Istana Raja Muda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Istana Raja Muda terletak di Jalan Sultan Azlan Shah Utara, Ipoh, Perak. Dahulu ia dikenali sebagai Istana Tetamu. Istana ini merupakan Istana rasmi Raja Muda Perak. Sebelum ini, Istana Raja Muda terletak di Teluk Intan, Perak namun pada tahun 1988, Istana ini telah diubahsuai bagi mengantikan istana lama. Raja Dr. Nazrin Shah adalah Raja Muda Perak yang pertama menduduki Istana ini.