Istana kota Colchester

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Istana kota Colchester, hadapan
Istana kota Colchester, hadapan dan sisi tenggara.


Istana kota Colchester merupakan salah sebuah istana kota yang terletak di Britain. Ia dibina di atas bilik bawah tanah Kuil Claudius. Istana kota Colchester melambangkan Menara Ibu Norman yang terbesar di Eropah. Berukuran 46 X 34 meter ("152 X 112 kaki") dan dibina kebanyakannya dari batu dan bata bandar lama Rom Camulodunum, istana kota ini dipercayai hasil Gundulph, Bishop Rochester, yang turut bertanggungjawab bagi mereka Menara Putih (Menara Ibu bagi Menara London) yang merupakan satu-satunya bangunan di British dengan pelan binaan yang sama.

Kerja pembinaan istana kota Colchester dipercayai bermula pada c1076 dan disiapkan 50 tahun kemudiannya. Struktur asas terdiri daripada blok segi empat bujur dengan menara menonjol di setiap pepenjuru, dan gereja melengkung separuh bulat di hujung bagi tingkat tinggi timur. Ciri menonjol adalah garis luar battlements pada aras tingkat pertama , yang kelihatannya ditambah tergesa-gesa semasa pembinaan apabila diancam dengan serangan dari pihak Dane.

Agak luar biasa, istana kota ini tidak mengalami sebarang pertemporan sebahagian besar kewujudannya, kecuali tempoh singkat semasa pemerintahan Raja John. Menjelang kurun ke-14 istana kota menjadi ketinggalan sebagai kubu tentera dan Menara Ibu digunakan kebanyakannya sebagai penjara. Pada tahun 1637 siling Dewan Besar roboh. Semasa Perang Saudara Inggeris, Sir Charles Lucas dan Sir George Lisle ditahan di istana kota Colchester, dan kemudiannya dibunuh di tanah belakang istana kota tersebut pada tahun 1648. Istana kota Colchester kemudiannya dijual pada ahli peniagaan tempatan pada akhir kurun ke-17 untuk dibinasakan. Selepas merobohkan tingkat atas Menara Ibu pada tahun 1683, projek tersebut terbukti tidak menguntungkan dan John Wheeler menghentikan usaha merobohkan istana kota tersebut.

Istana kota Colchester, belakang sisi barat laut.

Pada tahun 1727, istana kota Colchester dibeli sebagai hadiah perkahwinan bagi Charles Gray, penduduk tempatan yang kemudiannya menjadi wakil rakyat MP bagi bagi Colchester. Ketika tinggal di rumah agam Georgian, dia mula memulihkan istana kota Colchester pada keadaan boleh didiami, menambah atap genting dan kubah. Majlis Perbandaran tempatan mengambil alih pada tahun 1930-an dan membuat kerja pemulihan dan dan sekali lagi pada tahun 1983 dengan usaha meluas bagi menstabilkan Menara Ibu lama. Kerja pembinaan akhirnya disiapkan pada tahun 1992 dan kini ia merupakan tempat bagi Muzium Colchester dan Essex.

Pemilik[sunting | sunting sumber]

Warisan lanjut istana kota dan laman sekitar digambarkan di bawah. Yanya yang dikelabukan pada satu masa tidak memiliki bangunan. Sungguhpun Charles Gray Round mati sebelum kawasan dijual pada korperate bagi Colchester, wasiatnya memastikan ia dipegang oleh tabung amanah bagi tujuan tersebut.

 
 
Mary Webster
 
John Webster
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ralph Creffeild (1)
 
Sarah Webster
 
Charles Gray (2)
 
Mary Wilbraham
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Peter Creffeild
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Thamer Creffeild
 
James Round
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
James Round
 
 
Charles Round
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Charles Gray Round
 
 
 
 
 
 
 

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Burton, Peter A. (editor) (2012), "Colchester Castle", The Castle Studies Group Bulletin (PDF), 14 
  • Creighton, Oliver (2002), Castles and Landscapes, Continuum, ISBN 0-8264-5896-3 
  • Crummy, Philip (December 2000), A Survey of Colchester Castle (PDF), The Colchester Archaeological Trust, dicapai February 2013  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  • Friar, Stephen (2003), The Sutton Companion to Castles, Stroud: Sutton Publishing, ISBN 978-0-7509-3994-2 
  • Hull, Lise (2006), Britain's medieval castles (edisi illustrated), Greenwood Publishing Group, m/s. 101, ISBN 978-0-275-98414-4 
  • Museums Staff (2011), Colchester Castle Museum: History, Colchester and Ipswich Museums Service and Colchester Borough Council, dicapai September 2011  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  • Wheeler, R. E. M. (1920), "The Vaults under Colchester Castle: a further note", Journal of Roman Studies, 10: 87–89, doi:10.2307/295791 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 51°53′29″N 0°54′08″E / 51.89133°N 0.90217°E / 51.89133; 0.90217