Istana kota Aberystwyth
Istana kota Aberystwyth | |
---|---|
Sebahagian dari Ceredigion | |
Aberystwyth Wales | |
Puing pintu menara utara di istana kota Aberystwyth. | |
Jenis | Istana kota kosentrik berbentuk berlian ("Diamond-shaped") |
Koordinat | 52°24′48″N 4°05′23″W / 52.41324°N 4.08968°WKoordinat: 52°24′48″N 4°05′23″W / 52.41324°N 4.08968°W |
Dibina | 1277-1289 |
Dibina oleh | Kerja berikutnya dibuat oleh James dari Saint George |
Bahan binaan |
Siltstone |
Digunakan | Dibuka pada awam |
Dimusnahkan | 1649 |
Keadaan sekarang |
Runtuhan |
Dikawal oleh | Majlis Perbandaran Aberystwyth |
Peristiwa | Perang Welsh Perang Saudara Inggeris |
Istana kota Aberystwyth terletak berhampiran Teluk Cardigan, British. Ia merupakan istana kota kurun ke-13 yang dibina oleh Raja Edward I, dan merupakan satu dari tujuh tapak Inggeris yang ditubuhkannya di Wales. Tidak banyak struktur Istana kota Aberystwyth yang tinggal masa kini, kecuali beberapa puing-puing batu-batuan yang dipamerkan di taman awam yang dijaga rapi.
Pada satu masa dahulu, Aberystwyth dilindungi oleh kubu terbesar Zaman Besi di Wales Barat, Aberystwyth merupakan kedudukan strategik penting sepanjang sejarahnya. Istana Kota Norman yang pertama telah di bina oleh Gilbert de Clare di kedudukan jauh ke selatan tetapi telah lama musnah, dibinasakan dan dibina kembali beberapa kali sepanjang tempoh 200 tahun.
Apabila Edward I memulakan projek pembinaan istana kotanya pada tahun 1277, ia diseliakan oleh saudaranya Edmund, istana kota Aberystwyth merupakan bangunan berbentuk bujur yang dikelilingi oleh dua tembok batu, diapit dengan menara bulat yang kukuh. Setiap tembok memiliki dua rumah pintu dengan menara berkembar. Pintu luar lebih kecil terbuka ke barbikan, dan pintu dalam kubu kecil dengan kemudahan penempatan. Cari gali telah mendedahkan dewan besar menganjur dari rumah pintu ini ke menara selatan tembok dalam sepanjang 18.3 meter (60 kaki) panjang dan 12.8 meter (42 kaki) lebar.
Istana kota Aberystwyth telah menjadi sasaran serangan patriotik Welsh sebelum ia siap lagi, yang mengakibatkan ia dibinasakan pada 1282. Master Giles dari St George membinanya semula, memakan masa selama lapan tahun dengan jumlah belanja yang besar. Selama 100 tahun berikutnya, Istana Kota Aberystwyth mengalami keadaan yang agak aman sebelum ia ditawan oleh Owain Glyndwr pada tahun 1403. Ia dipulihkan kembali seketika oleh kerajaan sebelum kembali ditawan oleh Owain Glyndwr yang kembali menguasainya selama lima tahun. Ia akhirnya ditawan kembali oleh Henry dari Monmouth pada tahun 1409.
Berikutan dengan keadaan kembali menjadi aman, Istana Kota Aberystwyth menjadi kurang penting dan ditinggalkan. Pihak diraja menguasainya semasa Perang Saudara, tetapi selepas mereka menyerah diri pada pihak Oliver Cromwell pada tahun 1646, istana kota Aberystwyth telah dibinasakan oleh Cromwell.
Galeri
[sunting | sunting sumber]
|
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Istana kota Aberystwyth |