Ismail Mohamed

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tuan Haji

Ismail Mohamed

PSI (II) (Johor)
Ketua UMNO Bahagian Pagoh
Memegang jawatan
25 Jun 2018
Didahului olehMuhyiddin Yassin
Pengerusi Jawatankuasa
Pertanian dan Industri Asas Tani,
Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor
Dalam jawatan
14 Mei 2013 – 12 Mei 2018
Menteri BesarMohamed Khaled Nordin
Digantikan olehSahruddin Jamal
Sheikh Umar Bagharib Ali
Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Bukit Serampang
Dalam jawatan
5 Mei 2013 – 9 Mei 2018
Didahului olehTahir Mohd Taat
Digantikan olehSahruddin Jamal
(Bukit Kepong)
Majoriti7,845[1] (2013)
Butiran peribadi
Lahir20 Oktober
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
KediamanMuar Muar
PekerjaanMalaysia Ahli politik

Ismail Mohamed ialah seorang ahli siasah Malaysia daripada parti Barisan Nasional. Beliau adalah Ketua UMNO Bahagian Pagoh. Beliau juga merupakan bekas Ahli Dewan Negeri Johor yang terakhir bagi Dewan Negeri Bukit Serampang dan bekas Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Johor.[2]

Politik[sunting | sunting sumber]

UMNO[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin memegang jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Pagoh. Setelah Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat dari UMNO, beliau memangku jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Pagoh.[3]

Pada 25 Jun 2018, beliau telah memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Pagoh selepas menang tanpa bertanding.[4]

Pilihanraya[sunting | sunting sumber]

Memenangi kerusi Bukit Serampang pada Pilihan raya negeri Johor 2013 bagi menggantikan penyandang kerusi selama tiga penggal, Tahir Mohd Taat. Ismail merupakan penyandang kerusi terakhir bagi Bukit Serampang sebelum bertukar nama kepada Bukit Kepong.

Beliau buat pertama kalinya bertanding di kerusi Parlimen Pagoh menggunakan tiket Barisan Nasional bagi menentang bekas ketua beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang mewakili Pakatan Harapan dengan menggunakan tiket Parti Keadilan Rakyat untuk bertanding dan calon muda dari PAS mewakili Gagasan Sejahtera, Ahmad Nawfal Dato' Dr Mahfodz pada Pilihan raya umum Malaysia 2018.[5] Ismail bagaimanapun tewas dalam pertandingan tiga penjuru tersebut.

Pada Pilihan raya negeri Johor 2022, Ismail telah bertanding di kerusi Bukit Kepong bagi menentang penyandang kerusi tersebut, Sahruddin Jamal. Beliau sekali lagi tewas dalam pertandingan di dalam kawasan pilhan raya negeri yang pernah dimenanginya sebelum ini.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Pagoh[6]

Dewan Rakyat Malaysia[7][8][9][10][11][12][13]
Tahun Parlimen Calon Undian Peratusan Lawan Undian Peratusan Jumlah undian Majoriti Keluar mengundi
2018 Pagoh Ismail Mohamed (UMNO) 16,631 38.97% Muhyiddin Yassin (Bersatu) 23,558 55.21% 43,365 6,927 84.77%
Ahmad Nawfal Mahfodz (PAS) 2,483 5.82%

Dewan Negeri Bukit Kepong

Dewan Negeri Johor[14][13][15]
Tahun Dewan Negeri Calon Undian Peratusan Lawan Undian Peratusan Jumlah undian Majoriti Keluar mengundi
2013 Bukit Serampang Ismail Mohamed (UMNO) 12,977 71.66% Saadon Abdullah (PKR) 5,132 28.34% 18,491 7,845 86.50%
2022 Bukit Kepong Ismail Mohamed (UMNO) 9,163 41.08% Sahruddin Jamal (Bersatu) 9,873 43.86% 22,303 710 59.48%
Afiqah Zulkifli (MUDA) 3,076 13.79%
Md. Taib Md. Suhut (Pejuang) 191 0.86%

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "N7 Bukit Serampang". Dicapai pada 2 Julai 2017 – melalui sinarharian.com.my.
  2. ^ "Bersama Majukan Sektor Pertanian – EXCO Johor". Jauhar. 9 Jun 2016. Dicapai pada 24 Julai 2017 – melalui jauhar.my.
  3. ^ Ismail Mohamed pemangku Ketua UMNO Bahagian Pagoh.
  4. ^ 10 ketua bahagian menang tanpa bertanding
  5. ^ Muhyiddin, Ismail dilihat mesra.
  6. ^ "Maklumat calon Parlimen Pagoh". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-25. Dicapai pada 2018-08-21.
  7. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 26 Mei 2010.CS1 maint: unrecognized language (link) Jumlah peratusan adalah berdasarkan kadar keluar mengundi.
  8. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Keputusan hanya didapati dari PRU 2004.
  9. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)Keputusan hanya didapati dari PRU 2013.
  10. ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (salinan arkib)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014.
  11. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 March 2018. Dicapai pada 26 Oktober 2014.
  12. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Jumlah peratusan adalah berdasarkan kadar keluar mengundi.
  13. ^ a b "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Jumlah peratusan adalah berdasarkan kadar keluar mengundi.
  14. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 13" (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Jumlah peratusan adalah berdasarkan kadar keluar mengundi.
  15. ^ "Dashboard SPR". dashboard.spr.gov.my. Dicapai pada 2022-03-13.
  16. ^ Penyata rasmi Dewan Negeri Johor 15052017

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Ismail Mohamed di Facebook