Istana Satu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Istana Satu dibina menurut rumah bertiang dua belas.
Binaan atap yang tinggi bagi mengelak bahang panas suria.

Istana Satu merupakan nama istana yang didirikan pada 1884 oleh Al Mahrum Sultan Zainal Abidin III ibni al-Marhum Sultan Ahmad Muadzam Shah (18 Disember 1881 - 26 November 1918), yang memerintah Terengganu. Pada asalnya Istana Satu didirikan di perkarangan Kota Istana Maziah, Kuala Terengganu.

Istana Satu ini dibina dengan kesenian pertukangan Melayu tradisi dalam bentuk Rumah Tiang dua belas dengan menggunakan kayu cengal. Pembinaannya dilakukan tanpa menggunakan paku besi, sebaliknya menggunakan pasak sepenuhnya.

Istana Satu ini kemudiannya dipindahkan ke Muzium Negara pada 1974.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]