Syiling Peringatan Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XII
  • 2003-Medallion Peringatan A Century of Aviation
  • 2003-Duit Syiling Peringatan Persidangan Ketua Negara Non-Aligned Movement (NAM)
  • 2003-Duit Syiling Peringatan Pameran Langkawi International Maritime & Aerospace (LIMA)
  • 2003-Duit Syiling Peringatan Persidangan ketua-ketua Negara Islam ke-10 (OIC)
  • 2003-Duit Syiling Peringatan Coin In Education (CIE)- Endangered Species-Land Animal series.
  • 2004-Medallion Peringatan Sukan Malaysia (SUKMA)
  • 2005-Duit Syiling Peringatan Mesyuarat Tahunan Ke-30 Islamic Development Bank (IDB)
  • 2005-Duit Syiling Peringatan Sidang Kemuncak ASEAN ke 11
  • 2005-Duit Syiling Peringatan Coin In Education (CIE)- Endangered Species-Bird series.
  • 2006-Duit Syiling Peringatan Ulang tahun ke-50 FELDA (Diubahsuai daripada reka bentuk BNM)
  • 2006-Duit Syiling Peringatan Coin In Education (CIE)- Endangered Species-Marine Animals & Reptiles series.[4]
  • 2006-Duit Syiling Peringatan Jubli Emas Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • 2006-Duit Syiling Peringatan Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMK 9)
  • 2007-Duit Syiling Peringatan 200 tahun sambutan penubuhan pasukan polis
  • 2007-Duit Syiling Peringatan Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIII
  • 2007-Duit Syiling Peringatan 50 tahun merdeka 1957-2007
  • 2007-Medallion Peringatan Mesyuarat Teknikal Kilang Wang ASEAN ke-13 (TEMAN)[5]
  • 2017-Medallion Harimau Mint Gold 2017 [6]

Pada penghujung tahun 2005, Royal Mint of Malaysia telah diambil alih oleh pengurusan lain atas sebab beberapa isu yang timbul. Ismail masih dikekalkan di jabatan rekabentuk sebagai pereka syiling negara. Beliau sendiri yang membuat pembentangan di Mesyuarat Jabatan Matawang Bank Negara Malaysia setiap kali syiling baru yang akan dikeluarkan.pada tahun 2006 Royal Mint of Malaysia terpaksa ditutup dan diambil alih oleh Bank Negara Malaysia. Beliau terpaksa berundur dari kerjaya sebagai pereka syiling setelah mendapat tawaran pekerjaan dari sebuah syarikat lain pada tahun 2007.

Kini beliau bekerja sebagai Pengurus Reka bentuk di sebuah syarikat swasta C.S Alloy (M) Sdn. Bhd. Sebuah syarikat pembuatan barang hiasan logam untuk Rumah dan bangunan kormersil.

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Ismail Ibrahim ketika mengambil anugerah untuk ICDC di Osaka, Jepun pada tahun 2005

Pada tahun 2003 beliau mendapat jemputan untuk menyertai pertandingan reka bentuk syiling peringkat dunia ‘International Coin Design Competition’ anjuran Japan Mint di Osaka, Jepun. Penyertaan beliau telah meletakan nama Malaysia di tempat ke-3 terbaik dunia daripada puluhan penyertaan negara negara lain selama dua tahun berturut-turut iaitu pada 2003 dan 2004. Pada 2005 sekali lagi beliau membawa nama Malaysia lebih jauh dengan mendapat tempat ke-2 terbaik dunia.[7]

  • 2003-Fine Work ICDC 2003- Tema: Save the planet.
  • 2004-Fine Work ICDC 2004- Tema: Save the children.
  • 2005-Exellent Work ICDC 2005- Tema: The force of nature.

Pencapaian lain[sunting | sunting sumber]

Lakaran asal Piala FA yang dihasilkan oleh Ismail

Sepanjang penglibatan beliau sebagai pereka, bukan sahaja sebagai pereka bentuk duit syiling malah beliau juga yang membuat rekaaan untuk Piala Bolasepak FAM iaitu Piala FA Malaysia pada tahun 2012.

Dokumen asal kertas kerja reka bentuk untuk APMM

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) adalah hasil rekaan beliau yang paling dibanggakan untuk dirinya dan juga negara. Bermula dari rekaan logo MARITIM, bendera MARITIM, pangkat-pangkat dan eksoseri uniform MARITIM adalah hasil rekaan asal dari beliau. Ismail masih lagi menyimpan lakaran rekaan dan kertas cadangan sehingga kini untuk rujukan mana mana pihak di kemudian hari.

Rujukan[sunting | sunting sumber]