Ismail Omar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berbahagia Tan Sri

Ismail Omar
Ismail Omar.jpg
Tan Sri Ismail Omar

Ketua Polis Negara Malaysia ke-9
Tempoh jawatan
13 September 2010 – 16 May 2013
Didahului oleh Tan Sri Musa Hassan
Diganti oleh Tan Sri Khalid Abu Bakar

Tan Sri Ismail Haji Omar (lahir 17 Mei 1953 di Kulim, Kedah) merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang ke sembilan. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 13hb September 2010, menggantikan Tan Sri Musa Hassan yang bersara. Datuk Hussin Ismail menjadi timbalannya.[1] Sebelum itu Tan Sri Ismail sendiri merupakan timbalan Tan Sri Musa. Beliau dilantik ke jawatan itu menggantikan Tan Sri Mohd Najib Abdul Aziz yang bersara pada 12 November 2007.[2]

Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Ismail Omar adalah antara pegawai terpenting di dalam menyelesaikan isu Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013. Di mana ia mengaitkan kepada insiden diplomatik yang berlaku di antara Malaysia dan Filipina sejurus selepas 235 orang Filipina yang sebahagiannya bersenjata mendarat di Kg. Tanduo, Daerah Lahad Datu, Sabah pada 11 Februari 2013.

Kerjaya YDH Tan Sri Ismail Bin Hj Omar[sunting | sunting sumber]

  • 1971 - Insp. Pelatih - Maktab Polis Kuala Kubu Bahru
  • 1972 - Pegawai Penyiasat Jenayah - IPD Seremban, Negeri Sembilan
  • 1975 - Pegawai Penyiasat Jenayah - IPD Kuala Pilah, Negeri Sembilan
  • 1977 - Pegawai Penyiasat Trafik - IPD Ipoh, Perak
  • 1978 - Pegawai Penyiasat Jenayah - IPD Krian, Perak
  • 1980 - OC Pusat Latihan Kawasan Latihan Taiping - Taiping, Perak
  • 1980 - OC Pusat Latihan Luar PLP Latihan Taiping - Taiping, Perak
  • 1983 - PPP Siasatan (U) TT - Jabatan Pengurusan, Bukit Aman
  • 1986 - PPP Siasatan (U) TT - Jabatan Pengurusan, Bukit Aman
  • 1992 - TPP Siasatan (S) Tatatertib - Jabatan Pengurusan, Bukit Aman
  • 1993 - DSP Bantuan Teknik Tatatertib - Jabatan Pengurusan, Bukit Aman
  • 1993 - DSP Rayuan Tatatertib - Jabatan Pengurusan, Bukit Aman
  • 1994 - PP Mahkamah - IPD Ipoh, Perak
  • 1996 - Ketua Polis Daerah - IPD Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang
  • 1999 - ACP Pendakwaan/Undang-Undang - JSJ, Bukit Aman
  • 2004 - Ketua Pen. Pengarah II (BSJP) - JSJ, Bukit Aman
  • 2005 - Timbalan Pengarah II JSJN - JSJN, Bukit Aman
  • 2006 - Ketua Polis Selangor
  • 2007 - Pengarah Pengurusan - Bukit Aman
  • 2007 - Timbalan Ketua Polis Negara
  • 2010 - Ketua Polis Negara (13 September 2010)


Penyandang Terdahulu Ketua Polis Negara
13 September 2010 – 16 Mei 2013
Penyandang Kemudian
Tan Sri Musa Hassan
Tan Sri Khalid Abu Bakar

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ New IGP Ismail vows to improve the force theStar online.
  2. ^ "Ismail Omar dilantik Timbalan Ketua Polis Negara mulai esok". KLpos.com. 12 November 2007. Dicapai pada 20 Oktober 2008.