Istana Bukit Tanah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Istana Bukit Tanah
Lokasi Tumpat, Kelantan
Dibina pada 1910
Pemilik Kesultanan Kelantan
Fungsi Istana Hinggap
Status Masih digunakan oleh Kesultanan Kelantan


Istana Bukit Tanah merupakan salah satu istana yang terdapat di dalam Jajahan Tumpat. Istana ini dipercayai telah siap dibina dalam tahun 1910, iaitu semasa pemerintahan Sultan Ismail ibni Sultan Muhammad IV. Istana Bukit Tanah ini dijadikan sebagai istana persinggahan sejak dari zaman pemerintahan Sultan Ismail sehingga sekarang.

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Pada asalnya, tapak istana ini agak rendah dan dipercayai telah ditimbun dengan tanah supaya kelihatan lebih tinggi. Sekiranya dilihat dari jauh, kedudukan yang tinggi itu seolah-olah ianya dibina di atas sebuah bukit. Sejak itu, istana ini telah diberi jolokan sebagai Istana Bukit Tanah. Keluasan tapak istana ini hampir mencecah 3 ekar, dan kawasannya dikelilingi dengan pokok-pokok besar.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]