Pergi ke kandungan

Istana Çırağan

Istana Çırağan
Çırağan Sarayı
Pemandangan Istana Çırağan Palace dari Bosporus
Map
Nama alternatifÇırağan Palace Kempinski
Maklumat umum
JenisHotel (bekas istana)
Gaya seni binaOttoman architecture (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
LokasiBeşiktaş
AlamatÇırağan Caddesi 32
Bandar/pekanIstanbul
NegaraTurki
Koordinat41°02′40″U 29°01′00″T / 41.04444°U 29.01667°T / 41.04444; 29.01667
Penyewa terkiniKempinski Hotels
Pembinaan bermula1863
Disiapkan pada1867
Diubah suai pada1991
PengendaliKempinski (mul) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekNigoğayos Balyan
Jurutera penstrukturanSarkis Balyan dan Hagop Balyan
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Istana Çırağan (Turki: Çırağan Sarayı), bekas istana Uthmaniyyah, kini menjadi hotel lima bintang dalam rangkaian Kempinski Hotels. Ia terletak di pantai Eropah Bosporus, antara Beşiktaş dan Ortaköy di Istanbul, Turki.

Istana, yang dibina oleh Sultan Abdulaziz untuk menggantikan Istana Çırağan lama yang berada di lokasi yang sama, telah direka oleh arkitek istana Armenia Nigoğayos Balyan dan dibina oleh anak-anaknya Sarkis dan Hagop Balyan pada 1863 hingga 1867, semasa tempoh di mana kerabat sultan Uthmaniyyah membina istana mereka sendiri berbanding menggunakan istana keturunan mereka; Istana Çırağan ialah contoh terakhir tradisi ini. Dinding dalam dan bumbung diperbuat daripada kayu, dinding luar daripada marmar berwarna-warni. Jambatan marmar yang indah menghubungkan istana ke Istana Yıldız di atas bukit di belakang. Dinding taman yang sangat tinggi melindungi istana dari dunia luar.

Pembinaan dan hiasan dalaman istana diteruskan sehingga tahun 1872. Sultan Abdulaziz tidak bersemayam lama di istananya - baginda ditemui mangkat pada 30 Mei 1876 sejurus selepas baginda diturunkan takhta. Penggantinya, anakanda saudaranya Sultan Murad V, berpindah ke Istana Çırağan, tetapi memerintah hanya selama 93 hari. Baginda telah dibuang oleh abangnya Abdul Hamid II kerana didakwa menghidap penyakit mental, dan tinggal di sana di bawah tahanan rumah sehingga mangkat pada 29 Ogos 1904.

Pada 14 November 1909, semasa pemerintahan raja berperlembagaan kedua, Sultan Mehmed V membenarkan Parlimen Uthmaniyyah mengadakan mesyuarat mereka di bangunan ini. Hanya dua bulan kemudian, pada 19 Januari 1910, kebakaran besar memusnahkan istana, meninggalkan hanya dinding luar yang utuh. Dipanggil "Şeref Stadı", tamannya selama bertahun-tahun berfungsi sebagai padang bola sepak buat kelab Beşiktaş JK.

Pada tahun 1987, istana yang hancur itu telah dibeli oleh sebuah syarikat Jepun yang memulihkan istana dan menambah kompleks hotel moden di sebelahnya di tamannya. Bangunan hotel moden dibuka pada tahun 1990 dan bangunan istana yang telah dipulihkan dibuka pada tahun 1992. Hari ini, ia berfungsi sebagai suite mewah bagi hotel Kempinski bertaraf lima bintang bersama dua restoran yang memenuhi keperluan tetamu. The Sultan Suite dengan harga US$35,419.68 satu malam, menduduki tempat ke-14 dalam senarai 15 suite hotel paling mahal di dunia oleh CNN Go pada 2012.[1]

Istana ini telah diubah suai semula pada suku pertama 2007, kini menyerupai istana tulen dengan gaya barok dan warna lembut.

  1. Arnold, Helen (2011-09-01). "World's 15 most expensive hotel suites". CNN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-04-01.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • Çelik Gülersoy. Istana Çerâğan. Istanbul Kitaplığı, Istanbul (1992). ISBN 975-7687-08-1

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Kategori berkaitan Çırağan Palace di Wikimedia Commons