Istana Kebudayaan dan Sains

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Istana Kebudayaan dan Sains
Pałac Kultury i Nauki – PKiN
20 PKiN Warszawa 270915.jpg
Maklumat umum
JenisPelbagai fungsi
Gaya seni binaRealisme sosial dan seni deko
LokasiWarsaw, Poland
AlamatPlac Defilad 1
Koordinat52°13′54″N 21°00′23″E / 52.23167°N 21.00639°E / 52.23167; 21.00639Koordinat: 52°13′54″N 21°00′23″E / 52.23167°N 21.00639°E / 52.23167; 21.00639
Pembinaan bermula2 Mei 1952
Disiapkan pada22 Julai 1955
Ketinggian
Seni bina237 m (778 ka)
Menara antena237 m (778 ka)
Bumbung187.68 m (615.7 ka)
Balai Cerap114 m (374 ka)
Butiran teknikal
Bilangan tingkat42
Aras tingkat123,084 m2 (1,324,865 ka2)
Reka bentuk dan pembinaan
ArkitekLev Rudnev
Maklumat lain
Bil. bilik3288
Laman web
www.pkin.pl

Istana Kebudayaan dan Sains (Bahasa Poland: Pałac Kultury i Nauki; singkatan PKiN), ialah sebuah bangunan bertingkat tinggi di pusat bandar Warsaw, Poland. Dengan jumlah ketinggian 237 meter (778 ka) ia merupakan bangunan tertinggi di Poland, bangunan ke-6 tertinggi di Kesatuan Eropah (termasuk spire) dan salah satu yang tertinggi di benua Eropah.[1] Dibina pada tahun 1955, ia menempatkan pelbagai institusi awam dan budaya seperti panggung wayang, teater, perpustakaan, kelab sukan, fakulti universiti dan pihak berkuasa Akademi Sains Poland. Sejak 2007 ia telah disenaraikan dalam Pendaftaran Objek Warisan Budaya.

Dipengaruhi oleh seni bina sejarah Poland dan bangunan seni deko Amerika yang bertaraf tinggi, PKIN direka oleh arkitek Soviet Lev Rudnev dalam gaya "Seven Sisters" dan secara tidak rasmi disebut sebagai Eight Sister. Istana ini juga menara jam tertinggi di dunia sehingga pemasangan mekanisme jam di Bangunan NTT Docomo Yoyogi di Tokyo, Jepun.[2][3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "History of the Palace", at the official website (retrieved March 22, 2016)
  2. ^ "Warsaw Palace of Culture and Science" (PDF). Best Urban Freight Solutions. 24 May 2007.
  3. ^ "Warsaw: Don't Miss". www.whatsonwhen.com. Diarkib daripada yang asal pada 16 Ogos 2011. Dicapai pada 25 Julai 2008.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Michał Murawski (2019), The Palace Complex: A Stalinist Skyscraper, Capitalist Warsaw, and a City Transfixed, Indiana University Press, ISBN 978-0-253-03996-5

Pautan luar[sunting | sunting sumber]