Issandra (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Issandra
GenreDrama
Keluarga
Konflik
Dibintangi oleh
Eira Syazira
Yatt Hamzah
Adi Putra
Lagu pembukaan"Kalbu" nyanyian Fazli Zainal
Lagu penutup"Kalbu" nyanyian Fazli Zainal
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Penerbitan
Tempoh siaran1 jam per episod
Penyiaran
Saluran asalTV2 (Slot Galeri Famili)
Siaran asal10 November 2009

Issandra merupakan sebuah drama lipur lara yang disiarkan bermula 10 November 2009 di TV2. Drama ini dibintangi oleh Eira Syazira, Yatt Hamzah, Adi Putra dan ramai lagi. Drama ini siarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 1:30 petang di Slot Galeri Famili di TV2.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan mengenai kemelut hidup yang dihadapi oleh gadis bernama Issandra (18 tahun) dalam mencari semula abang kandungnya, Irfan yang sama-sama pernah membesar di rumah anak-anak yatim dan kini telah terpisah ketika dia berumur 10 tahun.

Ini berikutan abangnya yang mula berubah tatkala menerima tawaran kerja dan sekaligus mengahwini gadis kaya iaitu Maria seorang yang ego dan sombong dan tidak mahu menerima kehadiran Issandra. Pelbagai cara telah dilakukan Maria bagi terus memisahkan kedua adik beradik ini iaitu dengan menghantar Irfan menyambung pengajiannya di luar negara.

Rentetan itu, Ai Ling iaitu penjaga dirumah anak yatim yang paling rapat dengan Issandra akhirnya terpaksa akur untuk menyerahkan Issandra kepada Hanif dan Ika. Panas yang diharapkan hingga ke petang namun hujan di tengahari. Issandra yang pada mulanya dilayan dengan penuh kasih sayang dan menjadi tempat untuk menumpang kasihnya kini telah berubah tatkala setahun selepas Issandra dibela, dia dikejutkan dengan kemunculan Danisha, anak kandung Ika. Danisha kembali setelah kematian bekas suami Ika yang menjaga Danisha dahulu.

Sejak dari itu, Danisha dibela dengan penuh kasih sayang dan ini membuatkan Ika semakin mengabaikan Issandra namun Hanif masih melayan Issandra seperti dulu. Malah semakin Danisha dan Issandra membesar, semakin itu jugaklah jurang diantara kedua gadis ini semakin kelihatan tambahan perbezaan umur yang agak hampir. Danisha kelihatan sering mencemburui Issandra mahupun Issandra melayan Danisha seperti adik beradiknya sendiri. Ada saja yang tidak kena dan Issandra diperalatkan oleh Danisha mahupun ibu angkatnya sendiri, Ika terutama ketika suaminya, Hanif bekerja di luar daerah. Issandra bagaikan orang gaji dirumah itu dan tidak sedikit pun dia membantah. Kini, Issandra hidup dengan deritanya tersendiri.

Sementara itu, Issandra berasa bertuah kerana segala kesedihannya itu telah di kongsikan bersama dengan satu-satunya kawan baik Issandra iaitu Airil yang bekerja di sebuah bengkel motorsikal. Bermula dengan bantuan yang diberikan Airil sewaktu Issandra masih bersekolah, telah membuatkan persahabatan antara mereka terus terjalin. Namun didalam diam, Airil menyimpan perasaan terhadap Issandra tetapi sebaliknya pada Issandra yang menganggap Airil tidak lebih dari seorang kawan. Airil menjadi pendengar setia kisah kehidupan Issandra dan menjadi tempat susah dan senangnya.

Selepas tamat SPM, Issandra telah bekerja di sebuah cafe di bandar dan mula mengenali Shafiq, yang merupakan seorang pengurus di situ. Tidak lama selepas itu, Shafiq turut mula menyimpan perasaan terhadap Issandra namun tidak diketahui oleh Issandra.

Danisha yang senantiasa mencari peluang untuk mengena dan memalukan Issandra terkejut apabila suatu hari dia telah datang ke cafe Issandra terkejut melihat Shafiq disitu. Ini kerana Shafiq merupakan bekas teman lelaki Danisha dan Danisha pernah mengecewakan Shafiq dengan menjalinkan hubungan dengan lelaki lain. Shafiq terkejut apabila mengetahui hubungan Danisha dan Issandra telah cuba berterus terang kepada Issandra mengenai perasaanya agar tidak disalah ertikan oleh Issandra yang mula menyukai Shafiq. Danisha tidak dapat menerima hakikat mengenai perasaan Shafiq terhadap Issandra dan berhasrat untuk merampas Shafiq semula. Issandra akhirnya telah difitnah oleh Danisha dengan menuduhnya menjalinkan hubungan sulit dengan Airil dan itu telah membuatkan Shafiq kecewa.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]